Thursday, September 29, 2011

Haji 1432H.Madinah Day 1

Alhamdulillah, tahun ini 2011 aku telah dipilih oleh THTS utk dating ke Tanah Suci sebagai “Petugas Haji..”.. Sesuatu yang memang dah lama aku tunggu… Petugas Haji beb.. aku diletakkan dibawah Hj Amin dari bahagian IT bersama Hj Jazmi utk membantu Hj Amin dalam kerja2 Alokasi, disamping kesinambungan projek GPS Syarikat Senstech tempat aku bekerja… Selain tu tahun ni juga Senstech dah develop Sistem baru utk THTS bg tujuan digunakan di Tanah Suci nanti… Yahoooooooo…

Aku diarahkan utk lapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 29 Sept, jam 8:30am.. fuuhhhh… hari ni dapat surat, esok dah nak kena fly dah… Apalagi, bergegas la aku kesana kemari bersiapkan apa yg patut…

Macam tahun 2009, Bonda tercinta, Isteri tersayang, dan anak2 ku Aisyah, Arif dan Iman turut menghantar aku pagi tu di Kompleks Haji Kelana Jaya

hisssh Iman ni…. Gigit sekali kang.. Arif sentiasa tenang… anak Abah… Aku Check-in bag, ambil passport dan segala dokumen yg aku perlukan utk berlepas… Tapi sedikit terkilan, sebab tag nama tiada, gelang penanda Jemaah haji Malaysia takda, dan Jaket Petugas Tabung Haji pun takde.. aaaaaaaa “Nanti di Mekah baru kami bg.. tak sempat siap lagi ni..”

Abg Kamal pun ada untuk menghantar.. Cayalah Bang… Dlm jam 8:30am aku dah masuk bilik berlepas di Kompleks Haji KJ.. Seperti biasa penerangan diberikan kepada bakal2 jemaah haji Malaysia.

Dah dlm bas menuju ke KLIA dah.. suasana penuh keberkatan pagi tu…

Haji Zaki dari THTS memang ceria sentiasa.. tak kering gusi dibuatnya.. respect

Bila dah ada title “petugas”, baru la dapat kenal2 dgn petugas Haji yg lain.. Hj Abdul Khalik dari Sabah.. mesra orangnya…

Dah sampai kompleks Haji KLIA.. Alhamdulillah

2 tahun lepas aku dtg sini gak…

Para Jemaah Muasasah Tabung Haji Malaysia, KT02..

Boarding Pass pun dah dapat… flight MH8000 MAS, tempat duduk 25A, Zon B direct ke Madinah

Tu dia, Jambo Jet 747-777 tuuuu… best

Laaaa, rupanya dlm Flight duduk sebelah Hj Khalik… hmmm memang sambung cerita laa… ada je ceritanya Hj nie

Dijadualkan jam 11:15am akan berlepas, tapi macam biasa laa.. dlm jam 11:27am baru berlepas… dan dijangka sampai di Madinah dlm jam 4:15pm

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 8 jam di dalam kapalterbang, dlm jam 3:42pm kami selamat mendarat di Madinah Al-Munawwarah

Airport Shuttle Bas

Laaa dekat je rupanya… belah depan kapalterbang nib alai ketibaan.. jalan kaki pun boleh… Hj Zainal pun ada… geng bola sezaman Ayah aku nie.. respect
Selesai urusan checking dan passport baru legaa… official dah boleh masuk Madinah dah…

Shuqri pun dah sampai menanti ketibaan kami… Alhamdulillah, berjumpa lagi dgn Shuqri…
Shuqri ni driver tetap THTS di Madinah dan Mekah.. terrer beb…

Ha ah, Shuqri ni bawak GMC… 4500cc.. SUV, besar giler… apa de hal, petrol kat sini murah.. SR0.50 je seliter…

Dah sampai di Hotel Movenpick dah.. legaa… Jemaah Haji Muasasah lain juga menginap di Hotel yg sama, Cuma sebelah lain…
Kami (Hj Jaafar, Hj Zaki, Hj Zainal, Ustaz Hj Albani Ali, dan aku) disambut oleh Hj Mad Noor yg sentiada tenang dan releks…
Hj Firdaus yg cemerlang pun ada… Hj Johan, Hj Rashdan, Hj Azreen @ Adik, Hj Nasrol, The Hensem Hj Yahaya atau Pak Ya, geng2
Katering seperti Hj Ambo, Hj Fauzan, dll pun ada

“Hish, banyaknya beg yg nkorang bawak nie…?”
Aku, Hj Zainal, Hj Haruji, Hj Fauzan, Hj Danial ditempatkan sebilik di bilik 8051

Mlm tu aku ke Masjid Nabawi selepas menunaikan solat Jama’ Isya’ dan Maghrib… Betapa indahnya Masjid Nabawi di waktu malam
Jemaah Haji pun belum kelihatan lagi.. yg ada hanya penduduk Madinah sebab ini adalah malam hujung minggu mereka, dan biasanya
Mereka akan lepak2 di Masjid Nabawi sebelum pulang ke rumah… kata lain, Hari Khamis di bumi Arab ni Half Day, dan Hari Jumaat ialah
Public Holiday… dan orang2 Arab akan mengunjungi Masjid Nabawi ni bersama keluarga… semacam aktiviti keluarga laaa

Macam biasa, di dalam Masjid Nabawi

Tengok kanan, Kosong…. Sikit betul orang… bersih dan cantik

Tengok kiri pun kosong…

Malam tu, since Dewan Makan pun belum buka, sebab Jemaah pertama THTS KT12 belum sampai, apalagi, Nasi Mandey kabing laaaa
Kompol duit reramai, dan Hj Syuq, Hj Sanusi, Hj Abdul Latif dan Hj Zack la yg pergi beli…

Baca do’a makan dulu…..

Lepas makan, zzzzzzz, kekenyangan beb… giler sedap.. original Arab punya Nasi Mandey