Friday, February 17, 2012

SHARE.Info.Apa sebenarnya terjadi di Syria

Artikel ini aKU petik dari laman web MyIbrah
Satu info yg aku rasa berminat untuk aku kongsi dengan semua
Satu fakta berkenaan Syria
Apa yg jadi di Syria sebenarnya..?
Kenapa berlaku pemberontakan teruk..?


Bacalah dan anda akan faham “kenapa”

Sedikit sedutan dan berita di Syria.
Oleh: Muhammad Nur Aufa

Sangat jarang kita dengar perkara yang sebenarnya berlaku di sana sekarang. Semoga rakyat Syria yang berjuang syahid di jalan Allah. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH
# Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
# 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
# Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital
   tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
# 9000 tahanan ditahan.
# 413 orang telah syahid di dalam penjara.
# Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan
   abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
# Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah
   ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas
   beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
   plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
# Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
# Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
# Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk
   membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum
   keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada
   kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..
   Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh
   sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

”Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”: hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU.
# Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang
   terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo
   kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya
   sendiri.
# Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap
   rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara
   yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana
   pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran
   merupakan negara Syiah.
# Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan
   yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
# 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
# 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.


KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
# Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar
   bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
# Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
   Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
# Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu
   berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan
   bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku
   sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain
   mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
# Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria
   bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak
   satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah
   dikuasai oleh Israel.
# Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad.
   Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan
   video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk
   merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian
   rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan
   Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan
   dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
# Mendoakan saudara kita di Syria
# Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
# Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI, dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim”

Kalam Saidina Ali KWJ; 
“Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 :
“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”


(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

Sumber: Sham Kamikaze Facebook

Wednesday, February 15, 2012

KERJA.Kulitkraf

15 February, 2012
Pagi tadi, projek POC di Kulitkraf berakhir.. selepas hamper 3 bulan Sistem di Kulitkraf ini berjalan, berusaha untuk menunjukkan hasilnya, Alhamdulillah boleh dianggap satu kejayaan. Tahniah untuk Ghafur, Suria dan Nurfatimah.. Cayalah nkorang


3 stoges Kulitkraf…
Ghafur untuk Handheld dan Network
NutFatimah as Main Developer Sistem ini
Suria utk Web Reporting

Cemerlang

PIC utk Project ini.. Shaibi

Kalau jumpa kamera mmg asyik

Macam biasa, dgn Abg Kamal
Barula aku Nampak kurus.. muahahhaaaaaaa

Ghafur at Work

Serious betul



Monday, February 13, 2012

BBB.News.Stem Klasik Alan dah jumpa

Hmmmmm
Berbulan2 aku cuba mencari stem klasik utk Alan ni…
Asal ada kedai beskal aku singgah tanyakan.. kot la ada, sapa yg tahu
Kedai2 biasa seperti R-Samy, BikeWorld, WMS Adventure, KSH TTDI, KSH SS2, Tat Seng Bicycle, TS Bike, Rodalink, dan terbaru Pedal Sport Seri Petaling mmg takde…
Malah kedai2 beskal taman biasa pun takde.. kalau ada pun bukan jenis yg sesuai utk Alan ni…

Akhirnya aku ke Tukang Basikal Fook Sang, Sg Way…. Ntah apa alasannya, aku terus menghala ke kedai ni, sebab teringatkan baca artikel dlm malajah Cycling Malaysia, kedai ni ada pasang satu klasik road bike dgn steel frame satu masa dulu…

Dan wallaaaaa… Cayalah Mr Yong…

Mr Yong: “ada, ada… ini kan…? Lu mau 100mm atau 80mm…”
aKU: “saya mahu 100mm..”
Mr Yong: “itu handle lu mahu juga kaaa…? Saya ada sekali…”

Mmg cun handlenya, tapi dengarnya harganya “takpa la Mr Yong, saya pakai handle lama saya saja… lagipun elok lagi..”


Amacam…?
Smart tak..?
Baru la macam yg asal, walau yg asal made in Itali, yg ni made in Taiwan.. yg asal saiz clamp 26.4, yg ini 26 saja… tapi bentuk dekat2 sama… jadi laaa

Di atas Bukit Menara…. Berehat kejap

Hah, apa yg anda Nampak..?
Nampak tak…?

Laaaaaaaaaaa, cuba perhatikan bebetul…

Sunday, February 12, 2012

BBB.News.Trek 8500 Langgark

10 February, 2012
Sabtu lepas aktiviti yg dah lama BBB tak buat kembali aktif…
Dismantle dan Semantle beskal BARU
Hah, kali ni ada frame baru
Trek 8500 kepunyaan Langgark
Mmg cun

Dulu BBB memang aktif dgn aktiviti menggodek beskal ni.. boleh kata tiap2 bulan confirm kami akan berkumpul di rumah Tok G utk samaada memasang barang2 upgrade beskal, salin frame, tukar itu ini, ngetest beskal baru atau merepair kerosakan… dan biasanya minum di restoran laa….

Tapi tu la, sejak penghujung 2009, BBB dah makin slow… yg masih berkayuh boleh dikira…. Dari MTB sahaja dah termasuk Road dah sekarang ni…. Sesekali baru boleh cecah 10 orang berkayuh.. biasa antara 2 ke 6 orang sahaja… Apepun aKU bersyukur sebab BBB masih seperti satu keluarga.. ikatan persaudaraan jelas terpancar.. walau tak berjumpa di trail MTB, kadang2 tu bantuan dihulurkan di atas jalanraya, di rumah, dimana mana saja… dah macam adik beradik dah.. isshhh apa aku melalut ni..

OK back to story


Amacam…?
Frame Trek 8500 Langgark, warna merah hitam putih.. mmg cun… barang2 transfer dari Spesh Rockhopper… dah “tua” dah nampaknya frame Spesh tu… kesian…

Komponen yg “baru” tu yg kat depan tu, warna putih.. Rockshox SID RCT3 beb… 100mm… level kedua selepas SID XX World Cup… ringan nak mampus… ikutkan spec dlm kertasnya hanya 1330kg je.. fuuhhh… marvelus…

Integrated BB beb… kata lain BB yg beli tu simpan je laaa… owh, lupa lak, crank pun “baru”.. Shimano Deore XT triple crank.

Langgark: “aku dah cuba tahan dah Chai, tapi gagal.. terjebak juga aku…”

Abg Jep, Long Kelawar, Tok Ngulu, Man75, Tok G pun ada memeriahkan aktiviti “melihat” mlm tu

Macam biasa, bila dah sangkut, the Master Tok G la kena panggil membantu.. dan kejap je dah settle

“eh, mana frame Spesh tu..?”

Dah macam berkelah tepi laut dah… muahahhaaaaaaaa

Dah nak siap dah

Alhamdulillah, akhirnya dlm jam 1:05 pagi baru siap… lama betul nak bersalin framenya… maklumlah dah lama tak buat kerja2 ni… ditambah dengan borak dan gelak… kejap kerja kejap borak, mana nak cepat siap…


Apepun, Tahniah Bro Langgark… bak kata Chip: “aku rasa kita kena upgrade sesuatu la kat beskal kita.. dengan carat u, kita akan mula berkayuh balik… ni asal tengok beskal, yg tu gak dari dulu…” muahahaaaaaaaa

Ada kebenarannya gak kata2 Chip nie..

Wednesday, February 8, 2012

BBB.Rides.Kayuhan Maulidur Rasul anjuran Ya'afur Bikers

5 Feb, 2012
Bila cuit panjang, jawabnya BBB jadi muram
Dok SMS dekat 15 orang, yg reply nak kayuh Cuma Abg Jep, Tok Ngulu, dan Abg Samudera
Yg lain samaada reply balik outstation atau sunyi sepi…
Takpe laaa… janji masih ada yg nak kayuh

Makanya pagi tu, aku yg terlewat bgn terus bergegas ke rumah Abg Jep bersiap
Rupanya Abg Jep pun terlewat bangun gak……

Sampai2 rumah Abg Jep, “Tok Penghulu mana..?” tanya aku
“cuba call dia..” jawab Abg Jep
Naaahh, rupanya Tok Penghulu pun terlewat bangun gak
“awak pergi dulu la Chai, nanti ana menyusul..” bingkas Tok Ngulu memberi cadangan


Sampai2 di pondok Ya’afur Bikers di Blok 26a (rasanya) dah ramai yg menunggu.. ikutkan kata Abg Joe masa aku call pagi tadi, tayar golek jam 8:30 pagi… cun laaaaa

Terus ke meja pendaftaran, bayar RM15 seorang, dapat tag utk dilekatkan pada beskal dan ada Sarapan Pagi dan Makan Tengahari beb… Cayalah Ya’afur.. mmg cemerlang

Abg Joe, Kepten (bertopi Koboi), Bro Mael, Bro Pian semua dah ready as Marshal Ya’afur

Zazhar pun jadi Marshal Ya’afur pagi ni.. as sweeper.. Cemerlang

Bro Samudera pula tgh semangat giler tu.. pakai bedak sampai putih je muka… ceria lak tu… aku bau bau, bedak bau Cuticura laaa.. muahahahhaaaaaaa

Kepten Ya’afur… ramah jangan cerita laaa… sapa yg tak kenal mmg rugi beb

Aik, Teacher Shah Balqis Kindergarthen pun ada… best bestttt

ARB Bikers mmg sentiasa memberikan sokongan pada aktiviti berbasikal di BTP ni.. Cayalah ARB.. dan semua rider power power beb…

“dah boleh mula taklimat ni… mana pulak perginya kuda aku ni… owwhhh, tu dia… kuda ku lari gagah beraniiiii”

Pengerusi Majlis sedang memberikan taklimat kayuhan di sertai Ustaz membacakan Do’a.. Alhamdulillah.. semoga kayuhan pagi ni diberkati, Insya-Allah

Bak kata Pengerusi Majlis “kalau kita Google di Internet utk Kayuhan Maulidur Rasul ni, hanya nama Ya’afur Bikers sahaja yg keluar…”

Sekali lagi Tahniah utk Ya’afur Bikers
Kayuhan pagi ni dimulakan dengan berkayuh beramai2 mengikuti kereta Marshal di sekitar Green Valley Park sambil berselawat memuji junjungan kita Nabi Muhammad saw. Half Way ada yg dah tercungap2 dah.. memang kelakar…


Permulaan kayuhan dah kena climb jln tar… dan tiba di trailhead offroad.. di situ ada pisang dan air utk dibelasah…

Tengok je pada camerawoman Ya’afur ni… segala angle dia ambil.. cayalah

Chip ARB… dikatakan meminjam seluar trek anak utk kayuhan pagi ni semata2 nak tutup aurat.. muahahahhaaaaaa

“ada lagi ke pisang ni….”
Seterusnya kami disajikan dengan single trail naik dan turun yg cukup mengujakan… best beb… dengan canopynya… layaannnnn..

Sehinggalah tiba2 “waaaaaaaaaaaaahhhh, sayupnya mata melihat rider kat atas tu….”
Kami disajikan dengan Bukit berumput yg boleh tahan curamnya… apalagos, MTB la aku… mana larat beb dengan beskal berat aku tu…

Kemudiannya melalui sebuah lagi bukit yg cukup menarik…

Dan seterusnya memasuki single trail kembali hinggalah melalui satu kawasan downhill berbatu semacam Rock garden di Flinstone dan Rock Garden Kiara tu… batu2 besar dan loose beb…


Hinggalah tiba ke CP2 di persimpangan Kolam Pancing Kota Puteri nak ke Batu Arang…

Ustaz: “dah sampai ke semua ni…? Apesal nampak macam tinggal sikit je rider ni.. tadi masa start ramai rasanya…”

“owwhh, tu pasal kami yg pakai jersi ni tak kayuh Ustaz… tu yg Ustaz ingat ramai pengayuh pagi ni.. kalau kami yg perempuan ni kayuh, sapa nak masak dan jaga meja pendaftaran… maka kami bagi la can pada suami suami kami kayuh pagi ni… mlm kang diorang kena basuh segala periuk belanga laaaa…”

Abg Mael: “alamak, aku kena basuh periuk ke malam ni…? kena ajak Kepten keluar ni.. cari alasan sket…”

“aku tadi panjat bukit tu tak sampai2… jalan dua ke tiga langkah tengok atas tak sampai2 lagi.. fuuhhhh”

“aku lak menolak beskal aku macam ni…”

“kami pula tengok rider kat atas tu macam ni.. sayuuupppp..”

Teacher Shah: “laaaa nkorang menolak ke… apesal aku tak rasa apa2 pun tadi…”

Pian: “tu pasal Teacher Shah tengah sibuk menghafal sifir 12 tu…”

Tok Ngulu: “jangan risau Chai.. saya takkan kayuh kuat2 lagi dah.. kena rest cukup2 ni… esok nak kayuh mana yaaa…?”
Dan berakhir di Pondok Ya’afur balik lebih kurang jam 11:00 pagi…

Jamuan tengahari pun disediakan.. cukup lazat dan menyelarakan…


Zaly ARB: “apesal nko tak layan bukit rumput tu 5 kali Lim..?”

Azlim: “mana nak layannya sampai 5 kali, baru 3 kali rider semua dah habis dah… kena la follow”

Chip ARB: “jangan risau Chai.. kejap lagi saya balik, saya pulangkan la seluar trek anak saya ni…”

Haaaa, antara juadah yg disediakan… mmg lazat
Tahniah buat Ya’afur Bikers utk anjuran kayuhan Maulidur Rasul ni… cukup unik, trail yg lazat dan best dan tak nyiksakan…
Tahniah sekali lagi.. boleh jadikan kayuhan ini satu aktiviti tahunan…


FAMILY.News.Sambutan Maulidur Rasul Surau Nur As Sobirin 1433H

6 Feb, 2012
Isnin pagi lepas, ada sambutan Maulidur Rasul 1433H di Surau Nur As Sobirin dan Pusat Pendidikan Irsyadiah (Sekolah Agama Aisyah dan Arif).. Makanya awal2 lepas subuh lagi si Arif dan bersiap dah.. terkejut aku… mana taknya, dah berjanji dengan geng2 diorang si Daniel dan Izati untuk sama2 berarak dlm Sambutan Maulidur Rasul ini..


Perghhhhh, dah siap dah

Amacam… Smart tak anak bujang aku nie…?

Eh, Iman mana…? Tidur laaaa… Iman mana kisah…

“bila kita nak pergi ni Abah… nanti lambat pula…”

“Kejap, matahari pun belum keluar lagi tu…”

Sampai2 di Padang Blok 3, dah ramai yg hadir menunggu dah… ikutkan jadualnya, perarakan akan bermula dari Padang Blok 3 menghala ke Surau Nur As Sobirin pada jam 8:15 pagi…

Haaaaaaaaaa, Kui Kui pun ada…. Siap dgn kamera DSLRnya… zaman la ni, dah makin ramai dengan DSLR dah… jenis point and shoot dah makin kurang orang pakai dah… tu belum yg ambil gambar dengan Galaxy Tab 10.2 tu.. punyala besar… muahahahhaaaaa

Wokeh, sepanduk pun dah sampai…

Geng BBB pun ada… Lish dgn Kalisa (anak), Abg Jep dengan Akid (anak), Ucop Dolphin

Juga Tok G yg dah macam jurukamera rasmi dah.. kehulu kehilir dok ambil gambar… cemerlang la Tok G

“sabar yaaaa sabaarr.. Ustaz Ghazali baru je nak bersiap dan ke sini… ada sedikit Miss Communication nampaknya kita pagi ni…”

Lish: “lagi 5 minit Ustaz tak sampai, biar aku je yg bagi ceramah.. amacam Chai…?”

Abg Jep: “jangan Lish.. jangan…. Nanti aku tidur nyenyak nanti…”

Tok G: “Hmmmm, tadi Nampak macam anak aku kat sini.. bila aku kesini, takde lak dia… mana pergi anak aku ni.. “

Muslimah pun ramai yg hadir

Akhirnya Ustaz Ghazalli Omar pun tiba… selama hamper 2 jam ceramahnya, tak kering gusi beb.. memang best..

Habis ceramah ada jamuan makan disediakan… Alhamdulillah