Saturday, July 14, 2012

BBB.Ride: ke Kundang ikut susur jln baru

Sabtu, 14 Julai, 2012
Bersempena nak berpuasa minggu depan, Lish ajak kayuh ke Kundang ikut susur jalan yg sedang dibuat dari
Sebelah Sekolah Agama Integrasi ke Kundang tu… Menarik


Tersenyum riang Kona pagi nie.. mmaklumlah dah lebih 4 minggu tidak dikayuh.. manjang jeles je pada Alan Roadie… manjang kayuh Alan je…

Nak buat cammana, rate pengayuh MTB BBB dah makin merudum.. kayuh Road je laaa…

Bincang kejap diawal laluan tanah merah yg sedap dibina ni

Lish: “kita ikut je la plan ke Kundang tu..”
Langgark: “Tapi durian kat Taiping lagi sedap Lish..”
Tok Ngulu: “esok Zaki pun nak kayuh Road kat sini..”
aKU: ngangaaaaa

Lish: “hah, apa lagi Tok Ngulu.. kasi panjat dan turun laaa…”
Tok Ngulu: “ni Aboi boleh laa.. ambo tak berani weh.. curam betul nie…”

Lish: “kita kena cepat ni sebelum penyodok tu sodok dengan kita2 sekali… Chai nko cuba study kekerapa penyodok tu beralih kedudukan… Tok Ngulu lak, cuba study berapa cepat lori tu bertukar… Langgark, nko cuba tengok belah kiri ke kanan kita nak lalu nie.. aku nak tengok kebun Ciku kat seberang jalan ni jap…”

(gambar ikhsan dari kamera Lish)

Di simpang blok 1B… rupanya ada jalan offroad dari blok 1B ke jalan yg sama gak…

Di Kundang, gerai Roti Canai power  jadi pilihan… lama betul tak singgah sini…

Baru beli Samsung Galaxy S Advance… membelek hp je la kerjanyaaaaa

On the way balik, Lish beli Pulasan 3 kg, dan Manggis 1 kilo… Terbaek