Monday, May 9, 2011

cara baru tampal tiub bocor.. jangan ikut kalau tak berani

muahahahahahahhaaaaaa
masa tengah melepak sambil menunggu rider2 lain yg sedang berkayuh pada Hash BTP semalam, kami membantu Abg Jep menampal tiub tayar belakangnya yang bocor...

mulanya kami menggunakan Topeak Patch utk menampal kebocoran kecil yang kami dapati hasil daripada kesan tiub rubbing pada rim tape yang dah dimakan usia...

lepas tampal patch kit tu, kami pump dan kebocoran dah settle.. wallaaaaaaa
memang berkesan Topeak Patch Kit nie...

pasang taya, masukkan tiub, pump dan sssssttttttttttttt, kedengaran bunyi bocor ni lagi

"alamak, bocor balik laaa.." jerit Chip
"takpa, kita bukak dan tengok.."

kami pun bukak balik taya, keluarkan tiub dan di tempat yang sama rupanya patch kit tu dah terkoyak balik dek geseran pada rim tape yg dah dimakan usia tu...

Chip: "kalau cam ni, kena gunakan satu lagi kaedah aku utk tampal kebocoran pada tiub ni Chai..."
dan Chip pun keluarkan patch rahsia dia...

"OK, dah tampal.. jom pump balik..."
amacam, agak2 apa tu..?

Chip: "jap jap... aku check jap... ok ok, takde dah bunyi bocor tu lagi.... "

apa rehsianya Chip..?

Chip: "ni haaa. Elastoplast.... utk tampal luka2 kecil.... "

Muahahahahahahhahahahhahaaaaaa

BTP Hash - Alhamdulillah

KLMBH Hash # 199 - BTP

Semalam ada Hash di BTP. Cam biasa geng BBB yang masih berkayuh dan berkelapangan sama2 membantu geng ARB as Main Organizer bersama Tok Abu

Tak banyak nak cerita. Sapa yang pernah berkayuh di Ladang Tuan Mee tu mmg tahu style trail kelapa sawit dalam tu... mmg syok.. kena lak geng ARB dah tambah beberapa siri teres hasil kesinambungan teres2 yang dibina oleh geng BBB awal dulu... cumanya teres2 yang dibina oleh geng ARB ni flownya mmg stim... kalau cuba tu mmg nak cuba lagi dan lagi dan lagiiii.... nak buat cammana, teres yang geng BBB buat dulu tu di bawah bimbingan Tok Chiko, salah sorang Downhiller kat Malaysia ni (awal tahun 2000 dulu, SUKMA no 2 beb), makanya teres pun dah jadi DownHiller spec laa.. gerun dan giler....

OK, dipendekkan cerita ni tahun ke-2 geng ARB diberi peluang menganjurkan Hash selepas Hash tahun lepas (2010).. tahun 2007, 2008 dan 2009 dianjurkan oleh geng BBB (sebab masa tu geng ARB belum ditubuhkan lagi).. makanya beberapa siri meeting dan diskusi telah diadakan laaa.. dan hasilnya, another trail yg mengasyikkan di Ladang Tuan Mee nun... Sekali lagi Terima Kasih la kat Tuan Mee sebab tak kesah dan bagi kebenaran pada kami penduduk BTP menggunakan Ladang Kelapa Sawitnya untuk aktiviti yang sihat ni... dulu memang pernah ada isu kejap, nyaris2 Ladang tu nak dipagar atau ditutup dari kumpulan pengayuh beskal ni, tapi berkat usaha beberapa orang geng BBB yang serius, hasilnya Tuan Mee membenarkan kami atau para pengayuh beskal MTB menggunakan trail/laluan di dalam Ladangnya untuk tujuan aktiviti ini....

Pendekkan lagi cerita, tabur kertas dilakukan pada hari Sabtu petang... tapi atas sedikit kesilapan teknikal (mungkin salah faham kot), kertas utk Scenic terpaksa ditabur kembali pada pagi Ahad tu... aku call Aboi dan setuju untuk sama2 membantu Aboi menabur kertas utk Scenic pagi tu... ManP2, Abg Jep, Chuku, dan Rider Power (adik ipar Aboi), disamping Bro Azman dan (lupa lak namanya sorang lagi tu, maaf bang) dari geng ARB mula menjalankan tugas seawal jam 7:30 pagi dari Cik Ina Corner...

kayuh pun relek2 je sebab kena kayuh sambil menabur kertas... memang tak boleh laju laa...

laaaa Chuku, dok susun kertas Scenic tu satu satu atas tanah...
Chuku: "ni kalau diorang tak nampak gak kertas ni, mmg terukla mata diorang tu.."

"mana pulak si Aboi tu pergi..? jumpa ke tak dia jalan sambung tu...?.."

"Aik Abg Jep... baru masuk trail dah terduduk dah... jauh lagi ni Bang Jep.."

"haaaa kat balik bukit tu la aku nampak ada trail yang best tu... tapi semuanya mendongak laaa.."

Abg Jep: "wooi Man, apa barang menolak tu..? aku pun turun la tadi..."
ManP2: "eh, Abg Jep panggil saya ke...?"

ManP2 baru nak mencuba turun teres yang paling senang dlm banyak2 teres dalam Ladang Tuan Mee ni

tapi gagal... back to menolak gak....

"hallo hallo... apa...? tak dengar laa..."

"ini Wilayah Cellcom Abg Jep... takkan tak dapat line kot..?"

Aboi: "laaaaa tu hp Samsung tu, hp mesin basuh.. memang la tak dapat line.."
Abg Jep: "hallo hallooooooooo.... laa putus pulak... ni yang payah pakai Maxis ni..."
Rider Power: "ape ke he nya lak si Chuku nie...?"

Chuku: "ye Chai... betul... saya memang nampak ikan besar tu kat sini tadi... besar Chai... Monster Fish tu..."

ManP2: "haaa tengok tengok, aku turun bukit ni... takde tolak tau..."

dan kami habis tabur kertas sehingga ke Menara sahaja, sebab khabarnya dari Twin Peak balik ke Finishing, geng ARB dah tabur dah.. Alhamdulillah.. boleh la aku balik utk join Chip berkayuh semula di LTM...

ManP2 dah terjelir lidah dah, tapi masih bersemangat membantu utk menunda beskal Abg Jep yang dah pancit dah waktu memanjat bukit ke Menara... heran tul Abg Jep ni, kalau dengan RoadBike, selamba je dia panjat ke Menara tu, tapi dgn MTB ni, tros out Abg Jep.. kesian

sampai2 ke CIC, ngam2 semua rider baru je mula kayuh.. aku tengok Chip dah tunggu dlm khemah tgk minum...

aKU: "mana Lish..?"
Chip: "Lish pergi maen Volleyball la.."
aKU: "Radzi..? Langgark..? Shuq..?"
Chip: "Langgark ada depan tadi, Shuq pun ada.. Radzi takde lak... geng Syed pun takde..."
aKU: "habis tu nak kayuh ke tak ni...?"
Chip: "cam biasa..."
aKU: "Wokeh"

alamak, khemah pun dah tutup dah... salah sorang organizer kena balik cepat lak...

ManP2: "amacam Chai, ada gaya macam kat "Hot Seat" tak...?"

muahahahahaaaa

memang ada gaya la ManP2... kiranya nko rider terawal sampai la ni... confirm takde next rider yg dapat best masa time nko dah...

muahahahahhahahahaaaaaaaaaaaa

apepun tahniah buat geng ARB kerana sekali lagi telah beraya menjayakan Hash BTP utk KLMBH. Dan terima kasih utk geng BBB (Aboi, Rider Power, Chuku, ManP2, Abg Jep dan aKU sendiri) yg berusaha melapangkan masa membantu Tok Abu dan ARB dlm menjayakan hash ini....

Monday, May 2, 2011

Kayuhan Promotion

"haaaaaaaaaaaa ManP2..?"
"ManP2 tu dah demam ke..?"
"ada la yang baru tu..."
"nko biar betul ManP2 yang ajak kayuh..?"
"alaaaaaaaaaaaa aku tak dapat join, rugi la tak kayuh dengan ManP2"

haaaaaaaaaaa ni la reply2 sms yang aKU dapat bila aku sms ke semua BBB kata ada Kayuhan Promotion dengan ManP2 pagi tadi... muahahahahhahahaaaaa bukan selalu ManP2 dapat kayuh.. dah macam selebriti dah... muahahahhaahhahahaaaa


yang join pagi tadi cuma ManP2, Chip, Langgark dan Abg Samudera...

yang diraikan....

"agak2 tercabut tak crank arm aku ni Chai..? beskal ni pun dah lama tak kayuh nie..."

Chip: "eh, mana ManP2...? aku ingat dia depan aku tadi..."

Abg Samudera: "Langgark... U-Turn... kita lepak kat sini jap..."

Langgark: "alaaaaaaaaaaaaa potong stim la nkorang.. aku baru nak layan DH tu haaa, dah kena patah balik.."

ManP2: "huaaarrghhhhhh, macam nak keluar muntah hijau dah nie weh..."

Langgark: "tu la Man.. hang asyik layan paintball je... mana nak fit.. kayuh beskal sesekali jaaa..."
Chip: "memang la tak fit, bila dia nak masuk padang paintball je, dah kena tembak.. terus keluar balik tunggu game habis..."

ManP2 sedih betul menceritakan kisah barrel paintball yg dia beli On-Line dari US tak lepas kat Kastam Malaysia...
"dah la kat kedai harganya RM600.. ni aku dapat RM150 je dair website US, pun tak lepas.. mangkuk punya Pegawai Kastam.."

ManP2: "mmmm lepas ni aku nak cuba crossbow lak..."

alamak, kena lompat parit besaq laaaa...

fuuhh nasib baik tak dalam parit ni

aKU: "haaaa kat situ la aku nampak Monster Fish hari tu Man.."
ManP2: "ye keeeeeeeeeeeeeeee....."

Abg Samudera: "ye ke Chai...? mana..? dari tadi aku tengok tak nampak pun.."

Langgark: "hang biaq betui Chai... kalau ada, dah lama aku tangkap buat masak pekasam dah..."

Chip: "Monster Fish ka, Fishilla ka, lantak nkorang.. aku nak makan nasi ayam ni... nyum nyum.."

"maaaaaaaaaakkk aiiii nkorang ni melantak ke mentekedarah..?"

Abg Samudera: "rilek laaa Chai, nama pun Kayuhan Promotion.. member sudah sponsor la nie..."
Langgark: "patutla pagi tadi aku lupa nak bawak wallet..."

Langgark: "OK Man, terima kasih banyak2.. nanti next promotion belanja kitaorang lagi..."
ManP2: "wooh, lagi 3 tahun baru ada promotion tu.."
Abg Samudera: "wah, lama jugak tu... aku tiap2 minggu promotion laaa... muahahahahhahaaaaa"

Chip: "aku heran la, cammana Chai boleh lepas lubang bawak pagar ni tadi...?"
Langgark: "haaa, Chai guna ilmu celah Chip.... hang tak nampak dah.."

Apepun, terima kasih ManP2.. belanja kami makan...
Alhamdulillah Syukur




Sunday, May 1, 2011

SIZE does matter.. kayuh ke Fraser Hill

"ada night ride ke tidak nie...?" persoalan yang timbul mlm Sabtu lepas.. cadangnya geng BBB nak buat night ride hari Sabtu mlm Ahad lepas, tapi pihak penganjur pula senyap sunyi tiada berita membuatkan anak2 buah mula resah dan gelisah...

makanya aKU, Abg Jep, Hj Shuq dan Bro Azlil pun mulala plan utk berkayuh dari Kuala Kubu Baru ke Bukit Fraser... woohooooo

"berapa km tu Abg Jep..?" tanya aku
"dlm 28km laaa..." balas Abg Jep
dlm fikiranKU, KOM di Genting Sempah yang 20km aku boleh lepas dengan Zazhar dulu, Insya-Allah yg ni boleh lepas gak nie... bayangkan kayuh 28km all the way mendaki, takde flat.. fuuhhh jenuh gak tu beb

KOM dulu ikutkan pencapaian aku, first time aku ke sana aku buat dlm dekat 2 jam 30 minit gak gak utk 20km... kali kedua dlm 2 jam 10 minit laaa.. dan last dapat 1 jam 55 minit laa... tu pun mencungap sebab dok push kaw kaw punya pasal... sapa suruh

makanya mlm tu aku bersiap... ALAN pun dah masuk dlm keta... helmet, beg, kasut, glove semua dah siap... "hallo, ada rumah kaa..? aku nak datang pinjam pump beskal ni, taya beskal Merida aku pancit.." tanya Radzi... "datang je.." balas aku...

"laaaa nko bawak je la Merida ni.. aku pun balik kampung esok.. bawak je bawak jeee.." suruh Radzi
"aku segan la nak bawak beskal orang ni Radzi..." malu malu aku menjawab
"aku bawak ALAN je dah.." balas aku lagi
tapi Radzi semakin mendesak utk aku berkayuh dengan Meridanya
"bawak je laaa.. lepas tu buat report, aku nak baca..." desak Radzi lagi
"wooh, aku bukan Pro Ride nak buat report.. report biasa base on pendapat aku boleh laa.." jawab aku
"aaaa OK la tu.. janji nko yang tulis..." kata Radzi

aku pun keluarkan ALAN, dan masukkan Merida Race Lite 903 ke dalam perut Gen2...
setelah siap semua baru aku pergi minum dan bincang dengan geng BBB di tempat biasa...

"nko naik dengan au je dah Chai.. tak yah banyak2 keta.." desak Abg Jep lak
"laaa beskal semua dah masuk keta dah Abg Jep.." balas aku lak
"dah dah, naik dengan aku je..." Abg Jep mengajak

mmmm balik minum tu, aku keluarkan balik beskal, kasut, helmet, glove, beg dari keta dan simpang dlm rumah menantikan esok..

seawal jam 6:44am Abg Jep dah sampai rumah aKU... zaassss kami bergerak terus ke Kuala Kubu Baru... sampai2 sana, Hj Shuq pun baru je sampai...

kami park keta di depan 7-eleven KKB
kelihatan LOOK dah bersedia utk beraksi

Merida menggantikan ALAN pagi ni...

sebelum kayuh pagi tu, kita buat muscle stretching dulu.. jauh dan tinggi kita nak kayuh nie

"boleh ke sampai Gap ni..? boleh boleh... set meter Cateye dulu..."

"OK, ready to ride..." semangat giler

mula2 kena climb heway melalui ampangan KKB tu... dekat 10km gak...
masa start kayuh tu memang aku dapat rasakan Merida ni mudah untuk dikayuh.. setiap stroke pedal tu dapat dirasakan ditransfer dengan baik ke tayar belakang.. hissh, sapa lak aku ni utk bagi komen macam ni.. OK laa, aku hanya base pada ALAN dan T-Sprint yang pernah aku own laa... kalau nak compare dengan LOOK, Trek, Orbea, Pinarelo, Cervelo, Capucino, White Coffe tu mmg tak reti la aku, unless ada orang bagi pinjam utk aku kayuh... muahahhahahaaa 

agak mencanak gak kat area ni.. maklumlah, nak kena panjat ke atas kawasan ampangan tu... memang tinggi laaa...
utk Merida, slow and steady je aku layan... speed antara 11 ke 17km/j je ikut meter Merida tu...

dlm pada tu, dekat3 ke 4 group MTB potong aku.. buat malu je kayuh RoadBike tapi kena titik dengan MTB utk climbing ni.. nak buat cammana... "steady Bang.. pelan2 kayuh..." tu la kata2 semangat tiap remaja yg potong aku... muahahhaaaa

haaaa masa ni dah dekat km 10 dah.. aku KREM... hah, KREM..? kenapa krem...? sebabnya, ketinggian seat post yg buatkan aku krem... masa mula kayuh tadi Hj Shuq pun dah bertanya berkenaan ketinggian seat post tu.. memang betul laaa... terus aku turunkan seat post tu sikit, dan sambung kayuh... Alhamdulillah, krem makin hilang dan aku kembali mendapat rentak kayuhan aku balik.. fuuhh legaaaaa

Abg Jep slow and steady je... tak pandang belakang pun.. group2 MTB yang potong aku tadi pun dah tak nampak dah kat hujung jalan depan kami tu... laju betul diorang....

"haaa, kat sini la dulu saya nampak raksaksa semacam angsa tu Abg Jep.. betul Abg Jep... cuba Abg Jep tengok tu..." jerit aku... tapi Abg Jep terus concentrate berkayuh tanpa mengendahkan aku.. steady Abg Jep

ada juga geng bebudak skate board yg melayan DH turun heway tu dengan skate board diorang.. laju nkoooo... berani tul diorang nie....

jambatan merentasi ampangan KKB nie.. brader ni pasang mata kail hampir pada setiap tiang railing jambatan ni.. giler banyak tul mata kail dia... muahahahhaaaaa

tenang je airnya... nyaman

dlm km 14 gitu baru la memasuki kawasan canopy... redupla sikit dan jalan pun menjadi semakin sempit.. kat sini dah semacam KOM Genting Sempah dah suasananya... tengok Abg Jep yang menten je kayuhannya... krem aku pula dah hilang dah time ni

antara corner yang buatkan bulu roma aku naik... best wooo kalau dengan moto kat sini....

"eh, mana Abg Jep..? apa Abg Jep buat celah2 pokok tu...?"

km 24, aku tiba tiba rasa sakit pada pinggul pinggang... wah, berbagai posisi duduk aku cuba, still sakit dan semakin sakit....


akhirnya aku berhenti lagi... memang sakit tulang pinggulKU... kena luruskan pinggang baru OK... Abg Jep kata pasal saiz frame yg sedikit besar... mungkin sebab aku dah serasi dengan saiz ALAN, tu yg sakit pinggang tu... kemudiannya sambung kayuh dan dlm 3 km lagi, aku terpaksa berhenti lagi, sebab semakin sakit.... Abg Jep pun turut berhenti "sakit bontot aku dah ni... nak kebas dah..." muahahahahhahahahaaaa

tau2 satu group Harley memotong kami... memasing mengangkat tangan tanda semacam dah kenal... best tengok sekumpulan Harley... dlm sambil melambai balik tu aku cakap kat Abg Jep "ni kalau Wak ada ni sure best ni Abg Jep..".. elok aku habis cakap je, mmg panjang umur Wak, Wak pun lalu dengan Sportsternya sambil melambai pada kami... Cayalah Wak... padhu beb...

kemudiannya kami menyambung kayuhan, sakit pinggangKU makin menjadi2.. aku akan memotong Abg Jep, teruskan kayuhan sampaila sakit pinggangku menjadi sakit, aku akan berhenti, berdiri dan luruskan pinggang sementara menunggu Abg Jep tiba.... Abg Jep yang tidak berhenti akan meneruskan kayuhannya dan aku akan sambung kayuh, memotong, dan berhenti di depan bila sakit pinggangku semakin menjadi2...

"hah, dah km 28, ikutkan kata Abg Jep dah sampai nie... tapi apesal tak sampai2 lagi ni..." bisik aku... "sikit je lagi Chai.. ada dlm lagi 6 km je..." balas Abg Jep bila aku tanya... "laaaaaaaaaaaaa, jauh lagi ke...?" jerit aku.... "biasalah, takkan nak cakap 34km, nanti nko tak nak ikut.." senyum Abg Jep.. muahahhahaaa siot je... dan terus sakit pinggang aku semakin menjadi... mental tak prepare utk ride jauh tu... dlm kepala masa mula tadi dah set @ 28 km meter, sepatutnya dah sampai... nak buat cammana, aku teruskan gak kayuhan... asal sakit pinggang, aku berhenti dan berdiri sambil luruskan pinggang..... Abg Jep masih meneruskan rentak kayuhan slow and steadynya.. Cayalah Abg Jep.. aku pula dah makin ketinggalan dah....


la la Hj Shuq muncul dari atas.. rupanya dia dah lama sampai dan sedang menunggu kami... Minta maaf la Hj. kami memang slow... dan terus berhenti rehat kejap.. masa di km 31... bayangkan dari KKB tadi kami hanya berhenti kejap je, ni la first time kami berhenti rehat bukak helmet bagai.. fuuhhh, dia punya feel, mmg syok giler... peha dah rasa macam peha Incredible Hulk dah besarnya.... muahahahhahaaaa

"dekat dah, dlm 2 km je lagi sampai Gap..." Hj Shuq
Alhamdulillah....
 
memang betulla kali ni, dlm 2 km dari tempat kami berehat tadi, akhirnya kami sampai juga ke Gap Bukit Fraser ni...

perghhhhhhhh, sampai gak aku kat sini.. first time ni berkayuh.. Merida pun cemerlang, aku pun cemerlang walaupun dlm kesakitan pinggang ya amat...

pintu gerbang Gap Bukit Fraser.. dari sini ada lagi 8 km untuk sampai ke puncak Bukit Fraser... aku di Selangor, Abg Jep dan Hj Shuq tu dah masuk Pahang dah tu...

ikutkan laporan dari blog Strange MTB Rawang, kat sini ada gerai jual nasi lemak power... ni la kutnya...

"hah, ice blended strawberry.." bisik aku... bila order, takde... "ni adik kena naik atas Fraser sana, Ayah mertua saya yang jual... ni iklan je nie..." balas akak yang menjual di gerai di Gap nie

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

order je la apa2 yang dlm menu ni....

muka muka kepuasan selepas berjaya sampai Gap Bukit Fraser...

"kita makan goreng pisang dulu..." Hj Shuq

sejuk juga kat sini waktu tu.. kai tiba dlm jam 11:45 pagi... cuaca mendung semacam nak hujan...

"ni boleh kira sebagai Carbo Loading tak Chai...? dah habis tadi masa climbing..." Hj Shuq bertanya

"aduh, apa lak yang gigit belakang aku ni...?" Abg Jep kesakitan selepas ada penyengat dah sengat Abg Jep kat belakang badan...

agaknya ni la Nasi Lemak Power yg geng Strange MTB Rawang ceritakan tu...

dah habis makan dan minum, waktu utk balik laaa
"balik ni turun je la kotnya yaa.." tanya Hj Shuq
"baik aku check ada lagi tak penyengat tu dlm helmet aku ni".. bisik Abg Jep

Merida yang memang dah cemerlang climbing tadi... lepas ni akan diuji utk turun pula...

"yea yea, nak balik dah.. yea yea, turun je dah..." 32km turun all the way beb

"cuba tengok, sekarang saya di Negeri Pahang.."

"sekarang di Negeri Selangooooorrrrr..."

"eh, Abg Jep nak cari shortcut ke atau cari trail utk MTB ni.."
Abg Jep: "aku heran mana pergi bebudak MTB tadi.. kayuh potong kita laju, lepas tu bila kita sampai sini, diorang takde.. walhal diorang tak potong pun kita tadi..." kehairanan

elok kami mula bergerak je, hujung pun turun... aku berhenti seketika utk memasang cover begKU... Abg Jep dan Hj Shuq juga menumpangkan hp memasing...

"apa lagi Shuq, kasi pecut laa.. taya Continental GP4000S tu the best grip in rain tu..." ni je la ayat2 yg sempat aku bg tau kat Hj Shuq, sebelum Hj Shuq dan Abg Jep berdesup hilang kat depan... corner demi corner yg aku lalu, mmg dah tak nampak dah bayang diorang.. laju betul...

utk aku, beskal orang beb, bawak releks2 je laaa...  waktu turun ni gak la baru aku tau yg sebenarnya jalan yg aKU mendaki tadi tidak rata.. mana nak rasa, dah mendaki, slow lak tu, mmg tak rasa la... bila dah turun ni, haaa baru rasa keadaan jln tersebut...

utk Merida, sekali lagi, kalau base pada ALAN dan T-Sprint dulu, way better handlingnya utk kelajuan waktu menuruni bukit ni.... mudah utk dikawal waktu melayan corner yang disajikan....

nak cerita byk tak guna, bayangkan 32km DH all the way, walaupun tarmac, tapi tetap seronok...

"puas hati sangat2... dah sampai gap Fraser Hill..."
Abg Jep pun berseri seri tu... Cayalah Abg Jep


Secara Keseluruhannya:
sebanyak 3,650 kalori telah terbakar
jumlah masa kayuhan ialah selama 3 jam dan 35 minit dan 39 saat
average speed 17.3km/j
Maximum Speed ialah 56.4km/j... "slownye.." kata Abg Jep

Total jarak kayuhan ialah 62.36 km

Hj Shuq.. memang power... tau2 hilang je..... dekat2 Zohor baru kami bergerak balik ke Rawang menggunakan jln pintas KKB ke Bukit Beruntung ke Heway dan ke BTP kembali...

Alhamdulillah....