Thursday, March 22, 2012

NEWs.Pesanan dari Mick Doohan

satu pesanan dari Juara Dunia GP500 5 kali - Mick Doohan

No place to race... 
kalau nak race tu pergi je la ke trek... utk street racing, amat2 la tidak digalakkan
cuba tengok klip ni, dan bayangkan kejadian di jalan raya biasa
fuuhhhhhhhhhhh


amacam...? fikirkankan...


yang ini pula, pesanan Mick Doohan utk sentiasa "Gear-Up" semasa membawa motorsikal
sentiasa memakai pakaian perlindungan yang sesuai
once dah jatuh, teruk akibatnya

ni dilihat ramai yg pakai seluar pendek la, tak pakai helmet jgn cerita laaa, pakai selipar la, pakai singlet la (sebab nak tunjuk bicep yg besar).. hissshhhh


fikir fikirkan laaaa....

dan juga kalau bawak moto tu, jgn la suka duduk sebelah kereta atau berada di dalam range "blind spot" kereta atau kenderaan tu... "Blind spot" ni kata lainnya kalau kita bawak kereta tu, kita tengok side mirror kereta, tapi kita nak nampak ada moto kat sebelah kita.. kita tukar lane je terus kena horn... rupa rupanya ada moto.. haaa, moto tu di kawasan yg tidak dapat dilihat dlm range penglihatan side mirror kereta laa...pernah jadikan...

terbaek

Sunday, March 18, 2012

BBB.News.Terez SIRIM approval

18 Mac, 2012
Pagi ni lak sepatutnya Wak ajak Tok Ngulu, Aboi dan aKU ke Kiara.. dah Kiara, tak yah cerita la apa yg best kat sana tu..confirm lazat dan berkrim…
Malangnya aKU tak dapat ke Kiara, sebab anak aku Iman tak berapa sihat.. Wife lak tunjuk sign macam tak bg pergi masa aku bgtau “Ahad ni Wak ajak ke Kiara la Mi… boleh ke..?”

Yg sebenarnya lepas habis mengetest Terez “biasa” semalam, Tok Ngulu dok beriya-iya nak ajak Wak layan Terez ni je hari ni… tak payah ke Kiara katanya… dan sebulat suara kami menugaskan Tok Ngulu utk memujuk Wak utk tidak ke Kiara tapi ke Terez ni… dan aku pula kena hantar sms ke semua geng BBB utk menjemput sama2 build up Terez ni (yg mana aku fikir mmg impossible laaa….)… tapi aku hantar gak SMS tu

Dari puluhan yg dihantar hanya 2 je yg reply… yg nak ikut tapi lambat sket Chip dan Lish, OFF diluar kawasan katanya.. yg lain senyap… Menjelang malam aku tanya Tok Ngulu.. huh, rupanya Tok Ngulu ke Kiara.. aku tanya Aboi, 50-50 katanya dan akhirnya ke Kiara gak… maka tinggalkan aku yg memberontak nak ke Kiara tapi tak boleh ni… dan since Chip je yg reply nak kayuh, rasa cam nak kansel je…

Alih2 Langgark call kata dah di Simpang Blok 4… terusla aku semangat kejap… koman2 ada 3 orang… sampai2 di simpang blok 4, Adam pun muncul dgn RoadBikenya… tunggu Chip, alih2 Chip lak tak jadi kayuh dek selsema… hmmm berdua je la nampaknya… Adam Cuma nak tengok TrailHead je..


“hang nak aku turun ikut sini ke Chai…? Hang biaq betul weeii… sini..?

“sini..? curam ni wei…”

“cuba hang tengok darjah kecondongan beskal aku ni… junam dah nie… hang giler ke hapa…”

“kalau macam ni SIRIM pun tak approve ni…”

Muahahahahhahaaaaaa….

Dan rupanya Abg Jep pun dating, tapi lambat sket je dari kami yg dah masuk ke Trailhead dan terus ke bahagian Teres yg baru…  ceritanya Abg Jep dok panggil2 kami, tapi takde sahutan… lepas setengah jam Abg Jep terus keluar balik ke rumah.. kesian Abg Jep…

ni pula video Langgark mencuba sebahagian Terez yg masih dalam pembinaan


BBB.Ride.Test Terez

17 Mac, 2012
Pagi semalam Tok Ngulu, Aboi dan aKU ke Trailhead Blok 4
Asalnya nak tgk Terez yg dah Aboi, Buding dan aKU tarah 2 minggu lepas
Dari nak tengok Terez, terus kami tarah lagi beberapa kawasan teres utk dibuat laluan menguji skill basikal..


memang best…
sampai terperosok beskal aku bawah timbunan pelepah kelapa sawit dek tergelongsor waktu mencuba salah satu Terez

di awal2 buat Terez mmg macam nie laa… tergolek manjang nak test kerakusan Terez yg dibina…

Tok Ngulu ready for action

Entah apesal “Dado ambo berdebar2 je hari ni…”

Muahahahahaaaa.. alasan je la tuuu..

Tester #1 kami, steady mencuba semua Terez yg disediakan… terbaekkk la Aboi

Friday, March 16, 2012

FAMILY.News.Dim Sum

16 Mac, 2012
Wah, hari ni Wife aku kukus Dim Sum yg aku beli dari Shaibi
Terbaek la Mama
Cicah lak dengan jeruk cili api
Memang nangis sampai keluar air mata la kami anak beranak


Dim Sum Shark Fin ngan Ketam…

Cicah jeruk cili api

Arep sampai dah nangis2 pun nak gak makan lagi

Aisyah tak yah citer laaa….
Hidang apepun habis

Monday, March 12, 2012

FAMILY.News.Angah sekeluarga menunaikan Umrah

12 Mac, 2012

Alhamdulillah, kejap tadi Angah sekeluarga berangkat ke Tanah Suci Mekah menunaikan Ibadah Umrah…. Alhamdulillah juga urusan penempatan Solehin ke Sekolah Berasrama Penuh aliran Islam di Sabak Bernam dah selesai… sempat la Angah menyediakan surat penerimaan, dan faxkan terus ke Sekolah… Syukur… berkat kesabaran dan kesungguhan sekeluarga dan Do’a yg tidak henti2…….



Bergambar sebelum berangkat di depan rumah

Semoga Angah sekeluarga beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci… insya-Allah

utk aKU, insya-Allah satu hari nanti

siapa yg takde cita2 nak ke Tanah Suci oooiiiiii

BBB.News.Burger Kambing Power

10 Mac, 2012
Mlm tu geng BBB ke Subang Jaya… Misi mencari gerai Burger Kambing power, cerita Long Kelawar…
Tiap kali minum session di Haqeen Bistro, confirm Abg Jep dan Langgark tanya Long
“bila kita nak ke Subang Jaya try Burger Kambing power ni..?”

Dan hasilnya mlm tu, Abg Jep, Long Kelawar, Langgark, Aboi, Shahrul dan aKU ke Subang Jaya
Senang je nak carinya… ikut kata Long Kelawar “ada Maybank, depan Heway, U-Turn.. nanti ada Pasar..”

Dan malam tu kami kesana… menaiki Cherry Long…
“takpa, naik kereta aku je…”      

Sepanjang perjalanan Long semacam risau je


Long: “aku cuak siot, tertekan... takut gerai tu dah takde je…. Eh, harap2 aku ingat la lagi jalannya…”

Muahahahahahaaaaa, kami pakat gelak ramai2…


Geng nyakat… tak habis2 nyakat Long…

aKU dan Shahrul di seat belakang mampu gelak je laaa…

Perhatikan tahap kegusaran Long waktu isi minyak di Shell ni…

Kami di dalam kereta pula, semacam bernyanyi- nyanyi kegembiraan
Yang kelakar waktu dah sampai di area Subang Parade tu… macammana Long nak mengingat jalan tu mmg pecah perut dibuatnya…. Sampaikan papan tanda parking jalan pun di kata gerai tu…

Dan memang betulla ada Maybank, depan Heway dan kena U-Turn… Cuma in real, mmg lain dari cerita laaa… muahahahahaaaaaaaa


Alhamdulillah, akhirnya tiba gak…

Yahoooooooooo….

Ini la gerainya…
Van bergerak je
The Burger Spacialist Shop namanya
Buka setiap hari dari jam 6 ptg hingga pagi kecuali hari Ahad

Perhatikan yg beratur menanti burger yg dah order…

aKU boleh cakap, pada satu masa, tak kurang dari 10 ke 15 orang menunggu utk burger memasing

dan gerai ni mmg cepat..

Bila dah gembira, macam2 perangai dok ada…

Muahahahahaaaaa…

Akhirnya yg dinanti pun tiba…

Burger Kambing
Roti + Daging Kambung suku pound besarnya + telur banjo + Daging Kambing suku pound lagi + Roti = RM10

Memang layan memasing…

Aboi: “tak rugi aku ikut malam ni..”
Abg Jep: “nasib baik ingat tempat… eh, nak order lagi leh tak..?”
Kelawar: “lega aku, kalau tak rabak poket aku kena belanja tempat lain..”
Shahrul: “besarnya…”
Langgark: hamper tidak bersuara menikmati

Dan tahu2 dah habis je…

Ni je yg sempat ambil gambar.. yg lain dah dlm perut…

Sunday, March 4, 2012

BBB.News.Cari Tempat Bermain

04 Mac, 2012
aKU, Aboi dan Buding je yg ada pagi ni…
tujuan utama kami, mencari Tempat Bermain baru yg mudah access, tak jauh dan cukupla utk skill kami yg tak seberapa ni…

apa tu Tempat Bermain…?
Haaaaaaaaaaaaaa, time tgk rancak berkayuh dulu, BBB ni ada macam2 trail dlm Ladang Tuang Mee tu… ada yang kami panggil “Taman Permainan”, Teres 1, Teres 2, kemudian jadi Teres 2a dan 2b, lepas tu ada teres baru dan teres 3…. Kesemuanya ni idea Wan Eunuous atau Tok Chiko atau Panchingko kata tokeh Boon Foo…

Kat mana Teres2 ni..?
Hmmm rata2 dah semakin hilang dah…
Teres 1, di trailhead Cement Mixer, blok 5 nun… ramai dah yg jatuh kat sini sebab bentuknya unik sket… aKU pernah jatuh bodo kat sini… time hujan lak tu.. muahahahaaa
Teres 2, di LTM (Ladang Tuan Mee) laaa… nak citer exact lokasi, mmg tak reti aku, tapi kalau suruh ke sana, aku ingat2 kusam je… Insya-Allah boleh la sampai… nak ke Teres 2 ni kena panjat barisan teres2 yg betul2 uji skill mengawal beskal dan teknik pump beskal kita, sampai atas, akan disajikan dengan Teres 2a dan 2b yg mmg mencabar… salah satu rim beskal aku gelong kat sini laaa… gara2 kena terkam dengan salah sorang pengayuh dari luar yg join kayuhan kami tu
Kemudian dibuatnya Teres 2 baru… dekat2 dengan Teres 3, tapi lebih banyak pumping berm… yg ni best, sebab flownya laju.. tak ramai yg berani layan teres yg ni sebab betul2 uji kemampuan pengayuh tu sendiri… ada 2 bahagian, kami panggil A dan B je… mmg menarik..
Dan kemudiannya ada teres 3, yg lagi ngeri… aku pernah tergolek masuk dlm timbunan kelapa sawit baru lepas petik tu kat sini laaa.. ada lubang besar rupanya.. dek semangat nak layan teres ni, alih2 kedebuss… mmg kelakar laaaa…

Tapi ni semua dah semakin hilang dah… Teres 2 dan penuh dengan pelepah sawit… laluan pun dah byk hilang.. teres 2A dan 2B baru pun dah jadi longkang air… Teres 3 lagi teruk, total hilang dek tanah runtuh dan mendapan serta longkang air besar… bahagian bawahnya lak dah jadi heway…

Yg kami sesekali layan bila rindu teres ialah Teres ARB, di belah blok 29 nun.. pun menarik dengan pelbagai cabaran gak.. thumbs up to ARB… jadi laaa utk lepaskan rindu nak layan teres… kalau nak yg flow laju, aKU ke RRI je.. teres dan jump ramp yg geng LOSKA aku buat dulu… masih ada di RRI, Cuma sebahagian ramp ni dah reput dah… haaa kat RRI mmg layan…

Makanya, dok fikir2 aaahhh, cari tempat baru laaa utk bermain2 teres ni… aku dok nampak di trailhead Blok 4 nun… sesuai sangat

Makanya aKU, Aboi dan Buding pun masuk dan recce tempat laa… memang sesuai sangat…


Buding… selaku consultant pagi tu… sampai letih Buding mengetest trail yg dah dikenalpasti…

“memang best la Chai…”

Aboi selaku tester trail pagi tu.. aKU dan Buding cari laluan, Aboi kasi test…

Memang laju dia ni… Kawan2 selalu cakap dia laju….

Terbaekkkkk

Buding: “fuuhh, penat dah aku dok layan trail ni dari tadi…. “

Aboi: “alaaa baru sikit je ni Ding… Chai tu releks je…”

Aku tersenyum puas… Sabtu ni cadangnya nak sambung lagi…. Best best

Layan Video ni lak, sikit je ni...