Thursday, September 29, 2011

Haji 1432H.Madinah Day 1

Alhamdulillah, tahun ini 2011 aku telah dipilih oleh THTS utk dating ke Tanah Suci sebagai “Petugas Haji..”.. Sesuatu yang memang dah lama aku tunggu… Petugas Haji beb.. aku diletakkan dibawah Hj Amin dari bahagian IT bersama Hj Jazmi utk membantu Hj Amin dalam kerja2 Alokasi, disamping kesinambungan projek GPS Syarikat Senstech tempat aku bekerja… Selain tu tahun ni juga Senstech dah develop Sistem baru utk THTS bg tujuan digunakan di Tanah Suci nanti… Yahoooooooo…

Aku diarahkan utk lapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 29 Sept, jam 8:30am.. fuuhhhh… hari ni dapat surat, esok dah nak kena fly dah… Apalagi, bergegas la aku kesana kemari bersiapkan apa yg patut…

Macam tahun 2009, Bonda tercinta, Isteri tersayang, dan anak2 ku Aisyah, Arif dan Iman turut menghantar aku pagi tu di Kompleks Haji Kelana Jaya

hisssh Iman ni…. Gigit sekali kang.. Arif sentiasa tenang… anak Abah… Aku Check-in bag, ambil passport dan segala dokumen yg aku perlukan utk berlepas… Tapi sedikit terkilan, sebab tag nama tiada, gelang penanda Jemaah haji Malaysia takda, dan Jaket Petugas Tabung Haji pun takde.. aaaaaaaa “Nanti di Mekah baru kami bg.. tak sempat siap lagi ni..”

Abg Kamal pun ada untuk menghantar.. Cayalah Bang… Dlm jam 8:30am aku dah masuk bilik berlepas di Kompleks Haji KJ.. Seperti biasa penerangan diberikan kepada bakal2 jemaah haji Malaysia.

Dah dlm bas menuju ke KLIA dah.. suasana penuh keberkatan pagi tu…

Haji Zaki dari THTS memang ceria sentiasa.. tak kering gusi dibuatnya.. respect

Bila dah ada title “petugas”, baru la dapat kenal2 dgn petugas Haji yg lain.. Hj Abdul Khalik dari Sabah.. mesra orangnya…

Dah sampai kompleks Haji KLIA.. Alhamdulillah

2 tahun lepas aku dtg sini gak…

Para Jemaah Muasasah Tabung Haji Malaysia, KT02..

Boarding Pass pun dah dapat… flight MH8000 MAS, tempat duduk 25A, Zon B direct ke Madinah

Tu dia, Jambo Jet 747-777 tuuuu… best

Laaaa, rupanya dlm Flight duduk sebelah Hj Khalik… hmmm memang sambung cerita laa… ada je ceritanya Hj nie

Dijadualkan jam 11:15am akan berlepas, tapi macam biasa laa.. dlm jam 11:27am baru berlepas… dan dijangka sampai di Madinah dlm jam 4:15pm

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 8 jam di dalam kapalterbang, dlm jam 3:42pm kami selamat mendarat di Madinah Al-Munawwarah

Airport Shuttle Bas

Laaa dekat je rupanya… belah depan kapalterbang nib alai ketibaan.. jalan kaki pun boleh… Hj Zainal pun ada… geng bola sezaman Ayah aku nie.. respect
Selesai urusan checking dan passport baru legaa… official dah boleh masuk Madinah dah…

Shuqri pun dah sampai menanti ketibaan kami… Alhamdulillah, berjumpa lagi dgn Shuqri…
Shuqri ni driver tetap THTS di Madinah dan Mekah.. terrer beb…

Ha ah, Shuqri ni bawak GMC… 4500cc.. SUV, besar giler… apa de hal, petrol kat sini murah.. SR0.50 je seliter…

Dah sampai di Hotel Movenpick dah.. legaa… Jemaah Haji Muasasah lain juga menginap di Hotel yg sama, Cuma sebelah lain…
Kami (Hj Jaafar, Hj Zaki, Hj Zainal, Ustaz Hj Albani Ali, dan aku) disambut oleh Hj Mad Noor yg sentiada tenang dan releks…
Hj Firdaus yg cemerlang pun ada… Hj Johan, Hj Rashdan, Hj Azreen @ Adik, Hj Nasrol, The Hensem Hj Yahaya atau Pak Ya, geng2
Katering seperti Hj Ambo, Hj Fauzan, dll pun ada

“Hish, banyaknya beg yg nkorang bawak nie…?”
Aku, Hj Zainal, Hj Haruji, Hj Fauzan, Hj Danial ditempatkan sebilik di bilik 8051

Mlm tu aku ke Masjid Nabawi selepas menunaikan solat Jama’ Isya’ dan Maghrib… Betapa indahnya Masjid Nabawi di waktu malam
Jemaah Haji pun belum kelihatan lagi.. yg ada hanya penduduk Madinah sebab ini adalah malam hujung minggu mereka, dan biasanya
Mereka akan lepak2 di Masjid Nabawi sebelum pulang ke rumah… kata lain, Hari Khamis di bumi Arab ni Half Day, dan Hari Jumaat ialah
Public Holiday… dan orang2 Arab akan mengunjungi Masjid Nabawi ni bersama keluarga… semacam aktiviti keluarga laaa

Macam biasa, di dalam Masjid Nabawi

Tengok kanan, Kosong…. Sikit betul orang… bersih dan cantik

Tengok kiri pun kosong…

Malam tu, since Dewan Makan pun belum buka, sebab Jemaah pertama THTS KT12 belum sampai, apalagi, Nasi Mandey kabing laaaa
Kompol duit reramai, dan Hj Syuq, Hj Sanusi, Hj Abdul Latif dan Hj Zack la yg pergi beli…

Baca do’a makan dulu…..

Lepas makan, zzzzzzz, kekenyangan beb… giler sedap.. original Arab punya Nasi Mandey

Monday, September 19, 2011

BBB.Rides.Ke Kundang Suka Suka

18 Sept, 2011
Hmm pagi tu tak tahu nak kayuh kemana
Aboi dan Lish ajak ke Kundang suka2 je
Makanya kami bertiga pun dgn suka2 je la kayuh pagi tu


Aboi: “nko apesal dah lama tak kayuh Lish…?”
Lish: “ye la, aku pun dah lama tak Nampak nko kayuh…?”
Aboi: “mmg la, sebab nko dah lama tak kayuh, mana nko nak Nampak aku kayuh..”
Lish: “ha ah laaa, apesal yek aku dah lama tak kayuh..?”
Aboi: “hisshh, pening aku…”

Satu Post ala ala Gigolo hutan dari Aboi.. mantap beb

Alamak Lish, Nampak kurus laaaa…

Who, kena seberang longkang ni utk ke sebelah sana

Wah, tahu2 Aboi dah jumpa jalan lain laaaaa

Ahaaaaaaaaaa

Di Gerai Air Kelapa Muda, tepi Tasik Biru, Kundang…

Airnya dah habis tu Lish, makanannya belum habis lagi

Faveret aku, Air Kelapa Sirap…

Nyamaaannnnn

Balik tu kami ikut jalan “dalam” balik…

Aboi: “wah, ni kalau aku jump ni, mahunya terus tersangkut atas daham pokok kelapa sawit tu kang…”

Aik, kena “pass through” pagar ke…?

Lish: “beratnya beskal nko ni Chai…”
Chai: “ntahla Lish, aku ingatkan ringan dah…”

Chai: “nak lompat pagar ni kang Aboi ngan Lish kata riak lak, aku ikut bawah je laaa…”

Lish: “apesal aku rasa penat sangat ni haa…?”

Aboi: “ye laaa.. orang makan sepinggan je, nko 2 pinggan… segelas je air kelapa, nko sampai 2 gelas… dah dah tidur dulu Lish… nanti dah petang kang, aku dating kejut nko..”

Sunday, September 18, 2011

FAMILY.News.Birthday Mama

18 Sept 2011
Birthday Mama esok
Makanya aku dan anak2 buat sambutan surprise buat Mama kat rumah Mak dan Ayah je
Kami2 je
Si Aisyah yg beriya2 nak menyambutnya
Siap belikan hadiah special lagi buat Mamanya (tapi Abah yg bayarkan)…


Kek AisKrim Blueberry.. sedaaappp

Mama terharu dgn Kek… jangan nangis Mama

Alhamdulillah, bertambah sehari lagi umur Mama

Semoga dipanjang Umur, diMurahkan Rezeki, Sihat dan Gembira Selalu… Insya-Allah

Sayang Mama

OK, potong Kek…

Alamak, Iman dah keluar pedang dia dah…

Haaaaaaaaa kan dah kena dengan Atuk

Ni si Arif ni nak tembak apa pulak tuuuuu

Aik, Iman mencuba lagi

Atuk dengan cucu nya

Arif: “Baca Do’a makan dulu Abah..”

Hadiah dari Aisyah

Bila kena air panas, mug bertukar kaler dari hitam ke biru muda… bila air semakin sejuk, warna mug semakin ke hitam balik.. canggih beb

Apesal lak Arif ni…?

3 wanita istimewa dalam hidup aKU

Saturday, September 17, 2011

BBB.News.Majlis Chuku Kahwin

17 Sept, 2011
Pagi semalam, aku ke Kapar Kelang
Chuku Menikah beb
Alhamdulillah, akhirnya Chuku akan mengakhiri zaman bujang terlajaknya…

Kami konvoi ramai2 dari BTP menggunakan jln Kota Puteri, Puncak Alam, Kapar…
Siap ada yg sesat jalan lagi.. muahahahhaaaa


Aboi cam biasa la, kameraman….

Abg Jep dgn Buding tu nasib baik jumpa jalan..

Chip dah sesat ntah kemana, terus patah balik.. kesian Chip

Ramai juga yg hadir.. makan pun ala Jawa.. mmg sedap

Man75 dgn anak2…

Aboi: “hmmmm baik aku ambil gambar guna kamera phone ni je, tak yah pening2 nak set itu ini…”

Sebelum berebut ais krim goyang… muahahaaaaa

Nak panggil “bebudak” rasanya melampau

Makanya kita panggil “bapak budak…” haaaaaaaaaa

TAHNIAH buat Chuku dan Puan Chuku…
Semoga Jodoh berpanjangan dan berbahagia hingga ke akhirnya
Insya-Allah

Sunday, September 11, 2011

HAJI.Dah Ready

Alhamdulillah
Perbincangan dah selesai
Projek dah clear
Apa nak buat nak dikenalpasti


Hj Amin: “Amacam Shah, dah ready ke belum..?”
Yaaaaaa, Kotak GPS dah ready dah utk dihantar ke THTS bg dibawa ke Tanah Suci Mekah nanti….

Hj Amin akan terbang ke Mekah pada 24 Sept ini

Sementara aku dijangka pada 29 Sept ini…


Saturday, September 10, 2011

FAMILY.News.THTS Raya Open House

10 Sept, 2011

Pagi tadi sempat ke Saloma Bistro Jalan Ampang utk menghadiri Majlis Rumah Terbuka THTS bersempena Hari Raya tahun ini


Meriah, ramai tetamu yg hadir

Haji Mokhtar yg hensem seperti biasa

Iman: “bila boleh makan ni Abah..”

Haji Kamal dan Haji Amin.. smart giler Hj Amin…

Anak2 dan Wife sedang menjamu selera

“eh, Ustaz Ghazalli pun ada laaa…”

Asyik berborak je dari tadi, makan jap laaa…

Iman: “Adik nak tambah lagi boleh Abah..”

Ahaaaa, jurukamera THTS musim 2009 lepas… Haji Ridhwan.. ada iras2 Buding BBB tak..?

Jarang2 dapat jumpa dgn Ustaz Ghazalli ni…