Thursday, June 25, 2009

Sapporo, Hokkaido

Khamis: 25 Jun, 2009

awal pagi lagi aku dah bangun dah
mana taknya, aku akan ke Sapporo hari ni
di utara Jepun nie
kahabarnya tempat ni cantik
dan malamnya sekejap je
tu yg tak sabar2 tu

pergi kena naik flight
jauh tempat nie...
boleh naik Shinkansen, tapi naik kapalterbang lagi cepat
kami akan melawat Sapporo Test Center (STC) utk Company aku kerja nie

kami bertolak dari stesen subway Kayabacho, terus ke Haneeda Airport di Tokyo
flight Air Nippon Airlines (ANA) dari Haneeda Tokyo Airport jam 10:00am
sampai di Sapporo jam 11:30am..



sampai di Chitosei Airport, kami lunch dulu
makan sushi, biasalaaa...

aku makan set ikan salmon dengan telur salmon
Chitosei Airport Lunch-me

Ghafur makan set ikan apa ntah, separuh masak dan besar lak tu
Chitosei Airport Lunch-Ghaffur

sementara Miss Kim, wakil company tempat aku kerja tu makan set sushi ni
Chitosei Airport Lunch-Kim

boleh tahan Miss Kim ni makan
badan kecik dan slim je, tapi bila makan, selera tul



selesai lunch, naik teksi dan ke STC
jumpa Mr Kazutsuku Futatsuka
macam biasa laaa
urusan kerja tak boleh cerita dalam blog

OK, selesai segala urusan kerja, kami dibawa ke sebuah Restoran di Bandar Sapporo
Hannayuhzen Restaurant, untuk Dinner... ini salah satu restoran yg terkenal di sini, Restoran 5 bintang beb.. makan je la kerja aku



Mr Futatsuka tgh bertanyakan berkenaan Menu yg diorder


Selamat Datang
Hokkaido-Hannayuhzen Restaurant

9 course Menu, slurrrppppp
Hokkaido-9 course Menu

1st Course
Hokkaido-1st Course

ini pula 2nd course
aik, tau tau dah habis dah
Hokkaido-2nd Course

ini kalau tak silap dah 6th course..
3rd, 4th, 5th tak sempat pegang VideoCam dah..
sedap sangat... he he he
Hokkaido-6th Course

8th course, sayur tempatan..
rupa takde kat Malaysia, tapi rasa sama je yg jual kat pasar mlm tu..
muahahahahahhaaaaaa
Hokkaido-8th Course

ini semacam desert laa..
tembikai susu yg manis giler baban, dengan ais krim kentang..
Hokkaido terkenal dengan buah tembikai susu, kentang dan jagung...
harga sebuah tembikai susunya antara RM450 ke RM1600.. waaaaaaaaaaa
Hokkaido-9th Course

rata2 makanannya memang kalau seafood tu tak masak atau masak separuh je...
dan Hokkaido ni memang terkenal dengan tembikau susunya yg manis dan mahal tu serta kentang panjang.. bentuk kentangnya semacam terung tu....

habis makan, perut pun dha kenyang, check-in Hotel, dan tidur laaa apa lagi

dalam jam 1pagi gitu aku dah terjaga dah.. mana taknya dah terang benderang.. aikk, jam berapa dia terang tadi.....

Wednesday, June 24, 2009

Tokyo Subway Mall

Rabu: 24 Jun, 2009

lepas lunch di Jantar Mantar tadi, Mr Utamura bawak kami ke Tokyo Tourist Information Center, di Tokyo laaa
kami jalan kaki
Mr Utamura ni kalau berjalan, laju betul
sampai berpeluh2 aku folo

tengok tu
dah tertinggal dah aku
Tokyo Jalan2-laju tul jalan Mr Utamura ni

OK, di Tokyo ni kebanyakannya orang samaada berbasikal atau jalan kaki sahaja
ramai betul orang waktu pepagi nak masuk kerja tu
sebabkan pengangkutan utamanya ialah subway, efision pula tu, dan murah,
jadinya hampir 90% orang naik subway ke tempat kerja
jalan pun takde jem

basikal dimana2...
park depan opis dan kunci
Beskal ke tempat kerja

selain tu, papan tanda tunjuk peta jalan di Tokyo ada dimana2
makanya tourist ni senang sket laaa
Tokyo Jalan2-papan tanda dimana2

ni pula Sakura Road.. tempat ni fav pelancong waktu musim bunga
kenapa..? dah nama jalan pun Sakura Road, makanya bunga Sakura yg femes di Jepun ni berbunga banyak waktu tu laaaaaa
waktu aku dtg ni, tgh musim panas, bunga pun dah habis dah
Tokyo Jalan2-Sakura's Road

juga bas pelancong pun banyak.. semacam Tokyo Tour laa
Bandaraya Tokyo

di Tourist Information Center, kami diberikan information berkenaan Tokyo secara general sahaja.. Mr Utamura ambilkan kami Tourist Information utk Kyoto.. sebuah bandar bersejarah yg terkenal di Jepun nie.. sebab kami akan ke Okayama minggu ni, Mr Utamura suruh kami singgah di Kyoto utk melihat2...

balik tu, kami singgah di kedai diskaun tiket wayang, untuk beli tiket wayang Transformer 3.. cadangnya nak tengok wayang weekend nie.. jadinya Mr Utamura tunjukkan kami kedai nie utk beli tiket wayang pada harga diskaun.. harna normal tiket wayang dalam Y1700, kami beli dengan Y1240 je seorang.. banyak gak diskaunnya tu.. dan kami boleh pilih panggung mana kami nak pergi..
Tokyo Jalan2-Cinema Ticket Discount Shop



balik tu kami singgah di Tokyo Subway Mall
rupanya banyak kedai2 souvenir di sini
juga kedai2 utk watak animasi
antaranya yg menarik minat mata aku ialah
Kedai Ultramaaannnnnnnnnnnnnn
penuh dnegan barang2 Ultraman





Jantar Mantar

Rabu: 24 Jun, 2009

mmm pagi ni briefing berkenaan RFID lagi

waktu lunch kami dibawa ke sebuah restoran pakistan
dekat je dengan opis nie

nama restoran tu Jantar Mantar
apa maksudnya aku pun tak tahu
restoran Pakistan
Lunch kat Tokyo Jantar Mantar

nak tergelak gak aku masa sampai2 tu, tapi ramai orang
kami siap beratur utk tunggu tempat kosong
Lunch kat Tokyo Jantar Mantar 2

makan Roti Nan cicah kuah kari pedas
boleh laaaaaa

macam dekat Ali Maju je rasanya

Tuesday, June 23, 2009

Suzuki GSXR1000

World first test of the Suzuki GSX-R1000 K9

Aprilia RSV4

macam takde ekor je moto nie, tapi V4 tuuuuuu

Official Promo Video


Aprilia RSV4 launch


Aprilia RSV4 road bike.. sexy you


Tested on the Road


RSV4 SBK Test at Portimao

melawat asakusa

Selasa: 23 Jun, 2009

pagi ni selepas short brief, kami dibawah ke Asakusa oleh Mr Utamura-san
Asakusa ni terletak di utara Tokyo ni dan terkenal kerana terletaknya sebuah Temple Buddha lama yg terbesar di Jepun. Sekarang ni dah jadi sebuah lokasi Pelansongan yg menarik di Jepun

Bagunan yang ada pun bercorakkan bangunan lama. Rata2 warga emas yg tinggal dan menjalankan perniagaan disini

On the Way jalan kaki ke Asakusa Temple
Mr Utamura belanja makan semacam Apam Balik tapi isinya kacang hijau


siap ada kedai jual cookie Daraemon


menceritakan sejarahnya


membersihkan diri sebelum masuk Temple, basuh tangan je


Mr Utamura-san.. baik betul.. dah la cakap English laju giler


Mr Utamura-san nak pergi berdoa


selepas tu kami jalan2 di sekitar Bazaarnya...

kedai Pedang Samurai


Panchinko


rupa-rupanya kedai Judi laaa.. kedai semacam Arcade Center kat Malaysia tu laa.. tapi semua gamenya base on berjudi... kebetulan je ada rakan nama Chiko di Malaysia.. jadi bahan gelak je laaa.. he he he

wah, kedai jual makanan base on daging ikan paus pun ada


dah penat jalan, kami ke sebuah Restoran yg menghidangkan masakan Tempura Asli
memang sedap betul tempura di sini.. Mr Utamura kata, disini masakan Tempuranya adalah yg asal, sebelum dievolve jadi tempura2 lain yg biasa jual di tokyo


Mr Utamura-san...
Mr Utamura yg friendly dan baik giler

ni pula hidangan teh lohas sebelum makan
sebelum makan Tempura Set

tak sempat ambil gambar hidangan tempuranya
tapi aku dapat gambar dari restoran yg sama dari laman web HFB (hisfoodblog)
ni la dia
sebelum makan Tempura Set

tempura 2 dari laman HFB

tempura 3 dari laman HFB

tempura dari laman HFB

fuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhh
memang sedap

sebelum balik, kami jalan2 dulu di Bazaar Area
macam Pelating Street tapi 3 kali lebih besar


lepas tu balik ke opis balik

Monday, June 22, 2009

hari pertama kerja di jepun

Isnin: 22 Jun, 2009

jam 3:20am aku dah terjaga.. mana taknya, dah terang.. aiiikkkkk.. terpaksa tutup langsir dan sambung tidur.. jam 6:30am dah terjaga balik.. dah terbiasa.. tengok bawah, dah ramai orang yg berjalan ke opis.. rata2 dalam keadaan tergesa2...

hari pertama waktu pagi di Tokyo dari tingkap bilik Hotel aku:


Mandi, dan bersiap utk ke office Torex (vendor di Jepun).. sarapan free ihsan hotel... sayur, telur rebus, roti dan air kopi/teh/fresh oren.. jadilaaaa...

ke opis Torex... terus disambut mesra oleh Boss company ni yg peramah giler, Mr Utamura, dengan pekerjanya... David pun ada.. juga Miss Kim.. awek2 Jepun yg dalam opis ni pun comel2.. fuuhhhh... most of the time dalam meeting room. diberi penerangan tentang Tokyo, negara Jepun dan lain2... lunch jam 11:30am.. giler cepat.. ni biasa kat Jepun.. lambat, makanan habis.. kena cepat2 ke restoran pilihan.. aku makan sushi... vendor belanja.. sedap dan kenyang giler.. nampak cam sikit, tapi rupanya banyak...

lepas lunch, kami balik ke Hotel utk penerangan berkenaan sara hidup di Jepun.. habis taklimat nie kami dibawa ke Akihabara.. Electronic City of Japan.. naik Subway Metro, Hibiya Line, stesen Kayabacho (H11).. David yg bawak kami jalan2... katanya tempat ni femes dengan barang2 letronik..

sekali hujan la sebelum pergi tu


memaaannggg puuunnnnn.. sapa yg kaki Electronic, Games, PC, Digital Camera, DigiCam, apa je la yg berkaitan electronic, kalau pergi Jepun, rugi tul tak ke tempat nie.... nasib tak bawa duit banyak..

Akihabara... fuuuhhh.. giler kentang banyak tul kedai2 elektronik.. ada satu bangunan lebih kurang besar Plaza Imbi tu ada 6 tingkat penuh dengan barang2 elektronik... rambang mata tengok.. ada yg sama harga dengan Malaysia, dan ada yg lagi mahal.. juga ada yg murah sket je dari Malaysia..

Yodobashi entrance:


haaa, ni baru satu tingkat je ni, yg penuh dengan barang2 electronic utk keperluan rumah:


TV LCD Panasonic 103", besar tul...


TV LCD Panasonic 103", harga Y5 juta lebih beb


ikut kata David, mmg tak mampu la orang biasa nak beli TV nie.. baik beli kereta..

kami tawaf satu bangunan.. lepas tu keluar dan tawaf lak sepanjang jln di Akihabara tu... giler laaa... sampai penat aku...

Akihabara Main Road... dalam 1 kilometer pergi dan 1 kilometer balik... sepanjang jalan penuh dengan kedai2 electronic... tu blom masuk celah2 bangunan utk ke kedai2 kecik semacam bazaar laaa...


ni ada beberapa video aku ambil utk trip pertama nie:

Labi (citer Labu Labi) pun ada kedai kat sini:


haaaaa, ni memang tarikan kat tempat nie. Gadis Manga... cantik dan comel... macam kartun je.. tapi diorang ni semacam tak bagi gambarnya diambil:


Softmap, kedai barang2 2nd hand katanya. Tapi kualiti macam barang baru:


fuuh, ternampak Gundam beb.. fav character aku... aku siap ada koleksi Gundam ni kat rumah.. abislaaa aku:


ni pula Masked Rider atau Orang Semut aku panggil kecik2 dulu


dah penat, balik laaa.. tros ke Hotel...

waktu petang di Tokyo pula dari tingkap bilik Hotel aku:


ni pula waktu mlm:


malam ni kami makan sushi beli kat Family Mart je. Jadilaaa utk alas perut

call rumah jap... still guna hp.. mahal laaa.. kena install Skype nie... webcam pun dah beli dah...

tidur

Sunday, June 21, 2009

sampai jepun dah...

Ahad: 21 Jun, 2009

jam 7:10pm waktu Tokyo (cepat 1 jam dari KL), touchdown di Narita Airport Tokyo.. fuuhhh lega... hujan renyai.. dah gelap dah...

Narita Airport.. kecik je.. kenapa tak land di Haneeda Airport, Tokyo..? entah.. bukan aku yg bawak kapalterbang tu...


lepas ambil bagasi, tros beli tiker bas Airport Lomousine utk ke TCAT (Tokyo City Air Terminal)... ni Airport Lomousine tu


kat sini terjumpa lak member satu U dulu.. Mie 2nd.. cis.. kat Malaysia tak pernah jumpa sejak grad, alih2 kat Tokyo jumpanya.. Mie ikut wife ke Jepun seminggu ada training... sayang bini weh... cayalah Mie


aku tiba di TCAT lebih kurang jam 9:05mlm.. Yohei (David) Nomura dah tunggu kami dah.. wakil Torex, kompeni yg akan jaga kami di Tokyo nie... ikut rupa David ni macam 20an, tapi rupanya dah 40 dah...

cuaca kat Tokyo mlm ni sejuk, baru lepas hujan... alaaa sejuk macam kat Cameroon time musim hujan tu laaa.. kami terus dibawa ke Hotel Villa Fontaine, Kayabacho, Tokyo.. rate satu mlm Y 8,800.00. lebih kurang RM334.00. OK la biliknyaaaa... kecik je, muat utk sorang, tapi katil jenis double... segala peralatan asas disediakan seperti TV, Telephone, tandas, katil, meja, kerusi dan internet...

Hotel ni dekat je dengan company yg akan aku visit 2 minggu pertama nie, Torex Inc....



burpppp.. lepas check-in Hotel tadi, David bawak kami makan kat Restoran Pakistan dalam dua pejabat ke dari Hotel kami.. Don Khoi's... HALAL beb.. best.... aku makan nasi kebab daging... Y950.00 (Jepun yg bayar).. kenyang giler macam nak muntah banyaknya nasi.

beli Marlboro Light, kena Y320.. dalam RM12 gak laa.. fuuhhh mahal


kat hotel, internet line free.. giler laju... member aku sempat download 4 movie... call rumah guna hp... 8 minit kena sampai RM22.00.. giler mahal roaming niie..

tidur

Aku ke Jepun

Ahad: 21 Jun 2009

Akhirnya, yg aku tunggu2 dah tiba... cuak, seram, dan macam2 la perasaan.. Maklumlah aku tak pernah ke luar negara.. sepanjang 12 tahun kerja, paling jauh utk Business Trip hanyalah ke Singapura... isskkkk..

Alhamdulillah, aku dapat kerja baru di Kuala Lumpur juga.. mana lagi.. selepas 12 tahun bekerja di satu company, akhirnya aku di tawarkan sebuah pekerjaan baru di company yg lain.. Rezeki anak2 aku la tu.. Aisyah, Alif, Arif dan Iman.. Abah sayang kamu semua... muaaahhhhhhhhh

OK, 21 June, awal2 pagi aku dah bertolak ke KLIA.. Isteri tercinta, Mimi, yg hantar.. asalnya aku nak naik teksi je, tapi isteri berkeras nak hantar gak.. aku pun ON je laaa...

Sebelum pergi pagi tu sempat singgah di rumah sahabat karib aku... sorang tidur tak hengat dunia, sorang lagi sempat la bersalam.. terharu lak... walaupun trip ni 3 bulan sahaja, tapi bagi aku, lama....

Tros ke KLIA... sampai2 di KLIA, unpack, bersalam2 dengan anak2 dan tros masuk sambil menunggu rakan sekerja Ghafur sampai.. hujan pagi ni di KLIA... wife dan anak2 dah bergerak balik dah....

Flight Malaysia Airline MH070 Boeing 777-400 Direct ke Narita Airport, Tokyo, berlepas jam 11:05am, seat no 14H.. kelas ekonomi je....


sempat lagi layan Japan GT Card kat KLIA

Thursday, June 18, 2009

my KHS AM1000

haaaa
ini MTB aku yg ke3
murah je, ni bukan beskal mahal pun
jadi laaaaaaa...

KHS AM1000 tahun 2007
aku beli framenya 2nd hen je dari seorang brader di Sg Buloh
pi ambil frame tu mlm dgn ManP2 lepas kerja

Apepun, Terima Kasih tak terhingga buat ManP2 @ Abon
sebab dia la aku dapat beli frame ni...
dah lama ngidam.. susah nak cari orang jual

saiz S (16.5")

hampir semua barang ditransfer dari T-Bolt ku kecuali FD dan Fork
aku beli frame ni dah siap FD XT.. best

spec sekarang:

Frame: AL7005 w/4-bar Horst bearing linkage, 5.9" Travel
Shock: Fox DHX5.0 Coil 2007
Fork: Fox 32 Vanilla R 2007
Headset: FSA Orbit X, 1-1/8" Threadless
Wheelset: Sun Ringle All Mountain Wheelset, Double wall, disc specific, 28mm width
Tires: Kenda Nevegal 2.35
FD: Shimano Deore XT
RD: Shimano Deore XT Medium Cage
Crankset: Truvativ Stylo Double Ring, with Truvativ Bash Guard
Cassette: Shimano Deore XT, 11-34, 9 Speed
Chain: Shimano Deore LX
Shifters: Shimano Deore SLX with Jagwire inner cable and housing
Pedals: X-Pedo MX Force Alloy
Seatpost: FSA SL220
Saddle: WTB Pure V Sport
Handlebar: Truvative Hussefelt DH, 31.8, 50mm rise, 680mm wide
Stem: Truvativ XR 3D XC Stem, 60mm
Grips: WTB, Dual Compound
Brakes: Shimano Deore SLX, 7" rotor

di ground zero area, LTM