Friday, November 11, 2011

Haji 1432H.Arafah

Alhamdulillah pagi ni dlm jam 10am lebih kurang, aku dan petugas THTS lain bergerak ke Arafah melalui Hotel Shobra

Para Jemaah THTS akan mula bergerak ke Arafah selepas Asar hari ini. Kami kesana lebih awal utk membuat persiapan akhir sebelum ketibaan Jemaah

 

bersama petugas Rencham, Masom.. releks je orangnya..

Bas pun selesa sungguh… charter utk 2 hari bg pergerakan Petugas THTS

Tu dia, sanggup duduk atas bumbung Van.. janji sampai Arafah

kawasan sekitar… tiada jem sgt sebab yg kelihatan keliba petugas dari Negara lain

sampai2 di Padang Arafah, terus membuat persiapan utk briefing petugas apa yg kena buat

turunkan kotak2 utk kegunaan nanti.. setup PA System, setup Bilik Gerakan, Klinik dan mengenalpasti khemah petugas

dah siap boleh duduk2 kejap sementara menunggu waktu Zohor… kami buat Jamak Takdim je…

petugas2 Wanita juga ada

Geng Rencham melepak dibawah pohon

Hj Moktar mula memberikan penerangan selepas selesai sembahyang Jamak Zohor dan Asar..

membahagi kepada 2 kumpulan, kumpulan Maktab 99 dan Maktab 100.. Hj Nasa lead Maktab 99, dan Hj Awi lead Maktab 100… aku kena masuk Maktab 100 jjika tiada keperluan utk monitor pergerakan bas Almaas dan Zamrud.

Pasang banner THTS di seluruh kawasan

para pekerja yg sedang sibuk membaiki aircond2 yg dikenalpasti sebagai rosak

orang kuat Persiapan Arafah, Pak Ya… sebelum bertukar memjadi Lebai Arab

bincang lagi strategi utk menyambut ketibaan Jemaah di Maktab 100… aku pun terlibat sama

sementara Hj Moktar dgn Maktab 99

Hj Azreen @ Adik sedang sibuk mengetest PA System

eh, mana Hj Amin…? Tu haaa, sedang menyiapkan computer bg kegunaan Bilik Gerakan…

Hj Dahari, import khas dari KL utk bahagian PA System

Hj Samarji, driver tetap THTS… releks je, ihram pun belum pakai lagi…

satu2nya Bukit ditengah2 padang Arafah ini

Bomba sentiasa meronda

kawasan dating dan naik bas.. kami panggil “kandang”

diluar kawasan “kandang” maktab 100 bersama Samarji

Penanda Arafah Starts here….

Polis pun berulang alik meronda

aKU dgn ihram

sementara menunggu bas Jemaah sampai, mana yg sempat tidur tu, tidurr… dari jam lebih kurang 7 petang hingga 4:30 pagi baru habis.. fuuuhh, dia punya letih jgn cakap laaa.. letak je kepala confirm tidur…

Hj Awi dah keletihan

Pagi di Padang Arafah

kelihatan Jemaah dah mula ambil tempat utk persediaan berdo’a lepas Asar nanti

tidak kurang juga yg berborak di pintu masuk jalan utama ke khemah Maktab 100

Juga yg ambil kesempatan mandi

yg meronda juga

menjelang tengahari sebelum khutbah Arafah, Jemaah dah mula memenuhi kawasan sekitar surau dah

Adik masih lagi bersiap2 dgn PA System..”Tak habis2 lagi ke Adik”

kelihatan petugas dari Stesen Penyiaran Malaysia

ketibaan Dato’ Khir Johari utk memberikan khutbah Arafah

Jemaah pun dah tergesa2 ke Surau dah

selepas khutbah Arafah dan sembahyang surat arafah, Jemaah mengambil kesempatan bersalam dgn Menteri

makan timeeee

”eh, aku nak pergi mana nie..?”

tidak kurang juga yg ke tandas

yg berehat sambil mencari kawasan utk berdoa.. sementara para Petugas dah mula sibuk utk bergerak ke Mina pula….

Thursday, November 3, 2011

Haji 1432H.Mekah Minggu 4

Munggu ke-4.. Minggu terakhir sebelum hari Wukuf yg dijadualkan pada hari Sabtu ni… Alhamdulillah

tu dia Pak Ya sekali dtg utk update khemah Arafah sebelum Hj Amin dan aku mapkan Jemaah pada tiap khemah.. konsentrate giler beb.. serious je
sementara aku dan Hj Jazmi menjadi pemerhati.. dah kepenatan dah nie selepas balik dari Mina tadi
esoknya aku ke Arafah lagi utk meninjau persiapan di sana..
sampai ngam2 sebelum masuk waktu Maghrib.. sempat bersembahyang Maghrib di Arafah
orang kuat di Arafah, Pak Ya la sapa lagi.. bersama Hj Fauzi
bincang2
tapak surau di Arafah
Tandas di Arafah.. pandai2 la tunggu giliran
rehat jap lepas pusing2 Arafah
kemudiannya kami meninjau khemah Almaas dan Zamrud pula di Arafah nie…
khemah Almaas..
khemah Zamrud dibelakang khemah Almaas
tapak surau
banner THTS
rumput karpet beb.. perghhhhh bayar mahal
atas bukit menghadap khemah Jemaah lain di bawah sana..
.. sayup je
bincang2 lagi dgn Hj Nasrol, petugas di Khemah ini
aahhh, ambil kesempatan berbaring di kawasan khemah Almaas ini
”amacam Hj Jazmi, tahun depan aku dtg Haji dgn family aku guna pakej Almaas la.. Insya-Allah kot aku ada rezeki byk nanti… nko dan Hj Amin aku request utk folo aku je time tu.. tak yah buat kerja Alokasi dan IT dah…”
”aku pun nak baring laaa..”
ada air dan dapat isap rokok lagi di khemah Almaas ni.. perghhhh
tu dia, Sofa Bed.. pusing2 jadi katil.. pusing2 jadi sofa.. mewah sungguh
selesai di Arafah, kami balik ke Mekah kejap sebelum ke Mina pula… makan jap
bentang
dah sampai dahhh.. nasi mandey ayam dan kepala kambing
kasi tuanggggg
dan seraaannggggg
kepala kambing sudah sampai
kasi kepak sket Jazmi… baru la Nampak isi yg dinamakan “Harimau Menangis”.. eh, kenapa dinamakan Harimau menangis..? sebab asal Rimau makan Kambing, dia tak dapat isi di bahagian kepala ni… cammana Harimau nak korek.. iya tak iya gak
kepala kambing sedang diratah
”ahhhh, puas dapat makan kepala kambing..”
tu dia…
”uhhh kenyang dah aku..”
”ambil gambar sket…”
haaa tilam2 di khemah diMina dah ready.. cantik laaaa

Dah hari ni adalah malam terakhir sebelum aku bertolak ke Arafah esok pagi bersama petugas THTS lain.. Insya-Allah

diDo’akan semoga perjalanan Haji kami Petugas THTS dan para Jemaah Haji Malaysia dari THTS dan Muasasah serta Pakej2 swasta lain berjalan lancer dan diPermudahkan.. Amiinnn
Insya-Allah.. jumpa minggu depan utk update di Arafah dan Mina…