Monday, May 9, 2011

BTP Hash - Alhamdulillah

KLMBH Hash # 199 - BTP

Semalam ada Hash di BTP. Cam biasa geng BBB yang masih berkayuh dan berkelapangan sama2 membantu geng ARB as Main Organizer bersama Tok Abu

Tak banyak nak cerita. Sapa yang pernah berkayuh di Ladang Tuan Mee tu mmg tahu style trail kelapa sawit dalam tu... mmg syok.. kena lak geng ARB dah tambah beberapa siri teres hasil kesinambungan teres2 yang dibina oleh geng BBB awal dulu... cumanya teres2 yang dibina oleh geng ARB ni flownya mmg stim... kalau cuba tu mmg nak cuba lagi dan lagi dan lagiiii.... nak buat cammana, teres yang geng BBB buat dulu tu di bawah bimbingan Tok Chiko, salah sorang Downhiller kat Malaysia ni (awal tahun 2000 dulu, SUKMA no 2 beb), makanya teres pun dah jadi DownHiller spec laa.. gerun dan giler....

OK, dipendekkan cerita ni tahun ke-2 geng ARB diberi peluang menganjurkan Hash selepas Hash tahun lepas (2010).. tahun 2007, 2008 dan 2009 dianjurkan oleh geng BBB (sebab masa tu geng ARB belum ditubuhkan lagi).. makanya beberapa siri meeting dan diskusi telah diadakan laaa.. dan hasilnya, another trail yg mengasyikkan di Ladang Tuan Mee nun... Sekali lagi Terima Kasih la kat Tuan Mee sebab tak kesah dan bagi kebenaran pada kami penduduk BTP menggunakan Ladang Kelapa Sawitnya untuk aktiviti yang sihat ni... dulu memang pernah ada isu kejap, nyaris2 Ladang tu nak dipagar atau ditutup dari kumpulan pengayuh beskal ni, tapi berkat usaha beberapa orang geng BBB yang serius, hasilnya Tuan Mee membenarkan kami atau para pengayuh beskal MTB menggunakan trail/laluan di dalam Ladangnya untuk tujuan aktiviti ini....

Pendekkan lagi cerita, tabur kertas dilakukan pada hari Sabtu petang... tapi atas sedikit kesilapan teknikal (mungkin salah faham kot), kertas utk Scenic terpaksa ditabur kembali pada pagi Ahad tu... aku call Aboi dan setuju untuk sama2 membantu Aboi menabur kertas utk Scenic pagi tu... ManP2, Abg Jep, Chuku, dan Rider Power (adik ipar Aboi), disamping Bro Azman dan (lupa lak namanya sorang lagi tu, maaf bang) dari geng ARB mula menjalankan tugas seawal jam 7:30 pagi dari Cik Ina Corner...

kayuh pun relek2 je sebab kena kayuh sambil menabur kertas... memang tak boleh laju laa...

laaaa Chuku, dok susun kertas Scenic tu satu satu atas tanah...
Chuku: "ni kalau diorang tak nampak gak kertas ni, mmg terukla mata diorang tu.."

"mana pulak si Aboi tu pergi..? jumpa ke tak dia jalan sambung tu...?.."

"Aik Abg Jep... baru masuk trail dah terduduk dah... jauh lagi ni Bang Jep.."

"haaaa kat balik bukit tu la aku nampak ada trail yang best tu... tapi semuanya mendongak laaa.."

Abg Jep: "wooi Man, apa barang menolak tu..? aku pun turun la tadi..."
ManP2: "eh, Abg Jep panggil saya ke...?"

ManP2 baru nak mencuba turun teres yang paling senang dlm banyak2 teres dalam Ladang Tuan Mee ni

tapi gagal... back to menolak gak....

"hallo hallo... apa...? tak dengar laa..."

"ini Wilayah Cellcom Abg Jep... takkan tak dapat line kot..?"

Aboi: "laaaaa tu hp Samsung tu, hp mesin basuh.. memang la tak dapat line.."
Abg Jep: "hallo hallooooooooo.... laa putus pulak... ni yang payah pakai Maxis ni..."
Rider Power: "ape ke he nya lak si Chuku nie...?"

Chuku: "ye Chai... betul... saya memang nampak ikan besar tu kat sini tadi... besar Chai... Monster Fish tu..."

ManP2: "haaa tengok tengok, aku turun bukit ni... takde tolak tau..."

dan kami habis tabur kertas sehingga ke Menara sahaja, sebab khabarnya dari Twin Peak balik ke Finishing, geng ARB dah tabur dah.. Alhamdulillah.. boleh la aku balik utk join Chip berkayuh semula di LTM...

ManP2 dah terjelir lidah dah, tapi masih bersemangat membantu utk menunda beskal Abg Jep yang dah pancit dah waktu memanjat bukit ke Menara... heran tul Abg Jep ni, kalau dengan RoadBike, selamba je dia panjat ke Menara tu, tapi dgn MTB ni, tros out Abg Jep.. kesian

sampai2 ke CIC, ngam2 semua rider baru je mula kayuh.. aku tengok Chip dah tunggu dlm khemah tgk minum...

aKU: "mana Lish..?"
Chip: "Lish pergi maen Volleyball la.."
aKU: "Radzi..? Langgark..? Shuq..?"
Chip: "Langgark ada depan tadi, Shuq pun ada.. Radzi takde lak... geng Syed pun takde..."
aKU: "habis tu nak kayuh ke tak ni...?"
Chip: "cam biasa..."
aKU: "Wokeh"

alamak, khemah pun dah tutup dah... salah sorang organizer kena balik cepat lak...

ManP2: "amacam Chai, ada gaya macam kat "Hot Seat" tak...?"

muahahahahaaaa

memang ada gaya la ManP2... kiranya nko rider terawal sampai la ni... confirm takde next rider yg dapat best masa time nko dah...

muahahahahhahahahaaaaaaaaaaaa

apepun tahniah buat geng ARB kerana sekali lagi telah beraya menjayakan Hash BTP utk KLMBH. Dan terima kasih utk geng BBB (Aboi, Rider Power, Chuku, ManP2, Abg Jep dan aKU sendiri) yg berusaha melapangkan masa membantu Tok Abu dan ARB dlm menjayakan hash ini....