Tuesday, January 24, 2012

BBB.Ride.LATAR Rasa Bersalah

24 Jan 2012
Rasa Bersalah…?

Muahahahahahhaaaa.. ha ah, asalnya semalam, 23 Jan 2012, Abg Jep, Tok Ngulu Aboi dan aku cadang nak berkayuh Road bersempena Cuti Raya Cina kali ni dari BTP ke Puchong.. Malangnya, hujan lebat pagi semalam hingga ke tengahari… Maka terkansel la Ride tersebut.. hasilnya Abg Jep mengajak aku berkayuh Road hari ni sebagai membalas dendam sebab tak dapat berkayuh semalam… tup tup mlm tadi masa minum2 di Bistro Medan Puteri, BTP, Aboi lak ajak layan MTB.. aKU ni kalau di ajak MTB atau Road, mmg aku prefer MTB lagi… jadinya aku pun ON je la dgn Aboi utk layan MTB…

Elok sampai rumah je dari minum2 tu, aku pun keluarkan la beskal MTB aku, sekali wife aku yg belum tidur menyapa “aik, bukan ke awak kata awak nak kayuh Road esok dgn Abg Jep..? apesal keluarkan MTB lak…? Awak jangan, Abg Jep dah ajak tu, kesian Abg Jep tu kayuh sorang2 nanti…”

Terusssss aku call Aboi

aKU: “Aboi, kita kayuh Road dgn Abg Jep la esok, tak jadi la kayuh MTB..”
Aboi: “apesal, nko rasa bersalah yaa… muahahahahhahahhaaaaa”

Kurang asam jawa betul.. macam tahu2 je Aboi…

Dan bila aku call Abg Jep bertanyakan jam berapa dan dimana mula kayuhan, terasa semacam Abg Jep sedang tersenyum riang di depan aku…. Muahahahahaaaaa

Pagi tadi, Abg Jep, Aboi, Shuq dan aku mengikuti laluan BTP – Guar Luar – Kundang – LATAR entry – Ijok Exit – Ijok – Kota Puteri – Batu Arang (sarapan) – BTP
Total kayuhan ikut meter mataKucin aku, 57.8km..  perghhhhhhhhhhhhhhhh

Di Tol Ijok LATAR… ambil angina jap, bukan berehat tau

Alhamdulillah, memang best.. boleh repeat lagi ni

FAMILY.News.ke Ipoh jap

22 Jan 2012

Kami sekeluarga mengambil keputusan utk ke Ipoh weekend lepas
Ke rumah Ibu Ima (Isteri Razi BBB) di Ipoh
Kenapa..? takde ape pun, adik Ima, si Atie akan bertunang
Lagipun dah lama aKU tidak travel jauh2 bersama family ni
Ni la peluangnya….

Hmmmm, bersempena dengan Cuti Raya Cina ni, makanya Jalan memang jem Straberi laaaa.. Dari pagi Radio dah melaporkan keadaan jalan raya hari tu

Kami bertolak ke Ipoh sekitar jam 3:20 petang melalui jalan Kuala Selangor ke Sabak Bernam ke Seri Iskandar ke Ipoh… Punyala teruk jem, kami sampai di Ipoh dalam jam 10:55mlm… tu dia aaaiihhh, sampai dah muak aku bawak keta…. Anak2 pun dah komplen kepenatan.. kesian… Sampai2 rumah Mak Ima, apalagos, makan dan tidur laaa.. masing2 kepenatan dah..

Esoknya aKU membantu Razi menyiapkan susunan meja dan kerusi khemah untuk menyambut tetamu dlm jam 12:30 tgh hari


Aisyah dah dapat Galaxy Tab 7.0.. senyap jeeee
Iman pula kesana sini macam Mandor
Razin, dah kampung dia, ade je la mainan dia…


Mana pulak Arif ni..? hah, ni dia dok ralit layan Galaxy Note lak

Dua2 Tab dan Note ni kepunyaan Uncle Razi diorang… hmmm


Tak berganjak


Iman pun pening… “mana lagi aku nak pusing ni.. semua tempat aku dah tinjau.. takde yg best pun..”


Abah ngan Uncle Razi…


Pelamin pun ada dah…


Hah, habis bateri dah Galaxy Note tu.. “kita maen Ultraman lak..”


“haaaa, baru la adik boleh main sekali….”


Mama pun nak bergambar dengan pengantin laaaa…
Gaya Klasik beb…


“lepas ni Arif pinjam lak yaaa..”


Aik, paparazi pun ada gak nak ambil gambar pengantin


Iman pun nak posing gak…


Haaaa, ni baru betul PapaRazi… sampai nyenget.. perghhhhhh


Mama dengan Aisyah…


Kejap2 Iman datang sini minum air Kiwi.. sedap yaaaa


“nko rasa dulu Ikan Paten masak Gulai Tempoyak ni Shah… tu belum aku citer Ayam Goreng Quacker Oat crispy daun Kari lagi tu…”


Petik petik… kat KL takde ni, semua dah siap atas meja je

Ngam2 jam 12:30 tgh hari, pihak lelaki pun sampai.. Alhamdulillah semua berjalan lancar…
Cinta Muka Buku beb… cayalah


Sessi pengenalan

Berbalas pantun sikit

“mana pengantin perempuan.. kami nak tengok.. cun ke tak…?”

Jurucakap pihak Pengantin Perempuan


Akhirnya Pengantin perempuan muncul


Tahniah Atie…

Sunday, January 15, 2012

BBB.News.Bekam

14 Jan 2012
Berbekam di Rumah Man75

Sabtu semalam, aku ke rumah Man75
Tok Usu Man75 datang ke rumah Man75
Makanya Buding, Tok G, aKU, Chip dan Tok Ngulu pun mengambil bahagian laaaa

Suasa berbekam di rumah Man75
Yg lelaki di ruang tamu, yg perempuan di dalam bilik lain

Di bahagian Bahu Tok Ngulu
Banyak gak darah kotor yg keluar

Mula2 Tok Usu ni akan kenalpasti masalah pesakit yang nak berbekam
Lepas tu pesakit akan bgtau bahagian mana yg dirasakan ada masalah yg boleh dibantu oleh kaedah Bekam ni
Tok Usu akan letakkan Balang Bekam tu dan sedut dengan mesin penyedut bg melembutkan kawasan yg dikenalpasti
Selepas seketika, barula kawasan tersebut di cucuk2 dengan mata tajam kecil dan meletakkan balik Balang Bekam tu dan menyedut bg urusan mengeluarkan darah2 kotor di bahagian bawah kulit…

Alhamdulillah ada la effect pada bahu kanan aKU yg selalu sakit waktu lepas balik kerja
Syukur…

Saturday, January 7, 2012

BBB.News.Melawat Long kelawar

7 Jan 2012
Melawat Long Kelawar di Spital Sg Buloh

Hah, bukan bukan…
Tapi Isteri Long Kelawar yang masuk Spital
Patah kaki gara2 jatuh moto Elegen
Kesian Lili….

Sampai Spital, rupanya kanak2 tak boleh naik sampai pintu Wad pun.. hmmm, Wife aku dengan Aisyah je la yg naik ke atas
Aku temankan Arif dan Iman kat Lobi Spital… tak lama Long Kelawar pun turun

Sebenarnya BBB ada buat kutipan amal membantu meringan beban kewangan Long Kelawar
Idea dating dari Wak Labeb
Cayalah Wak..
Ye la, waktu ni anak2 mula sekolah, banyak nak diuruskan, banyak nak pakai duit
Alhamdulillah dapatla kumpul sedikit yang tidak seberapa ni

Long macam biasa la, senyum je manjang... cayalah Long

"aik, Arif dengan siapa tuuuuuuuuuu..?"

Alamak, Iman lak kacau...
Muahahahahahaaaa

Insya-Allah, semoga Long tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan Allah ni
utk Lili, berpantang sikit dalam bab makanan tu, cammana kaki tu nak cepat sembuh

Rasa lega sebab dah sampaikan amanat sahabat2 yang menyumbang
utk yg menyumbang, Jutaan Terima Kasih banyak2
Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat kali ganda pada kita semua
Insya-Allah


BBB.Rides.Road.Menara Bokeh

7 Jan 2012

Minggu ni senyap je
Takde sapa2 ajak kayuh MTB
Makanya aku folo Abg Jep ngan Aboi ngan Tok Ngulu layan Menara lagi
Training Ground kami ni
Tu yg selalu nkorang Nampak posting kayuh Road ke Menara
Untuk info, route ke Menara ni adalah sebahagian dari route utk LTDL beb
Kawasan ni dipanggil KOM tiap tahun pelumba LTDL lalu sini…
Tak la tinggi mana bukitnya, tapi bagus utk training laaa

Aik, separuh taya dah tenggelam dah…

“diam diam Aboi aku nak snap gambar guna teknik Bokeh ni…”

“hampir jadi dah nie…”

“hmmm, tak jadi lak…. Kabur sket”

“huh, buang masa aku je, memang la tak jadi, pakai cameraphone.. mana nak jadi..”

Muahahahahhahahaaaaaa jangan marah Seefoo Aboi

Macam biasa, dia selamba je
“jap laaa, aku mengah nie..”

“lama lagi ke rehatnya ni, ambo baring dulu deh…”

“hah, ni jadi tak Bokehnya Aboi..?”
“piraahhhhhhhhh”

Dan kali kedua Abg Jep sampai Bukit Kubur Cina lagi… dah OK dah tu

“mana Tok Ngulu ni, biasa kita yg tunggu dia atas PCP ni… ni dia tak sampai2 lagi ni…”

“aiikk, macammana nkorang boleh sampai dulu nie…. Aku depan nkorang tadi kan..?’
“alaaa Tok ni, kami potong Tok tadi, takkan tak nampak…”

Wednesday, January 4, 2012

Family.News.Arif masuk Tadika Balqis

4 Jan 2012

Pagi ni Arif akan memulakan kariernya sebagai Pelajar
Di Tadika Balqis…
Alhamdulillah Syukur
Dah besar dah Arif…..

Seawal jam 6:30am dah siap dah… kelas mula jam 8:30am.. fuuhh bersemangat
Gambar dengan Akak jap…. Akak Darjah 6 tahun ni… UPSR… Insya-Allah

Macam kena paksa je buat “peace” tu Arif.. muahahahaaa

Pun macam kena paksa je senyum tu Aisyah… maklumlah dah cuti lama, nak sekolah balik memang payaaahhh

Di Tadika, Arif ditempatkan dikelas KG2A…

Adik beradik kembar Nizam pun ada… best betul tgk kembar ni.. sama serupa sepesen je… isskkk Mama, jom la sorang lagi.. jom laaaa

Tok G pun ada.. dah macam artis dah si Hafif, tak habis2 ayahnya (Tok G) ambil gambar

Dah nak masuk kelas dah

OK, dah jumpa kawan dah… siap tayang stoking baru lagi…
Abah balik dulu yaa.. Cayalah

Monday, January 2, 2012

BBB.Rides.Abg Jep tawan Bukit Kubur Cina pula...

2 Jan 2012
Syabas Abg Jep syabas betaaaaaa

Pagi ni aku folo Abg Jep ngan Tok Ngulu kayuh Road ke Menara
Route biasa laaaa

Dan macam biasa, sesak nafas laaaaaa aku ngan Abg Jep

Dan Tok Ngulu dgn MTB Giantnya, dgn depan crank paling besat, dan belakang paling kecik, dgn selamba kayuh dari Kuil bawah naik ke Menara… selamba!...

Perhatikan betul2

Cuba besarkan gambar ni… tarak tipu punya…. Ada brani…?

Dan ini pula Abg Jep kegembiraan selepas Berjaya berkayuh sampai atas Bukit Kubur Cina Kota Puteri… perghhhhhh