Sunday, October 9, 2011

Haji 1432H.Madinah Day 4 to Day 8

Masjid Nabawi selepas waktu Shuroq
Tgh2 berehat lepas baca Quran, tau2 terlihat kelibat sahabat lama, Hj Nasir masa kerja di TI dulu.. Alhamdulillah.. jumpa gak kat sini.. sapa sangka.. borak panjang la jawabnya…
Hj Zainal dan Hj Haruji berehat2 dlm bilik
Bilik aku ni bersama Petugas Haji yg lain di Hotel Anwar Movenpick, Madinah.. Nanti kena pindah lagi ni.. jadi bilik transit je laaa
Sarapan pagi dlm bilik… makanan mmg belum disediakan lagi
walau ada dapur boleh masak yg ringan2.. dah lelaki semua, pakat beli je la senang
mlm tu ada sessi penerangan pasal nak sambut Jemaah THTS yg pertama dari KT12 esok.. aku ditugaskan utk membantu Team Sambutan dan Bagasi esok.. lepas meeting, makan timeee… kali ni Hj Shuq beli Ayam Brooch lak.. alaa semacam KFC la, tapi lagi sedap rempahnya..
tengok je la yaaa… kat sini makan ayam goring pun dgn roti.. adakaaaaa
esoknya, mula la tugasan aku.. bersama Hj Zakaria atau Zack, Hj Haruji di depan Hotel menunggu ketibaan Jemaah KT12
Hj Haruji tu pandang mana lak tu.. Hj Rashdan pun ada…
Boring2 layan Galaxy Tab Hj Azreen @ adik lak… tengok apa tu weh
2 sahabat Rencam @ Pembantu Petugas Haji, Hj Masum dan Hj Ramli… tenang je diorang dua orang ni…
Ustaz Hj Albani Ali pun ada gak…. Hj Yahaya @ Pak Ya, orang kuat THTS di Madinah ni.. sapa tak mesra dgn Pak Ya ni tak tau laaa…
2 orang Chef yg dibawa dari Malaysia utk membantu dlm menyediakan makanan para Jemaah THTS
Alhamdulillah, Jemaah KT12 selamat sampai dah… Sarapan time, dewan makan pun dah buka.. Hj Ambo dari bahagian catering in-charge
Abdul Latif.. suara jantan beb dia ni.. garau je suara dia…
geng2 Chef lak makan lepas Jemaah semua dah habis makan
Kerja dan perut lapar, time makan mmg enjoy laaa
sebahagian dewan makan pakej THTS di Madinah, Hotel Anwar Movenpick. Selesa sungguh.. pun gitu ada gak Jemaah yg komplen.. hisshh
Waktu sembahyang, ke Masjid laaa… rugi kalau tak pergi
Jemaah masih blom ramai lagi
Haaaa, kenal tak sapa nie.. ni la Ustaz Zulkifli… Mursyidul 2 Imam Muda musim ke 2… kalau biasa buka Astro chanel Oasis tu, tiap kali lepas Azan, ada slot baca do’a lepas Azan kan.. tu suara Ustaz Zul ni laa.. dia ni juga bekas vokalis Kumpulan Desire.. antara Kumpulan Rock Kapak waktu aku muda2 dulu
antara menu yg disediakan
Tahfiz2.. kecik2 je dah tahfiz dah.. fuuhhh
sekumpulan lagi tahfiz.. mana2 ceruk dlm masjid nabawi ni aka nada kumpulan tahfiz
kotak kasut utk simpan kasut.. kemas dan bersih
sebahagian masjid nabawi
waktu lepas maghrib
indahnya.. yg hujung tu la Hotel Movenpick
fuuhhhhh
ni Hotel2 lain dari sebelah lagi satu
Jemaah2 yg sudah tiba
yg aju belang tu Jemaah Turki… best bersalam dgn diorang ni… suka bila kita salam dgn dia… rasa terharu pun ada
di luar Masjid Nabawi menjelang waktu Shuroq… tunggu matahari terbit.. indah
layan makan ais krim kejap dgn Haruji.. SR7 satu ais krim… fuuhhh
eh, Hj Zainal dgn Hj Suamdi pun layan ais krim gak
Sessi Ta’aruf… Jemaah KT16 pun dah sampai semalam…
antara Jemaah yg mendengar… diadakan dlm dewan makan je
kaunter THTS… petugas sedang sibuk menyemak jadual kerja
Pak Ya
Hj Azreen @ Adik.. sentiasa dgn beg teletubbiesnya
Hj Shahrani.. Driver tetap Hj Zainal… “tiap2 tahun mesti ada bang, saya dengan Pak Jenal je… mudah..” kata Hj Shahrani
di Restoran Pizza Turki.. si Haruji yg teringin makan.. aku temankan je laaaa..
nah, pizza turki… pizza ayam dan pizza kambing.. sayur jarjis, sayur campur dan roti tebal.. kenyang beb makan bertiga
sayur jarjis, sayur ni ada kat sini je.. sedap..
bersama Hj Ramli.. keturunan Indonesia, lehir dan dibesarkan di Madinah…
sapa lagi kalau dgn Hj Adik
Rashdan.. dlm penat2 pun senyum gaakk. respect
amacam..? jaket Petugas Tabung Haji tak dapat lagi, pakai jaket Senstech laa…
sentiasa riang.. waktu kerja antara jam 7:30pagi hingga 12:00tgh hari, dan 4:30ptg hingga 10mlm.. penat weh
pagi last di Madinah sebelum berangkat ke Mekah petang nanti.. sedih.. harapnya aku dapat dating lagi ke bumi bertuah Madinah ni.. Insya-Allah