Wednesday, October 28, 2009

labbaikallahhummalabbaik

Alhamdulillah

Hari ke-2 aku berada di Madinah

Rentetan perjalanan

Isnin pagi seawal jam 8:32am, aku dah bertolak ke rumah mak aku di blok 7.. "mak nak ikut ya.."... yg pergi wife, anak2 aku, Aisyah, Arif, Iman, Ibu Metuaku dan Ibuku...

"ah, minyak ada separuh lagi.. sempat sampai Kelana Jaya nie.." bisik hatiku... naik Kenari je pagi tu, sebab mudah utk wife bawak balik nanti.. makanya dah macam sardin la Kenari tu...

lepas Tol Rawang, kami terus menuju destinasi... elok2 selepas Restoran Jejantas Sg Buloh, Kenari tersengguk2 sikit2.. "mmm macam takde minyak je ni.." bisik hatiku.. tapi meter mintak menunjukkan ada separuh algi petrol dalam tank.. teruskan pernajalan... dari jauh aku nampak papan tanda Kota Damansara 1 km... tiba tiba, aiikkkk Kenariku betul2 habis minyak... tersenguk2 dan engine mati.. aku pelan2 ketepi heway, signal hazard, dan berhenti... start keta, kejap je dan engine mati balik.. "sah, habis minyak... meter minyak ni rosak la nie...".. "dugaan dugaan..." jam menunjukkan 9:40pagi.." terus teringatkan Abg Jep... call Abg Jep dan minta bantuan Abg Jep dtg menghantar minyak... "ok ok, aku datang.." syahdu campur terharu atas bantuan Abg Jep, sebab susah2 dtg memberikan bantuan...

Masa tunggu Abg Jep sampai tu, aku call adik aku, dah ke pejabat katanya, dan ada meeting lak, call despatch opis aku, ada di PJ lak... call rakan2 yg lain, semua dalam keadaan sibuk.. almaklumlah, hari Isnin... makanya aku bergantung harap pada Abg Jep je laaa... Peronda PLUS pun tak bawak minyak petrol "kami dilarang bawak Petrol Encik.." takpe laa....

jam 10:25am Abg Jep sampai.. Alhamdulillah syukur, terus isi 4 liter petrol, syukur pada Allah kerana melapangkan masa Abg Jep pagi tu utk membantu aku.. hanya Allah saja yg dapat membalas jasa Abg Jep nie... tros exit kota Damansa dan isi full tank...

sampai di Kompleks Kelana Jaya Tabung Haji jam 11:05am... tak ramai orang pagi nie.. Flight KT22, melaporkan diri jam 11:15am.. hanya seramai 126 jemaah sahaja utk sessi ini... kena naik penerbangan MAS sebab ni bukan flight chartered Tabung Haji.. makanya aku kena ke Jeddah dahulu... kemudian kena naik bas ke Madinah pula.. wah.. satu perjalanan ni...

ambil tag id, tag bagasi dan terus masuk... bersalam dgn wife, ibu, ibu mertuaku dan anak2... masya-Allah, tak sangka aku akan berlepas menunaikan ibadah haji tahun ini.. awal tahun hari tu aku daftar, dijadualkan ke Mekah tahun 2024 nanti.. mmg rezeki anak2 ni dapat peluang menunaikan ibadah haji sambil bekerja... Alhamdulillah...

lebih kurang jam 12:47 tgh, kami pun mausk bas yg akan membawa kami ke KLIA.. siap ada escort polis tu.. tak jem langsung... smooth je perjalanan...

sampai di KLIA, kami terus ke kawasan menunggu.. rupanya kami bersekali dgn jemaah haji dari Indonesia dan Thailand... dan jam 1:18 pagi, kami pun masuk ke dalam Kapalterbang MH150, KLIA ke Jeddah.. dijangka tiba pada jam 7:45 mlm waktu Jeddah, lebih kurang 8 jam perjalanan.

Touch Down di Jeddah jam 7:47mlm... satu perasaan yg tak dapat digambarkan... masya-Allah.. best tul... teruja... risau dan macam2 la perasaan... 3 buah bas menjemput kami utk ke imigresen Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.. kami ditempat di bilik menunggu, sementara passport kami diperiksa.. kat sini, sempat sembahyang dan berehat sebentar.. dalam jam 9mlm barulah kami dipanggil utk urusan imigersen di kaunter.. semua selesai urusan kaunter ni dalam jam 10:50mlm... kami dibawa pula ke satu lagi tempat menungggu di lobi lapangan terbang ni dan tunggu bas pula... dekat sejam setengah juga la menunggu...

jam 12:50pagi baru bas sampai.. 3 buah bass.. bak aku no D102... bas ini la yg akan aku naik sepanjang menunaikan ibadah ini.. bas bertolak ke Jeddah dalam jam 1:12 pagi.. perjalanan akan mengambil masa dalam 6 jam.. apalagi, tidur laa. bas pula sempit tul... aku kena tidur di celah2 beg jemaah kerana kesian tgk pakcik makcik yg kena tidur disitu, aku berikan tempat duduk aku pada mereka.. Alhamdulillah...

kami sampai di Madinah dalam jam 7:45 pagi.. sebelum tu kami singgah utk bersolat Subuh di satu kawasan ntah di mana ntah, tau tau ada masjid je.. sebabkan mlm, maka aku tak nampak pun kawasan sekelilingnya yg gelap pekat... di Madinah, kami perlu berdaftar di pejabat yg menguruskan urusan Jemaah Haji pula... wakil2 tabung haji yg menguruskan semuanya, dan urusan selesai dalam jam 9:01 pagi..

dan akhirnya kami bergerak ke Hotel Anwar Al Madinah, Movenpick yg terletak hanya 100m dari pintu pagar Masjid Nabawi.... aku ditempat dibilik 13022... tingkat 13... 2 org sebilik... Alhamdulillah, biliknya selesa betul... Tabung Haji dah Chartered satu Hotel ni, dan semua operasi Tabung Haji dijalankan dari sini..

masya-Allah... betapa besarnya keagungan Allah, luas betul Masjid Nabawi ni... tak dapat digambarkan dgn mata dan kata2.. selepas Sembahyang Zohor, Alhamdulillah, aku sempat menziarah makan Rasulullah s.a.w, makan Saidina Abu Bakar As Siddiq RA dan MakanSaidini Umar Al-Khattab RA. Sempat aku menyampaikan salam2 dari rakan2 ku, serta ayah dan ibuku, juga anak2 ku.. Alhamdulillah... walau terpaksa bersesak2, tapi amat berpuas hati....

selebihnya, dihabiskan dgn membuat ibadat dan window shopping..

Monday, October 19, 2009

ibadah.Haji.tukarjadual

hah

pagi ni dah confirm dah, flight Haji aku ke Madinah dapat dijaualkan semula ke Oct 26, 2009 jam 11:15pagi

BBB.tasik.biru.ride.10182009

yg join ride pagi tu:
1] Ayahanda dan Sara
2] belacan
3] shuq
4] lish
5] man75
6] konapok
7] abg azmi t-bolt
8] langgark

antara recap hari tu:

1. disebabkan hujan, ride mula jam 7:45am
2. beratnya beskal aku hari ni
3. mana tasik biru ni lish, aku dah lapar giler nie
4. sampai nanti aku nak order roti canai 2 keping, dan teh tarik
5. nak ikut offroad ke road ni...?
6. relak jap, kesian abg jep
7. I nak pink coloooorrr
8. hang kena try air kelapa lemonade chaaii
9. sukun sukunnnnnn

tak dapat nak cerita, ni je gambar2 yg sempat di ambil

nasi lemak jawa yg pedas giler.. siap kerang tuuu...


rambutan tanpa hirisan yg sedap tul


on the way ke gerai air kelapa tu, tau2 hilang je.. alih2 sampai dgn rambutan dua ikat...




"mana aku tau.. aku tengok muka jawa je makcik yg jual tu, confirm la pedas"




woooo, pedas giler sambal nasi lemak ni.. sampai berpeluh kepala man75




wuhuuuuu, durian kampung beb




sampai senget muka ayahanda makan durian


"haaa, ni cara org kampung bukak durian"


"silap tu Man, cam ni laaaa"


"isk, aku tak makan durian laaaaa"


"dah tu Sara, daahhh.. kang kalau Sara pengsan makan durian banyak2 sapa nak angkat Sara, Papa gaakkk.."


"eh, aku pun tak makan sgt durian ni..."


maakk aaiii


meh la aku rasa sket


menerangkan segalanya


naaahhh


mmmmm, dari gambar ni, rasanya Konapok tgh mamai kena kentut dgn pakcik tu kot


time ni memasing dah kenyang habis dah.. tinggal ayahanda dan Sara je yg masih menten


hah, dah makan, bayar laaa


ni je yg tinggal


hah, lepas makan durian kena minum air dalam bekas pangsa durian ni, baru la badan tak panas, eh, tapi ni air teh o ayahanda


lokasi kejadian


balik tu, mmg panaasssss

Monday, October 12, 2009

senyum.senyum

Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...

Wednesday, October 7, 2009

confirm.Haji

Alhamdulillah Syukur, Ibadah Haji aku tahun ni dah confirm.

Pagi ni terima surat Pengesahan dan Jadual Penerbangan Haji dari Tabung Haji Travels

Flight KT07, Oct 21 jam 9:30mlm ke Madinah dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

khabarnya office nak minta tangguh ke Oct 26, 2009 kerana memerlukan tenaga kerja di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya..

tunggu je laaa

Tuesday, October 6, 2009

kursus.Haji

tengahari ini pula, aku dan Ghafur sekali lagi ke Masjid Wilayah, Jln Duta utk mengikuti Kursus Haji secara asas..

Kursus dijalan oleh Datuk Haji Kamal bin Haji Muhammad, Mantan Pengurus Besar di Tabung Haji

Kursus bermula jam 2 ptg hingga jam 5:30ptg

Monday, October 5, 2009

Taklimat.Haji

Pagi ni aku ke Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta utk mengikuti Taklimat Haji oleh Tabung Haji Travels

kursus bermula jam 9:30am dan berahkir jam 1:00pm

dapat goodies dari Tabung Haji Traveller berupa beg Haji, Ihram, dan Buku Doa

Alhamdulillah...

Thursday, October 1, 2009

gegar.gegar

wah
dah lama betul aku tak post dalam blog ni sejak balik dari Jepun tempohari tapi dun wori, nanti aku update perkembangan terkini weekend ni

ni nak citer, semalam, aku orang paling last kuar opis aku nie. masa nak kuar tu, tengok2 semua orang dah balik dah.. wooh, tinggal aku sorang je rupanya.. makanya aku pun tutup semua lampu, checkout main door, dan tutup pintu keselamatan la... elok aku nak tutup pintu tu je, tiba2 kepala aku rasa cam pening2 lalat... tangan aku pula ter"slip" dari tombol pintu keselamatan tu...

"eh, apesal lak rasa pening nie..?" tanya aku....

tiba2 bebudak programmer dari syarikat berdepan dengan opis aku tu kelam kabut keluar...

"wei, mana nkorang nak pergi ramai2 ni..?" tanya aku...
"la, gempa bumi la bang... tak rasa ke jap tadi..?" balas budak tu
"aik, yg rasa pening2 tu ke..?" tanya aku lagi
"haaaaa, tu la tu.. jom jom.. bahaya nie.." jerit budak tu

suasana jadi kelam kabut sekejap... penat gak la kena turun guna tangga utk 10 tingkat... sampai2 bawah, dah ramai berkumpul kat kawasan lapang sebelah opis tu.. aku buat derk je, sebab nak balik dah.. start moto dan zaaassss...

tengok2 depan bangunan CITIBank dan NIKKO Hotel, org dah kumpul tgh jln dah.. jem kejap area situ...

mlm tu baru tahu ada gempa bumi skala 7.6 kat Sumatera.. wuuhhh Alhamdulillah takde apa2 yg buruk terjadi.. syukur