Saturday, March 5, 2011

Merida 903 Radzi

"Aku nak ni..." jerit Radzi sambil memegang erat helmet Met warna hitam/hijau/putih...
Confirm, mmg aku dah tahu la beskal apa yg Radzi nak beli sebenarnya nie
muahahahahhaaaaaaa

Hari ni seharian aku, Abg Jep dan Yeop folo Radzi membeli beskal Road dia... sebelum tu Radzi dah buat homework dah, beskal mana yg jadi pilihan sampaila ke final 2 buah iaitu Merida dan Scott... utk aku dan Abg Jep, kami mmg prefer Scott sebab fikirkan frame Scott tu....

Makanya kami berempat dgn keta Abg Jep ke BikePro dulu pagi tu
sampai2 BikePro tak bukak lagi, tros tea break kat Hainan CoffeeTiam kejap.. Radzi belanja laaa
bukak2 je BikePro, kami pun melangkah masuk.. Scott Speedster 30 mmg dah ada kat kedai tu.. warna biru... belek punya belek, Radzi masih tak boleh bagi kata putus.. Boon Foo lak dah letak harga yg ikutkan Radzi agak tinggi dari budget dia...

kemudiannya kami ke KHS Merida lak... tu dia sampai 4 buah Merida 903 ada dlm beberapa saiz... Radzi belek2 sementara aku cuma discuss dgn Yap pasal harga... agak lama gak kat situ... still Radzi masih tak leh buat keputusan sebab aku dan Abg Jep masik prefer Scott tu... Yeop lak senyap je.. kenapa..? sebab pagi tadi masa nak pergi, Yeop sudah terlepas cakap "kalau nko tak beli beskal hari ni Radzi, aku bogel dalam kedai beskal tu nanti..." muahahahahaaaaaa... punyala tergelak besar aku.. bukan susah pun... balik je terus tak payah beli beskal, confirm Yeop kena bogel... muahahahaaaaaaaaa...

back to BikePro... alamak, ramai lak orang... Boon Foo ni kalau org ramai dia kelam kabut teruk... dlm dok bincang2 tu, la la aku suruh Radzi pi pilih helmet yg dia nak beli dulu... pada masa yg sama Man75 pun sampai memeriahkan majlis dan Man75 pun setuju dengan Scott dari Merida tu atas alasan yg sama iaitu frame Scott tu lagi better....

Radzi: "Shah, nak ambil helmet warna apa weh..."
aku: "ambikla yg sama warna dengan warna beskal.. Scott ni warna biru/hitam/silve kan..? cuba cari yg dekat2 sama warna..."

si Lim BikePro pun membantu Radzi membuka kotak Met satu satu...

aku: "haaaa ni warna dekat2 dengan warna Scott tu... OK la nie.."
dan tiba2 Lim mengeluarkan sebuah helmet Met warna hitam/hijau/putih, dan tanpa buang masa, Radzi terus menyambutnya sambil memeluk erat seraya berkata "aku nak ni...." seakan budak kecik memeluk teddy bear bucuk... aku tergamam dan terdiam melihat Radzi... dan kemudiannya aku tersenyum.. sebab confirm aku dah tahu beskal mana yg Radzi betul betul nak beli sebenarnya.... Merida...

aku: "Zi, nko pergi bg alasan kat Boon Foo yg nko kena balik cepat.. wife dah call... " sambil berbisik kat Radzi aku cakap kita ke Merida.. Radzi terpinga2 gak sebab masih tak tahu kenapa aku tiba2 bg arahan cam tu...

selesai membeli apa yg patut kat Boon Foo, kami ke Merida.. Abg Jep pun heran apesal tetiba nak ke Merida balik... sampai2 Merida baru aku citer.. tergelak2 semua termasuk Radzi... kat sini, deal harga, setup saddle dan lain2 dan wallaaaaaaaaaaaaa

Merida 903.. cun weehhh


aku beli ni je dari man75... holder meter Cateye... aku nyer dah patah dek reput... nasib baik Man75 kirim dari adik sepupu dia di Jepun nun...