Thursday, December 3, 2009

gambar.gambar.8.kenduri

Alhamdulillah, mlm tadi kat bilik aKU ada buat kenduri doa selamat sket, bersempena selesainya ibadah Haji kami

Menunya:
Nasi Beriyani
Ayam golek
Ayam bakar
Kuah Kari Ayam
Kuah Kari Kambing
Sheikh Kebab
Roti Nan
Pisang
Air



Paakcik Mad: "isk, mana diorang ni tak balik2 lagi.. perut dah lapar nie... alamak, baik aku kemaskan katil ni, kang isteri aku nak datang ni.. buatnya dia nampak katil aku ni berterabur, naya je"


Tuan Rumah utk Kenduri Kesyukuran ini, Haji Din atau Pakcik Din (kat belakang sana, Pakcik Mad tgh sibuk ngemaskan katilnya)


aku lak dah tak sabar dah ni.. perut dah bunyi beb
aKU: "aggggghhhh, tak bleh tahan dah bau Sheikh Kebab ni..."


Kamal: "aaaaaa, meh aku bacakan nkorang Sejarah Mekah yaa..."


Akhirnya, ni la keadaan katil Pakcik Mad yg paling kemas dapat dilihat oleh mata kasar sejak kami sampai ke bilik ni dulu... cayalah Pakcik Mad


Nazrul, kami panggil Budak Kesepian.. mana taknya, datang Mekah dgn Abang dan Kakak Ipar yg baru je menikah 3 bulan sudah.. bila Abangnya ke Bilik Barakah, tinggalla dia sorang2 dalam bilik... dah tak keruan dah budak Nazrul nie.. baru Tingkatan Satu...


aKU lak dah nak tertidur dah tunggu ahli bilik lain yg tak sampai sampai


Sementara Tuan Rumah Kenduri, Pakcik Din, relaks dan cool as normal


Dan Pakcik Mad pula sedang mengulas apa yg penceramah bebas sedang ceramahkan di TV...


Tapi Kamal, menten baca buku pasal Sejarah Mekah


Isteri Pakcik Mad dan Pakcik Din sampai dulu


Suka tul Pakcik Mad dan Pakcik Din.. eeeepppppp.. sabar sabar (tgk Kamal)


haaaaaaaaaa yg ditunggu dah tiba, Pakcik Mokti dan Cikgu... (tgk Kamal tu)


dan aKU mengambil posisi aku.. boleh ngap lauk di dua dua belah ni nanti.. hehehe


bila semua dah sampai, aKU senyum je laaa.. tandanya dah nak boleh makan dah nie..


Roti Nan garing


Baca Doa dulu.. Lead oleh Pakcik Mokti (tgk Kamal)


Baca doaa... (tgk Kamal)


Makcik2KU


Pakcik Din memberikan sedikit ucapan (tgk Kamal lagi)


Ayam bakar, Ayam golek dan Sheikh Kebab yg sedia utk di jamah


Nasi Beriyani, kari kambin dan Roti Nan


Pakcik Mokti dan Isteri.. Orang yg paling rajin ulang alik ke Masjid


mmmm sedapnyaaaaaaa


antara yg hadir


hah, bila dah kenyang, apalagi, gosok perut laaaa Kamal tu


punyala sedap, sampai nak terbaring Pakcik Mad... iskkkk


Suasana dah macam Raya Haji dah. best


Selepas tu, aku sambung lagi satu sessi makan benda yg sama dgn rakan2 Rokok kat Restoran Pakistan seberang jalan depan hotel... mlm tu tidur dalam kekenyangan.. fuuhhhhh

gambar.gambar.7.yang.tertinggal

ada lagi gambar2 utk dikongsi bersama rakan pembaca

bersama Pakcik Din atau Haji Din sejurus selepas menunaikan Ibadah Tawaf dan Saie Haji..


nak lepaskan rasa seram sejuk sebelum bertolak ke Bumi Arafah hari tu..


mmmmmmm


Apa aje Pakcik Mad dan Pakcik Din buat dgn Aircond ni... habis dibeganya...


Pakcik Mad bersama isteri tersayang di Perkhemahan Arafah


Pakcik Din juga bersama isteri tersayang berposing di Bumi Arafah


Pakcik Mad dan Pakcik Din.. Sorang penuh dgn gelak ketawa, dan sorang lagi penuh misteri... tapi bila Pakcik Mad buat kelakar, diam diam Pakcik Din pun, gelak besar gak diaaaa


Perghhhh Pakcik Din... gaya seorang pemberontak nie... muahahahaaaaa


Delas: "Bang, ni nak baca doa apa ni Bang..?"
Kamal: "Alah, nko baca je doa makan Delas..."


Bila tengok betul2 Shaibi ni dah macam Gandhi dah.. tinggal sideburn sket je..


aKU: "eh, apesal kepala nko botak Shaibi"


Shaibi: "eh, ye laaa.. apesal semua orang ada rambut lagi.."


Jamrah Kecil, Jamrah Al-Sughra


Jamrah Tengah, Jamrah Al-Wusta


Jamrah Besar, Jamrah Al-Kubra


Khemah di mina utk Maktab 73 (Malaysia)


Ada juga yg tidur dalam khemah sendiri


Kamal, mula mula aKU tgk, dia dok layan web kat bilik lepas habis Haji...


Sekali lagi aku toleh, aiiikkk.. dah ngorok dah... mmmmm


Pakcik Mad: "isk nko ni Shah, terkejut aku.. asyik nak ambil gambar aku yg macho ni jee..."


Pakcik Din: "alamak, tinggal banyak ni je duit... ni la kalau pi shopping dgn orang perempuan nie... kita tau hulur jee..."


Tapi, tengokla barang2 yg Pakcik Din beli pulak... baru tengok Beg Plastik je dah tahu dah harganya... fuuhhhhh


hah, Lebai Din dah tak sabar nak balik dah nie... "Dari aku duduk saje, baik aku ngemas, ada gak pekdahnya nie.."


aKU: "woi woi, apa semua orang ngemas nie... tak boleh jadi nie... aKU pun nak ngemas gak laaa..."


Ahah, amacam songkok Oman aku..? Hensem tak..?


Gaya dua jejaka yg dah tak sabar2 nak balik Malaysia.. sebulan lebih dah ni beb... hari2 tengok je Bilik Barakah tuuuu... waaaaaaaaaaaaa


Geng isap rokok tepi hotel


2 Petugas Tabung Haji Travel yg mmg rajin giler dan sentiasa senyum


Fuhhhhh, giler kilat tul kepala Dr Ivan dan Delas ni lepas bercukur... bersilau2