Sunday, July 15, 2012

FAMILY.News: aktiviti bersihkan Surah bersempena Ramadhan

Ahad, 15 Julai, 2012

Pagi ni aku ke Surau Nur As-Sobirin menyertai gotong royong bersihkan Surah bersempena menyambut
Ramadhan yg akan tiba Sabtu depan


Ini la Surau Nur As-Sobirin… terletak di Blok 2, di Kejiranan antara Blok 2, Blok 3, dan Desan Puteri, di Bandar Tasik Puteri ini…

Alhamdulillah ramai yg membantu pagi tu

Ada yang membantu di kawasan Dapur

Ada yang vakum kawasan muslimah

Membersihkan kipas siling (aku di bahagian ni dgn Azam)

Juga memvakum kawasan solat utama

Kawasan Imam dah bersih cantik dah

Sementara Imam pula cuba merepair kipas2 yg rosak.. terrer Imam ni…

Tidak kurang yang mengupdate maklumat di papan kenyataan

Dan hasilnya, bersih dan wangi je surau kami..

Alhamdulillah.. tak sabar nak tunggu Ramadhan minggu depan..