Monday, February 14, 2011

Cheese Tart

Tart Keju atau Cheese Tart... amacam..?
sedap beeebbb...

wife aku baru mencuba... menjadi lak tu... Aisyah buat basenya, wife aku buat creamnya.. ditambah lak dengan jem blueberry kat tengah...

mmg layan laaaaaa.. sedap sampai tak terkata dah Iman ni

si Arep, dengan takde gigi depan pun belasah gak..

Aisyah jangan cerita laaaa

hasilnya, satu tupperwear besar buat, tak sampai 30 minit, habis licin dah petang Sabtu tu.. fuuhhh


paip bocor lak

habis2 kayuh Road pagi semalam, plumber Abe dan Yan dah ada kat laman depan rumah aku... dah seminggu pun tanah kat tepi pagar tembok kiri rumah aku tu dikorek sebab paip utamanya dah bocor.. Plumber ni lak pekerja2 adik aku je.. aku upah diorang je utk korek dan tukar T-Socket yg bocor nie

kecik je bocornya, tapi bill sebulan dah cecah RM200+ dah... pihak Syabas dah datang dan check...

Alhamdulillah, dah ok dah semuanya...



Wednesday, February 9, 2011

bergaya dengan cermin mata

Anak anakKU bergaya dengan cermin mata aKU

Gaya deCaprio
Arif


Iman


Gaya Cikgu Sha'ari dlm Masam Masam Manis
Cikgu Chikades


Cikgu Karipap


Gaya Professor
Prof Chikades


Prof Karipap


Aisyah (Chekodok) mmg cun

Iman dengan beskal bateri

Rabu lepas aku tak kerja, makanya aku mengambil kesempatan tu untuk ke Bank, KWSP, dan R-Samy untuk menyelesaikan kerja2 yg dah lama tertunggak...

Di R-Samy aku cuba beli tiub roadbike spare dan tengok2 harga barang2 yang dijual saje...

"Iman, jom balik jom.."

tapi takde sahutan.. Aku panggil sekali lagi.. pun takde sahutan...

"mana lak Iman ni.. kejap tadi ada sebelah aku dok main2 dengan beskal bebudak kat belakang tu.."

rupanya Iman tengah layan beskal bebudak yg jalan guna bateri tu.. kemain syok dia duduk atas beskal tu, sampaikan aku ajak balik pun dah taknak dah dia... "nanak nanak balik... adik nak ni.." muahahahahahahaaaa.. abisla Abah... terpaksala aku pujuk Iman pelan2.. jenuh gak.. si Troy, anak Mega (tokeh R-Samy) gelak je tengok.. bukan murah beb.. dekat RM600 gak harganya... fuuhhhh

la la aku pancing dengan air sus Dutch Lady perisa strawbery, tros OK Iman.. Fuuhh lega beb... balik tu Iman siap cerita kat Mama dia lagi pasal beskal bateri tu.. bila aku tunjuk gambar ni, tergelak sakan wife aku... Iman Imaaannn

barbican dan delster

haaaaa, balik dari majlis kenduri sepupu Sabtu lepas, aku singgah di salah sebuah kedai Arab di Jln Chow Kit, KL untuk membeli minuman berasaskan Malta ni... sekartun 24 botol berharga hanya RM45 sahaja.. kalau di kedai Arab di Gombak berdekatan UIA, RM55 sekartun 24 botol... di TESCO, dijual pada harga RM2.90 sebotol, sementara di 7-11 BTP pula pada harga RM3 sebotol...

ada banyak perisa sebenarnya, ada Strawbery, Lemon, Peach, Pineapple, Apple, Blackberry dan lain2.. untuk aku, aku lebih gemar rasa Classic Malta ni. pahit2 manis... minum sambil layan tengok TV...


bila Barbican dah habis, kadang2 tu, aku beli Delster ni lak di kedai Walid Niada di Medan Puteri BTP nun.. RM3 sebotol.. apa nak buat, yg ni tak dijual secara kartun macam Barbican tu... ada 2 perisa, satu Delster Classic, dan satu lagi Black Delster.. dua dua perisa Malta pahit2 manis, tapi yg Black Delster lebih keras sikit


dan yg paling sedap antara semua ni ialah Moussi... baca je post aku kat Mekah dulu.. fav akir aku sepanjang aku di tanah suci Mekah dulu... adik beradik la ni...

Tuesday, February 8, 2011

The Force

lawak giler
layan je laaaa

ALAN makin berseri

ALAN setelah di uji..


Alhamdulillah saiz frame ni amatla sesuai dengan aku... tros aku bercadang utk membelinya dari Abg Jep dengan membuat pertukaran barter saja.. aku dapat frame ni, Abg Jep dapat helmet Fox Flux Putih Merah aku... dan kami bersetuju.. Yahooooooooooo.. Cayalah Abg Jep

Final Spec:
Frame Alloy ALAN saiz XS with Alloy Fork
Selle Italia Dorco Saddle with Alloy Seatpost
DuraAce Threaded Headset
ITM 100mm Alloy Stem on GT apa nama ntah
ITM HandleBar 25.4mm with ITM HandleBar Tape
Shimano Sora 8 Speed Groupset (Shifter, Brake, RD, FD, Crank, BB, Cassette)
DuraAce Chain
Alexrim Race-28 Wheelset with Scott Hub
Maxxis Detonator 700 X 23c Tyre on Maxxis tube
Mixed DuraAce, Bengal, Jagwire Brake and Shifter Cable on Housing

Amacam..?

Monday, February 7, 2011

BBBRides.Kuang

"ok, kemana kita pagi nie..."
"apa kata kita ikut je heway LATAR ni hala ke Templer tengok sampai mana habisnya pembinaan tu, lepas tu kita ke Kundang sarapan dan balik ikut offroad"
"aku setuju dengan idea Chip tu.."

ni la ayat pembakar semangat kepada Kayuhan Keinsafan pagi Ahad lepas, 6 Feb, 2011. Lead oleh Lish dan Chip, aku, Wak dan Haji Shuq mengekor je dari celah2 beskal diorang... menyusuri laluan yg kebiasaannya kami gunakan utk balik ke trailhead blok 4, kami melintasi simpang Kundang yg dalam pembinaan... kami berhenti sejenak utk menyiapkan kamera, hp, air dan sebagainya


Chip: "kalau ikutkan aku, depan tu Sg Serai tu... apa kata nanti kita sarapan kat Sg Serai je.."
Hj Shuq: "jap aku check GPS kat hp aku ni... eh, mana ada GPS kat hp aku ni..."


Lish: "OK, aku dah ready... jom kita mulakan..."


Wak: "Jauh ke kita nak kayuh ni Lish...? aku tak fit ni hari ni.."
Lish: "entah, kita ikut je heway ni sampai mana dia habis.."
Hj Shuq: "wuish, jauuuhhh tuuuuuuuuuuuuu... aku dah tak larat nie..."


Chip: "apesal risau tak fit nkorang ni.. ikut je aku... depan tu je Sg Serai.."


suasana kayuhan pagi tu mmg nyaman... udara pun sejuk2 suam kuku je
ada bahagian heway yg blom siap, blom bersambung, malah blom diratakan lagi pun..

Wak: "jauh lagi ke Chip..."
Hj Shuq: "mana Sg Serainya Chip..? aku dah tak larat nie.."


Chip: "Sg Serai kat depan tu.. ikut je la akuuuuuuuuuuuuu.. heway pun nak habis dah nie"


Lish: "Chiiipp, cari lorong SmartTag weh, tak yah berhenti..."


Lish: "aku rasa tu RnR laaa..."
Wak: "tak laaa, tandas kot..."
Hj Shuq: "Surau tuuu..."


Chip: "Jap aku tengok dekat sket..."
Lish: "eh Chip... jgn pergi jejauh... sini je ikut lorong SmartTag ni.."


Wak: "Lajunya Chip kat depan..."
Hj Shuq: "ntahnya, tak sampai2 lagi kita ke Sg Serai ni.. aku dah tak larat nie.."


Chip: "releks laaa.. depan tu je Sg Serai... confirm punya.. eh, apesal lain je bukitnya tu.."


Lish: "nko salah jalan tu Chip.. ni haa ikut bawah nie."


Chip: "ye laaa Chai, jom patah balik weh..."


Wak: "nkorang ada kenal sapa2 yg ada jual kambing tak..?"
Lish: "ngapanya Wak, nko nak bela kambing ke bawah jambatan belakang nun..."


Hj Shuq: "allaaahhh, aku dah tak larat ni.."


Chip: "Jap jap stop kejap.. haaa depan tu la Sg Serai.. nko tengok jambatan tu, takde penyambung, tu aku tak tahu la kemana tujunya.."
Lish: "kena usah kawasan dulu ni, kot kot ada anjing ke nanti.. hisshhh cuak dah aku ni.."


Wak: "apesal perut aku dah nak sama dengan perut Chai ni... isk, cover sket la. malu aku nanti.."


kemudiannya kami menyusuri lorong kecil yg menghala ntah kemana... sebabkan tujuan kayuh pagi tu nak ikut je heway tu sampai habis, maka kami teruskan gak laa.. tiba2 ada lak dua ekor anjing peliharaan tapi tak ikat depan rumah... masa tu aku didepan... tak perasan apa jadi kat belakang.. mulanya aku cool je macam Sivaji dlm cerita The Boss tu, tapi bila Hj Shuq dok jerit cakap "ni anjing garang ni.. baik2 weh.." terus cuak gak aku dibuatnya.. kena lak anjing2 tu menyalak sakan.. dlm kepala aku dok teringatkan cammana la Lish kat belakang... kalau ada Abg Hashim ok gak... cuak gak anjing tengok tenungan Abg Hashim tu...


Alhamdulillah takde apa2 yg buruk terjadi, tapi tergelak2 gak la mendengar cerita Lish dan Hj Shuq... Hj Shuq siap berhenti tuuu.. muahahhahaaaaaa
Alih2 kami sampai di simpang jln... ada batu penanda dengan tanda Sg Serai ke kiri 1km, Kundang ke kanan 11km...


Chip: "kita ke kiri la ke Sg Serai..."
Wak: "tapi nak sarapan kat mana kat Sg Serai..?"
belacan: "aku lagi prefer kita ikut road redup jln Kuang ke Kundang tu... 11km je.. leh sarapan telur ayam kampung separuh masak kat Kundang.."
terus semua setuju...


dalam2 taklarat pun Hj Shuq leh senyum lagi


jln dari sini ke simpang 4 di Kundang melalui jln lama Kuang ni mmg best.. redup je.. jln pun tak banyak kereta...


alih2 kami berhenti sejenak untuk menziarahi kubur arwah Haji Nordin bin Atan, arwah bapa Chip, di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang..


suasan di kubur pun tenang dan aman je pagi.. menerbitkan rasa keinsafan yg teramat sangat di jiwa... sesambil membantu Chip mencari kubur arwah ayahnya, aku mensedekahkan Al-Fatihah tanpa henti pada semua ahli kubur disitu diiringi do'a ringkas...


Wak: "dah jumpa ke belum Chip..."
Nota: perhatikan stokin Lish yg power tu... perghhhhhhhh sakit mata beb kalau tenung lama lama...


Chip: "OK dah jumpa dah.. Alhamdulillah Syukur... biasanya aku datang dengan anak2 aku.. diorang yg ingat kat mana... "


kami pun berkumpul bersama2 sambil membersihkan sikit sikit kubur arawh ayah Chip...


Chip: "dulu pokok durian ni selalu berbuah ni... la ni dah takde dah... orang racun kot, sebab tak nak orang yg nak mencuri durian ni pi pijak kubur2 kat sini... "
belacan: "tengok je la bentuk pokok2 kering ni... kalau malam hari memang cuak hape nengoknya.."


kemudiannya kami meneruskan kayuhan ke Kundang... nyamaannn


kami juga sempat singgah sebentar di rumah mak ayah Chip di simpang 5 Kuang... singgah melihat je... ikutkan batu penanda jalan ada dekat 7 km lagi utk sampai ke simpang 4 trafik light Kundang tu, tapi alih2 Chip memasuki satu jalan short cut lain lak


Chip: "kat sungai ni la dulu aku nampak Monster Fish Lish..."
Lish: "eh, tu bukan Monster Fish Chip, tu buaya tu..."


sepanjang lorong tersebut kelihatan beberapa buah rumah besar yg dibina atas tanah sendiri siap kebun di tepi dan belakangnya.. sungguh nyaman suasananya...

alih2 kami dah sampai di jln Kundang... mmg short cut betul laa


dan tak sampai beberapa kayuhan dah sampai ke gerai roti canai yg femes kat Kundang ni...
macam biasa, menu aku roti banjir, telur separuh masak ayam kampung dan nescafe o suam


tengokkan saiz hidangan Hj Shuq, memang tak larat betul dia hari tu.. Chip tu biasalaaa


borak2, minum2, makan... tiba waktu balik ke BTP.. kami ambil keputusan ikut Offroad kembali
Chip: "Abg aku cakap jln biasa kita lalu utk ke Kundang ni dah kena tutup dah Lish... kita kena ikut Tasik Biru laa"

memasuki trailhead Tasik Biru...
Wak: "masa pergi haji hari tu nko park keta kat mana Shuq..?"
Chai: "woi woii, jangan ditanya pasal park kereta tu Wak.. isu hangat kat FB tu sebelum Hj Shuq ke Mekah tempohari.."
Hj Shuq: "muahahahahhahahaaaa nakal aaaaa.. nakaaalll"
Chip: "Takpa, kita nak sejuk kemudian, panas sekarang takpa.."
Lish: "ada gak orang nak sejuk sekarang ya..."


Chip: "mmang betul la Abg aku cakap yg laluan biasa ke Kundang ni dah ditutup oleh pemaju... nampaknya memang kita kena ikut laluan ke Tasik Biru la kalau nak ke Kundang nanti..."


Lish: "Tengok, serupa tapi tak sama... cuba perhatikan saddle tu.."


eh Hj Shuq.. buat apa tido dalam laluan air tu...? laaaaa memang dah tak larat betul la ni... sampai terpusing 360 beskal terlajtuh yg sapa pun tak nampak cammana jadinya.. tau tau dah terbaring je...
Lish: "Takpa laa Hj Shuq nak sejuk kat sini tu... muahahahahahahhaaaaaaaaaaa"


Hj Shuq: "jauh lagi ke Lish..? perut dah memulas sakan ni..."
Lish: "sabar sabaaarrrr...."
Chip: "Takpa, biar kita panas disini dulu..."


Terowong yg kebiasaannya digunakan waktu nak ke Kundang, kali ni time balik lak..


Hj Shuq: "Dah habis kan Lish..? aku dah tak larat nie.. perut pun dah memulas dari tadi nie.."


Chip:: "dah dah jom balik... aku dah terbayang kipas dgn seluar pendek tido atas simen ni.."


Lish: "Takpa Chip.. nko boleh minum habis air tu.. takde hal.."


Chai: "Wak, nko jangan la pi pusing2 kat Hj Shuq tu.. nko tengok je la cara dia berdiri tu, habis kemut dah tu..."


Satu kayuhan yg menyegarkan... route separuh lain.. makanya pemandangan baru... best dan simple