Sunday, January 1, 2012

BBB.Rides.Kayuhan Rise of the Fallen

01 Jan 2012
Kayuhan Rise of The Fallen

Huh, tengokkan tajuk macam satu kayuhan kebangkitan… betul la tu… tiba2 ahli2 lama BBB bersemangat nak berkayuh.. Satu peningkatan ni..
Makanya aku pun apalagos, terus la SMS ke semua listing ahli BBB yg ada dlm hp aku ni utk kayuhan yang boleh dikatakan sambungan dari Kayuhan Reunion 8 Tahun tak kayuh minggu lepas tu… Dari 42 penerima SMS ahli berdaftar BBB yang aku hantar, seramai 29 orang yg muncul.. fullamaaakkkk… 80% pakai baju ore nasal BBB beb… memang best laaa, Tok Abu pun dtg bersama Ummi dan Faris dgn beberapa rakan GLC berkayuh di LTM

Tempat mula, Cement Mixer… sampai2 dah ramai yg dah ada

Yeop pun ada hari ni, memang best.. Long Kelawar tak boleh elak..

Buding, Tok Ngulu dan Zazhar tgh mengimbau kenangan BBB yg lepas…

Rider Pace hari ni.. Anis… “Pakcik2 kena kayuh sama atau lebih laju dari Anis, kalau tak, Anis malas nak ikut lagi lepas ni…”

Shahrul Wolf pun ada… Cayalah

Abg Jep tu awatnya manja betul tu

“aku folo Shahrul je… kot Shahrul tak larat nanti, aku temankan la dia..” Kepok

“eh, Tok G ke Long Kelawar ni…?”

Abg Samudera dengan Azam Pewaris… Antara yg masih berkayuh secara solo…

Ucop Tripod… “beskal aku masih ada lagi Chai… aku tak jual.. jgn risau..”

2 rider power.. Chip dan Wak.. dua dua owner Lightspeed Pisqah

“dah takde dah ya entrance Cement Mixer tu…. Best tu…”

Mana Tok aku tak sampai2 lagi nie

Seketika Tok Abu pun sampai bersama Ummu, Faris dan rakan2 GLC, cukup meriah…

Ikutkan Lish, nak bawa ikut route Kebun Ciku, tapi lepas masuk trailhead tu, jalan ke kebun Ciku pun dah takde dah… penuh semak samun dah.. kami pun ikut jalan biasa je laaa.. syyyy tak boleh bising2.. kayuh je

“Jap2… tempat ni bagus utk Group Photo ni..”

“aku rasa kat sana lagi cun..”

“ah nkorang ni, nkorang bincang la dulu, aku nak rehat jap… “

“Selain dari collect beskal lama, apa lagi hobi nko Ucop..?”
“owwh, aku ada sebuah moto klasik brand coli…”
“hah, coli…?”
“ha ah, Triumph, nak tengok..?”

Regroup regroup, lepas ni downhill pendek

“jap jap, Ummu nak ambil nafas ni…”

“lama lagi ke kita kena tunggu ni..?”

“eh, ambil gambar ke tidak ni…? Aku dah posing nie…”
“laaaa, Tok G ngan Long tu dok berdiri buat apa kat atas paip tu… eh, yg mana satu Tok G..?”

“haaaaa, kat sini la baru cun utk Group Photo… cepat2..”

“ahh, lambat sangat nkorang setting kamera… nah aku ambil gambar aku dulu..”

“OK OK, boleh ambil beskal memasing balik.. teruskan kayuhan…”

Selepas beberapa ketika, reheat lagi…
Tu la lumrah BBB, kayuh bukan serious pun, gelak je lebih.. janji happy bersama rakan2…

“wooi, giler la bukit ni.. macam nak tercabut glove aku…”

“alaaaa, sikit je tu Shahrul… aku OK je.. takde apa apa pun..”

“ni kalau ManP2 ada ni lagi best……. 50 sen 50 sen…”

“baju je kayuh dah nak rehat dah…? Hisshh diorang ni…”

“releks la Wak, nko tak kesian ke tengok aku ni…”
“ntahnya, kami temankan Shahrul dgn Abg Jep ni…”

OK OK sambung kayuh… kita ikut jalan kebun Chip laaaa… sampai kundang baru kita decide nak sarapan roti canai atau nak belasah air kelapa muda

“aik, mana diorang lain Chai… takkan kita berempat je kat Kebun Chip ni…”

“uiiii, banyaknya Pulasaaaannnnnnnnn…”

“Cempedak pun ada… nasib baik dalam pagar, kalau diluar pagar tak boleh ambik, sebab kena guna galah utk tolong jolokkan…”

Tu dia, rambutan yg tengah merah2..

“lagi atas Ding, lagi, lagi…”

“eh, apa yg dalam seluar Ding tu…? Takkan rambutan busuk kot…?”

“nah pulasan.. dah hujung2 dah ni.. “
Tapi masih sedap…

Dah puas makan, kita bawa sket utk rakan2 lain.. cam biasa Tok Ngulu la kena bawak, sebab dia power…

“eh, Shahrul dah sampai belum..?”

“Ni Dino ke Kepok…?”
“aku rasa Kepok laaa…”
“tak laa, aku rasa Dino… kalau Kepok, bulu hidung dia panjang sket… ni kemas je…”

“sedapnya Pulasan ni…”

“dah lama aku tak pekena air kelapa muda kat sini..”

“Chai, dah muak maen beskal nanti, kita maen jetski kat Tasik Biru ni nak tak…?”

“nak order ke tak air botol kicap ni…?”

Pace Rider dah kepenatan, sebab kayuh slow je…
“peluh pun belum habis keluar lagi..”

Tukang Karut BBB.. kalau dia takde senyap je kayuhan… kalau dia ada, cepat penat berkayuh… mana taknya, gelak2 tak habis2

“Uuuiiss Chip, ni makan tengahari ke hape..?..”

“nko tengok je la Chai, aku nak makan ni…”

Kayuhan balik dibahagi kepada 2 bahagian, satu kumpulan ikut road terus ke Desa Puteri, dan satu kumpulan masuk ikut Tasik Biru balik lead by Lish….

“Chai, buat la lagi kayuhan macam ni.. aku nak kurus ni…”

“tengok, aku dah tak nak berhenti dah ni…”

“nkorang nak kayuh ikut Golf ke nak naik Hilux Buding….?”


Alhamdulillah… mmg best kayuh hari ni.. dah lama tak kayuh ramai2 begini… Insya-Allah semoga BBB kembali aktif seperti dulu…
BBB bukan Team Pro atau Power sebagaimana yg “orang” kelaskan
BBB ni formalnya Bandar Tasik Puteri Bicycle Brigade
Ada juga BBB bermaksud Budak Budak Besar (aku suka ni)

Yg penting BBB kayuh je.. Road ke MTB ke, janji kayuh
Cumanya dah tak ramai yg rajin kayuh dah
Atas pelbagai alasan peribadi, takpe laaa… janji kayuh