Monday, April 9, 2012

BBB.Ride.Kayuh bersama Pro

Semalam pagi ada kayuh MTB
Kayuh bersama Pro
Tapi “Pro” tak turun berkayuh lak
“Ada hal” katanya

Eh, sapa “Pro” tu…
Biarla identity “Pro” ni menjadi rahsia
Muahahahhahaaaaaaaaaa

Makanya hanya Langgark, Zazhar, Ucin dan aku je yg berkayuh
Ha ah, Ucin kayuh balik beb
Lama dah tak berkayuh dgn Ucin
Tetap menten macam dulu
Terbaek la Ucin..

Hmmm kayuh ke Kundang je…
Jadinya, releks2 je laaa…

Seawall jam 8 pagi Langgark dah sampai di Simpang Blok 4 dah
Dan Zazhar bersama Ucin seketika
aKU, terbangun lambat lak pagi tu, dek layan MotoGP Qualifying Session kat Qatar nun
mmg best


3 minggu je tak masuk LTM, macam2 dah ubah dah.. Laluan lepas terowong ke kanan dah tak boleh lalu.. kena terus dan kedepan sikit untuk menyeberang longkang besar bg laluan air dah dibuat…

Jalan pun dah di tambah tanah.. menjadikan kayuhan berat…

Ucin: “betul ke laluan ni Chai…?”

Zazhar: “betul la ni… kena masuk longkang kita nie..”

Langgark: “tak yah aiihhh… kita terbang je melepasi longkang ni..”

“aik, anak pokok ni pun nak ikut gak.. melekat kat kasut Zazhar lak..”

Acin: “aku nak duduk ke aku nak baring kat sini… sedap je nampaknya nie..”

Di Kundang lak, tempat biasa kami keluar tu dah hilang… dah terang dah pokok2 kat situ kena tebang..

Dan dah ada semacam tempat berkelah lak.. aikkk…. Ucin siap baring dlm ampaian buai lagi…

Langgark: “amacam, nak mandi ke nak kayuh terus nie..?”

Zazhar: “tengokkan airnya tak dalam lagi.. tak yah mandi laaa…”

Laluan masuk ke tempat mandi.. betul2 depan simpang tempat keluar dari LTM utk ke Kampung Melayu Kundang… dekat je dengan rumah Ibu Chip

Juga ada Lot Banglo utk dijual.. Call je nombor tu yaaaa

Ucin: “menarik ni.. boleh bawa anak2 datang sini..”

Asyik ambil gambar diorang je..

Lot bangle yg dimaksudkan… saiz 50 x 70, harga kena telefon nombor tu laa…

Ucin: “aku nak yg atas nun”
Zazhar: “aku yg bawah ni dah laaa…”
Langgark: “kalau cam tu, aku kat tengah2 laaa”

Hah, ni dia namanya… Riadah Point Bumi Hijau.. hmmmm

Bila dah ke Kundang tu, makan apa lagi…

“sebabkan rider “Pro” tak kayuh pagi ni, nko kena jadi rider “Pro” tu la Ucin…”

Mereka2 yg ceria…

“Zazhar lari dari apa tu… haaa….”

Tuesday, April 3, 2012

FAMILY.News.Tolong Abah kejap

Weekend lepas, aku bawak anak2 aku ke Opis jap, tolong Abah pindah opis yaa…
Apa lagi, bebudak ni kalau ke opis aku mmg suka betul.. apa yg best ntah…


Aktiviti biasa, tgk ikan kat kolam bawah

“Apesal ikan besar2 dah takde dah Abah…”

Iman @ Karipap

Arif @ Chikades

Aisyah @ Cekodok

Tu dia, dgn beg Tabung Haji Travel, penuh dgn buku, fail dan barang2 opis aku.. nak ke Opis KL lak lepas ni…

Terima Kasih anak anakKU… mmg terbaek…