Wednesday, February 24, 2010

cermin.Kenari.pecah

24 Feb 2010

pagi ni masa nak pergi kerja, aku ternampak sekumpulan 3 pemotong rumput kat simpang rumah aku.. dalam hati terdetik berkata "hish, keta Kenari kat luar tu... diorang ni nak potong rumpput... kang tak pasal2 pecah cermin keta tu kang... minggu lepas baru rumah depan tu cermin ketanya pecah dek geng ni laa... main potong rumput je.." tapi aku buat derk jeee.. aku teruskan perjalanan ke opis pagi tu..

elok abis je meeting pagi, wife call bg tau cermin belakang keta Kenari dah pecah.. haaaaaaaa kan betul, kena kat aku pagi nie... wife aku cakap dia siap dah gaduh2 dah dgn budak potong rumput nie.. la la boss bebudak potong rumput ni dtg, dan tros bg alamat suruh aku ke kedai cermin di Bt Caves nun utk urusan tukar cermin kereta.. aik, semudah tu...

esoknya, aku ambil half day, dan terus ke kedai yg dimaksudkan...

tu dia, retak seribu beb, nasib ada tinted tu, jadinya tak berderai la cermin tu dlm kereta


nama kedainya Suhas Windshield Medic. Bila aku tgk owner kedai ni macam pernah nampak.. alih2 aku ternampak potongan berita2 suratkhabar di dinding kedai nie.. Oooooo.. ni la Dr Cermin yg dulu dha keluar di Suratkhabar dan juga rancangan auto di TV3 satu waktu dulu.... OK OK.. baru aku ingat... ownernya mmg peramah dan baik..


malah pekerja nya juga 1st class... buat kerja tak byk cakap, teliti dan cermat...


lepas 2 jam, akhirnya dha siap dah.. Alhamdulillah... Boss potong rumput tu call, dan bincang2 dgn owner kedai, dan aku boleh balik dah tanpa keluar satu sen pun duit.. dasat dasaaaattt....

Friday, February 5, 2010

Aisyah.Merentas.Desa

Feb 04, 2010
Hari Merentas Desa, SKBTP, Skolah Aisyah

pagi pagi lagi, lepas hantar Aisyah ke Sekolah, aku balik dan ambil Arep dan Iman utk bagi sokongan pada Kakaknya Aisyah. Kemain suka tul diorang...

Kami park kat tepi sekolah, dan tiba2 sekumpulan budak sekolah lalu sebelah kami... terkejut jap aku...



Arep ngan Iman, suka tul tgk orang berlari2..


"Abah, Arep lari sekali yaa.." jerit Arep tgh suka... si Iman lak dok cari mana Kakaknya


hah, asal nampak kapalterbang, confirm si Iman akan jerit "abah abah" sambil tunjuk ke arah kapalterbang nie


haaa, nampak tak Aisyah...


kami kemudiannya ke tempat sebelah lagi satu utk melihat kakaknya dari arah lain lak.. nampak tak..?


lepas habis tgk acara Merentas Desa nie, aku ke kedai welding jap... nak welding beskal road Iman.. headset dah patah lak dikerja Arep.. adakaaa dia wheellie beskal Iman nie...


hah, dah siap dah...

Wednesday, January 27, 2010

NEWS.family.20100123.SKBTP.PIBG

Sabtu, Jan 23, 2010
SKBTP Mesyuarat PIBG

Sabtu lepas aku kena paksa oleh wife aku utk menghadiri mesyuarat PIBG Skolah Aisyah (anak aKU), Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Pagi tu pula, ada ride ke Ali Maju Rawang utk menghantar seorang geng BBB, Langgark join berkayuh bersama Tok Abu ke Kuala Kubu Bharu (mode kayuhan, touring)... Dalam aku dok senyum2 mlm tu, rupanya wife aku dha baca dah fikiran aku nak join kayuh tu..

"awak jangan ngada ngada yaa... dah 3 tahun awak tak pergi PIBG tu, nanti apa jadi kat Skolah anak awak pun awak tak tahu..." sambil menjeling tajam

uhhhhh, apa nak buat, aku gagahkan gak ke PIBG tu... tak banyak nak cerita, sebab dah namanya PIBG... duduk dan dengar je laaa

sambil tu sempat gak aku utaraselatankan pendapat atau usul aku berkenaan inspektor lalu lintas pelajar skolah nie...

geng BBB yg hadir di PIBG nie, Lish, Chip, aKU dan Aboi dengan kameranya


huh, sempat lagi ambil gambar si Aboi ni


ramai gak ibubapa yg datang


basiran pelajar2 cemerlang dalam UPSR tahun lepas yg bakal terima hadiah


another cameraman in the making (si Razi anak Aboi)


Chip dah pening, Lish lak senyum je


"eh, nko nampak tak tu Chai...?"


"lariiiii", kelihatan dinosour yg ntah dari mana munculnya...


anak chip dapat hadiah cemerlang UPSR 2009, tahniah Chip


uish, tadi dinosour, ni Optimus Prime lak...


menjelang tengahari dah tinggal sikit dah


"aaaaaaa, tak kena lagi Lish..." cabutan bertuah


hadiah cabutan bertuah ada 60 semuanya, mak bapak yg tinggal adalah dalam 100 orang je... aku dan Lish ada 3 nombor, satu pun tak kena... kesian tul

Tuesday, January 26, 2010

BBBride.20100124.kundang.btArang

Ahad, Jan 24, 2010
1. Lish
2. aKU

ni last minit nyer plan kayuh nie.. sebabkan mlm tu hujan punyala lebat, jadinya aKU agak mungkin takde ride pagi Ahad lepas.. dalam hati kata, kalau aKU bangun pagi, aku kayuh, kalau terlajak, aku tido...

alih2 Ahad tu aku bangun macam biasa nak pergi kerja tu, dan cuaca nampak cun dan sejuk je.. elok aku nak sms Lish, Lish dah sms aku dulu, kata kita mula kayuh jam 8 pagi, sambil Lish tanya sapa lagi akan kayuh dgn kita... alamaaakkk, baru aku ingat, aku lupa nak hantar invitation sms ke geng BBB lain... tros aku sms ala kadar je... dalam hati kata "sure diorang marah ni sebab pagi tu baru nak hantar..." he he he

dari nak ke Tasik Biru, tros kayuh ikut mata je mmg best, tapi tak mencabar la utk yg lain.. utk aku dan Lish, mmg best.. nak nak trail kelikir dari Desa Puteri ke Skolah Integrasi tu.. bilamana trailnya dipenuhi longkang air mengalir lepas hujan
aku ngan Lish layan kat sini mmg mengujakan

ni je gambar2 dari 5800 aKU

percaya jgn tak percaya, Lish berjaya bunny hop melepasi tiang pagar nie, saksikan...


"Jom kita ikut sana pagi ni Chai"... tanya Lish
"tak de hal..."jawab aku



sampai kat atas bukit ni, "laaa, aku ingatkan dah sampai dah, rupanya kedepan lagi.." jerit Lish



ada ladang Ciku kat atas ni...



"hah, tu bukit kita ambil gambar tadi kan.." tunjuk Lish



"aik, apesal dalam GPS ni, anjing tu takde..." tanya Lish



mmg seronok la kayuh pagi tu... dari Blok 4, ke Kundang, ke Desa Puteri, ke Sholah Integrasi, ke Batu Arang, ke GVP dan balik ke rumah balik.. tau2 dah sampai je... beskal punyala kotor, tapi best


dan ini pula gambar2 dari laman forum BBB.my ihsan Lish


Chai merenung mcm nak kayuh kat ltm bila h-way siap nanti..


bersiap sedia utk DH...


suasana pagi...


puncak kat blkg blok 3




hala ke kundang


hala ke btp




berkabus


dah kat bawah selepas DH


tadi kami kat atas menara tu


ni la satu2 nye laluan yg ada utk melintas h-way nanti


comot dah beskal


aksi ultraman...dah sampai batu arang


selepas syok layan lalun berair kat area sbpi...

Thursday, January 21, 2010

Wednesday, January 20, 2010

BBB.LOSKA.rri.ride.01162010

Jan 16, 2010
Sabtu
RRI Ride with BBB and LOSKA

BBB:
1. Man75
2. Fino
3. Lish
4. Buding
5. belacan

LOSKA:
1. Faizal
2. Abg Sabri
3. Afif
4. Ejau

asalnya kayuh RRI ni dari forum BBB, yg mana si Fino yg ajak kayuh RRI sebab dia tak penah ke RRI katanya.. makanya geng BBB terdiri dari Man75, Lish, Fino, Buding dan aku pun cadang ke RRI la Sabtu tu... Dalam masa yg sama, di forum LOSKA, aku menyuarakan hasrat ajak LOSKA kayuh di RRI.. rupanya Faizal, Ejau, dan Abg Sabri berminat.. apalagos... kami pun ON ON la ke RRI Sabtu tu...

seperti biasa BBB dah sampai awal dah pagi tu.. seawal jam 7:15am aku dah kelluar rumah dah dan tiba di RRI dalam jam 8:05 pagi.. sampai2 Lish, Buding dan Man75 dah sampai.. dilihat Faizal dan Nizam LOSKA pun dah sampai... Memasing menyiapkan diri dan beskal sementara Nizam memerhati je sebab tak kayuh... "eh, Abg Sabri dan Ejau datang tak.." tanya aku pada Faizal... "jap aku call.." balas Faizal.. aku tak leh call sebab kredit prepaid aku dah habis.. kantoi... he he he

"ok, Abg Sabri on the way katanya... Ejau lak baru bangun tido.. dia balik lewat maen bedminton mlm tadi kat BNM.." kata Faizal... kulihat geng BBB yg dah lama siap semacam dah resah dah.. mana taknya jam dah dekat jam 8:45am masih tak kayuh2 lagi... seketika Abg Sabri sampai dengan Afif.... yup, Afif, anak lelaki Abg Sabri yg dah darjah 3... cayalah Afif... besar dah budak Afif nie.. nampak tul lama dah aku tak jumpa Abg Sabri... masa Abg Sabri bersiap2 nie, aku ambil keputusan utk menyuruh geng BBB jalan dulu, sebab dah kelaziman LOSKA.. lambat tul mula kayuhnya... Buding, Lish, Man75 dan Fino mengangguk tanda setuju... takpe, Man75 ada.. dia tahu jalannya.. Lish pun tahu boleh guide Fino.. takde hal.. Budin rasanya tak berapa hafal kot, kecuali sektion DH tu je.. he he he

sementara tunggu Ejau sampai, Abg Sabri sempat minyakkan rantai beskal


"nak buat cammana Shah, lama dah saya tak kayuh..." gelak Abg Sabri


Faizal yg menten hensem.. dah la helmet lupa bawak.. nasib baik Ejau dtg bawak helmet spare... power tul Faizal ni


tengah gelakkan Abg Babri sebab beskal bersawang


nah


Afif, rider DH on the Make.. train XC dulu...


dalam jam 9:05am baru Ejau muncul... terus bersiap, sindir2 sikit, dan kami pun terus memulakan kayuhan RRI pagi panas tu... he he he... nasib baik Afif OK, tak la teruk sangat kayuhannya.. ada potensi besar Afif nie... Abg Sabri kena beli beskal Scott Full Sus saiz 20" tu nie.. he he he... baru best Afif kayuh beskal...

lepas pondek pertama climbing tu, aku cakap Ejau utk terus kayuh dengan Faizal.. aku boleh tunggu Abg Sabri dan Afif, sebab aku kesian tgk Ejau yg semacam dah tak nak kayuh sebab menunggu... dan Ejau bersetuju.. Abg Sabri lak ingin mencuba beskal HT Commencal Ejau, dan mereka bertukar beskal... tak sampai sekelip mata, hilang dah Ejau dengan Faizal kat depan.. giler kentang laju tul budak Ejau dan Faizal nie... mmg power root diorang nie....

sampai di bukit Kerikil, dengan beskal HT Commencal tu, Abg Sabri selamba je potong aku yg tengah termengah2 mendaki dengan KHS tu... fuuuhhh, dasat ni... sementara Afif di bawah dah hampir nak lepaskan beskal dah.. siap nak patah balik dah.. kesian Afif.. Abg Sabri to the rescue...

Afif dah penat dah.. nasib baik Afif tak campak beskal dia tu...


KHS kepenatan selepas gagal kejar Commencal panjat Bukit Kerikil.. muahahahaaaaaa


Commencal Ejau... RM7K++ gak nyetapnya... tu pun Ejau kata "beskal murah je Abg Sabri.." dasat dasaaattt


kat pondok atas bukit ni, aku sempat mengetest HT Commencal Ejau.. giler ringan.. aku cuba mendaki bukit sebelah tu, mmg senang tul kayuh naiknya.. patutla geng2 XC HT giler2 nak bagi ringan beskal diorang.. wah

Abg Sabri to the rescue...


kat sini Abg Sabri decide utk terus ke Pondok sebelum climbing ke menara tu, sementara aku nak ikut route bawah macam kebiasaannya... dan kami berpecah... aku kayuh dan kayuh, la la sampai ke pondok tu sama dengan Abg Sabri sampai dgn Afif... aku teruskan climb ke menara tu sementara Abg Sabri dan Afif ikut jalan bawah.. "rasanya jln ni boleh tembus ke main gate Abg Sabri..." kata aku... confident giler... aku teruskan kayuh all the way ke menara dan terjumpa Ejau dan Faizal kat tempat lepak biasa tu...

Ejau, tak habis2 jawab call.. bisness bisness.. Rezeki Ejau.. Alhamdulillah


kayuh sikit lagi sampai ke menara, rendah kan seat dan walla... DH takde berhenti2 all the way.. mmg best la layan teres2 kat RRI nie.. teruja aku... malas nak cerita panjang, sebab sapa penah sampai RRI, tahula bestnya section DH kat RRI nie.. takde la hardcore sangat, tapi utk XC cam aku ni, mmg best laa..

sampai2 jln tar tu balik, Abg Sabri dan Afif pun muncul... ngomel2 tersilap jalan tadi.. gelak je aku.. Ejau dan Faizal sambung kayuh XC sekali lagi, sementara Abg Sabri, Afif dan aku back ke Caltex...

balik tu aku sempat pi minum jap dgn geng BBB kat Restoran Khalifah, Kota Damansara...

RRI, nak repeat lagi laa.. tapi layan section DH je... fuuhhhh....