Thursday, October 1, 2009

gegar.gegar

wah
dah lama betul aku tak post dalam blog ni sejak balik dari Jepun tempohari tapi dun wori, nanti aku update perkembangan terkini weekend ni

ni nak citer, semalam, aku orang paling last kuar opis aku nie. masa nak kuar tu, tengok2 semua orang dah balik dah.. wooh, tinggal aku sorang je rupanya.. makanya aku pun tutup semua lampu, checkout main door, dan tutup pintu keselamatan la... elok aku nak tutup pintu tu je, tiba2 kepala aku rasa cam pening2 lalat... tangan aku pula ter"slip" dari tombol pintu keselamatan tu...

"eh, apesal lak rasa pening nie..?" tanya aku....

tiba2 bebudak programmer dari syarikat berdepan dengan opis aku tu kelam kabut keluar...

"wei, mana nkorang nak pergi ramai2 ni..?" tanya aku...
"la, gempa bumi la bang... tak rasa ke jap tadi..?" balas budak tu
"aik, yg rasa pening2 tu ke..?" tanya aku lagi
"haaaaa, tu la tu.. jom jom.. bahaya nie.." jerit budak tu

suasana jadi kelam kabut sekejap... penat gak la kena turun guna tangga utk 10 tingkat... sampai2 bawah, dah ramai berkumpul kat kawasan lapang sebelah opis tu.. aku buat derk je, sebab nak balik dah.. start moto dan zaaassss...

tengok2 depan bangunan CITIBank dan NIKKO Hotel, org dah kumpul tgh jln dah.. jem kejap area situ...

mlm tu baru tahu ada gempa bumi skala 7.6 kat Sumatera.. wuuhhh Alhamdulillah takde apa2 yg buruk terjadi.. syukur