Friday, September 30, 2011

Haji 1432H.Madinah Day 2

Alhamdulillah, aku sekali lagi dapat mendengar kemerduan Azan Subuh dari Masjid Nabawi… merdu sungguh…
Lepas sembahyang Subuh, aku ambil kesempatan utk ke Raudhah melawat makan Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar..
Alhamdulillah, dapat sembahyang di Raudhah dan berdo’a sebanyaknya tanpa gangguan pun.. best betul…..

Kemudian aku berjalan2 sekeliling/sekitar hotel utk mengimbas dan mengingatkan kembali tempat2 yg pernah aku lawati tahun 2009 dulu..
Masih sama nampaknya. Kedai2 pun yg seingat aku masih ada… Alhamdulillah

Tiba tiba seorang Petugas Tabung Haji menegur aku.. “Salam Haji, tahun ni tak dating dengan Ustaz Ghazali ke…?”
Terkejut aku.. sebab masih ada orang ingat aku ni adik Ustaz Ghazali… “Ustaz tak dating tahun ni.. ada urusan agaknya..”
Jawab aku selamba…

Hmmm, nak buat apa lagi, tengahari tu, belasah Nasi Bokhari pula…. Masya-Allah, syedap laaaaa

Hj Syuq, Haji Nasrol, Hj Azreen dan lupa lak namanya… sedang membelasah Nasi Bokhari

Tu diaaaaaaaaaaaaaaa

Dan aktiviti seterusnya, ke Masjid je laaa…