Monday, October 31, 2011

Haji 1432H.Mekah Minggu 3

Alhamdulillah, dah minggu ke-3 dah aku diMekah ni.. sedar tak sedar… sebabkan kesibukan kerja masa berlalu cepat betul

Waktu balik dari Sembahyang Zohor, terserempak dgn Proton Waja beb.. punyala kemek sana sini.. Kat sini, diorang tak pentingkan luaran keta, janji hon fungsi dah cun dah…
Mlm tu aku folo Hj Zul ke Restoran Damanhuri di Mekah ni, makan masakan Asia laaa
Nasi Goreng Special Damanhuri… ada Udang goring, telur, sate ayam
bersama geng Tabung Haji
”boleh ke habis nie.. jam dah tunjuk jam 11:50mlm nie..”
”belasah je la Shaaahhh…”
esoknya aku folo Hj Jazmi ke Hotel Dar Al Tawhid lak utk check internet connection kat sini.. haaa ni bilik utk Pakej Almaas laaa.. kena ada koman2 RM120K seorang utk duduk kat sini…
amacam, ada gaya Jemaah pakej Almaas tak..? muahahahaaaa
bilik di tingkat 10
tu dia, dia punya ruang tamu
luas betul
bukak je tingkap depan, tersergam Masjidil Haram.. boleh tarik sofa dan layan pemandangan Masjidil Haram
makanan yg sentiasa terhidang… habis je terus sampai yg baru.. hisshhh
siap ada bilik mesyuarat lagi
pemandangan dari sisi kiri Masjidil Haram.. hotel lagi tuuuu
pemandangan dari sisi kanan Masjidil Haram pula
Petugas dlm bilik ni.. kira macam orang gaji laaa
lampu pun mewah
bilik2 dlm suite ni.. fuuhh, macam bilik raja laaaa
haaaa kat Hotel ni tak boleh main naik je.. kena tekan no bilik dulu, baru diberikan access ke lift
masuk dlm lift tak yah tekan apa dah.. lift dah tahu tingkat berapa nak pergi.. perghhhh
tu dia canggih beb
mlm tu aku terima berita gembira.. Jaket Petugas THTS aku dah sampai beb.. amacam..? barula semangat nak kesana sini..
esoknya ke Hotel Hajar Movenpick pula… utk Pakej Zamrud.. Pakej ke2 termahal dlm Pakej THTS ni.. kena ada koman2 RM60K seorang… ni ruang tamu suite nya
meja makan ada bilik sendiri
bilik mandi pun mewah
lagi bilik mandi
bilik mandi lagi.. eh, berapa byk bilik mandi laaa
bilik tidur utama.. belah belakang ni bilik mandi tadi laaa
tapi bukak2 langsir, pemandangan dari arah belakang hotel
mewah sungguh
Syamsul, jurugambar THTS yg baru.. first time dtg Mekah.. Alhamdulillah…
mlm tu Pak Ya ke bilik, utk menyiapkan peta khemah Arafah dan Mina… tengok tahap konsentrasinya.. fuuhhh
bila dah siap rangkanya, Pak Ya tersenyum je laaaa
esoknya pula aku folo Sahabat THTS utk melawat sekitar khemah2 di Arafah dan Mina
di Arafah, Jemaah terpilih akan diberikan sedikit maklumat
khemah yg baru saja dipasang
lorong2 di Arafah
Jemaah yg dah mula konfius
jurugambar dah ambil tempat dah
”eh, khemah ni takde aircond ke..?”
”hati hati lubang ni..”
”kat sini nanti akan kami bina surau yaa…”
”jangan risau, makanan cukup.. semua orang gerenti kenyang dengan THTS”
sampai di tapak khemah di Mina pula
pintu masuk utk Maktab 99 bg pakej THTS
penerangan sedang diberikan
khemah dah separuh siap dah.. kelihatan tilam2 yg belum disusun
”eh, ada aircond laaa… “
”keciknya tandas ni..”
bersama petugas THTS.. Nordin dan sapa lak lupa namanya.. “first time buat Haji ni bang.. berdebar2 lak rasanya..”
amacam
”kat atas bukit tu nanti Din, Jemaah Afghanistan selamba je pasang khemah..”
”releks2 Din relekssss..”
dah faham semuanya, boleh balik ke Hotel balik
di Mina kena ingat nombor tiang ni.. kalau sesat lepas melontar, bgtau je no tiang ni.. nanti dihantar kesini… mudah
mlm tu Jemaah dah makin ramai dah.. tengok je waktu lepas Isya’ ni.. tudia penuh jalan
masya-Allah
sejam lebih gak la suasananya begini…
dan kami ke satu lagi tempat IT utk mencari printer dan speaker
ni kira macam Plaza Imbi laaa. Bangunan pun bangunan lama
kedai2 IT
Hj Zulhasymi…
Hj Jazmi macam biasa laa.. ada peluang je korek gigi.. muahahahaaaa
waktu pagi
waktu tengahari
petang tu aku ikut Haji Amin ke Mina utk mengira khemah yg disediakan
petugas Mina sedang menyiapkan kawasan khemah
Hj Fazli, orang kuat diMina
lorong2 di Mina
”Sam, kamu dimana..? dah beli makanan tak ni..?”
aku yg dah keletihan selepas pusing keliling khemah di Mina ni
Hj Jazmi lak tersenyum je
”releks Shah, kejap lagi makanan sampai..”
dan akhirnya Nasi Mandey pun sampai.. apalagossssss
dah kenyang, duduk pun dah kebelakang
”stop stop, aku nak ambil gambar sat..”
ini yg dinamakan determination.. siap berdiri kangkang tu nak ambil gambar Mina punya pasal.. perghh Hj Jazmi…
bangunan tu ialah Komplek melontar ke tiga tiga Jamrah
perghhhh.. mmg macam pro laaaa
ni pula Hotel utk tetamu kerajaan Arab Saudi.. betul2 depan tempat melontar.. dan dibawah tu pula ialah khemah utk pakej Almaas dan Zamrud…
Hj Sharani, salah seorang driver GMC THTS
dan aku, dah macam Boss lak.. besar giler weh GMC ni… sebaris boleh duduk sampai 5 orang saiz kurus.. muahahahahhaaa