Saturday, November 14, 2009

cerita-cerita.bayar.cash.di.Mekah

Bayar Cash

tu je yg mampu aku katakan
kenapa? meh baca dua cerita yg ingin aku kongsi sepanjang berada di Madinah Al-Munawarah ini.

Jumaat, Oct 30, 2009. Dalam perjalanan ke Masjid Nabawi utk menunaikan Solat Asar, aku lihat ada kepulan awan hitam bergerak menuju ke Masjid Nabawi.. langit yg punyalah cerah takde awan sejak aku sampai di Kota Madinah ini 27 Oct lepas, alih2 petang ni ada awan hitam lak.. tapi cuaca takde menunjukkan nak hujan. tetap panas2 suam macam biasa... sesambil menunggi Kamal bersiap aku perhatikan kepula awan hitam tu mmg bergerak ke Masjid Nabawi... "mmmm pergerakan bumi ni" bisik hatiku.. "kalau hujan pun bagus gak, sebab bibir aku dah mula kering kerana cuaca yg agak panas"....

kami kemudiannya bersegera ke Masjid Nabawi utk bersembahyang Solat Asar berjemaah... dalam rakaat kedua, tau2 hujan turun dgn lebatnya.... Alhamdulillah aku bersembahyang di kawasan yg berbumbung... tapi bersebelahan dgn kawasan aku sembahyang tu cuma ada bumbung payung besar tu je... hujan tu cuma berlangsung dalam satu rakaat saja, dan masuk rakaat ke empat, hujan pun berhenti....

habis sembahyang boleh dilihat, para jemaah dan pekerja cleaner Masjid sibuk bersama-sama bekerjasama membantu membersihkan kawasan masjid yg basah... karpet digulung dan dibawa ke tempat cuci, cleaner dgn mesin pembersihnya sibuk menyedut air2 yg bertakung... kata lain, dalam setengah jam dah clear dah tempat tu...

habis berdoa, kami pun balik ke Hotel Movenpick utk minum petang... "masya-Allah, mmg hujan turun laa.." kata Ustaz Fatah (Imam Masjid Kota Damansara) sambil duduk di meja kami.... "Ente tahu apa yg diminta oleh Imam Masjid Nabawi masa Sembahyang Jumaat tadi" disampuk pula oleh Ustaz Ghazalli (adik Ustaz Asri Rabbani) sambil menyuap karipap... "hah kenapa ustaz?" tanya aku semacam kehairanan... "Imam minta hujan sekejap tapi lebat turun di Masjid Nabawi tu utk kurangkan panas la masa sembahyang Jumaat tadi... Imam tu doa 3 kali sambil menangis laaaa.. sebab Masjid makin panas dek bahang..." jelas Ustaz Ghazali lagi... "laaaa, mana kami tahu Ustaz, kami nganga je la, sebab khutbah pun dalam bahasa Arab..." jawab aku sambil gelak besar... "dia minta hujan lebat tapi kejap je hari ni, nak bagi sejuk sket kawasan Masjid..." balas Ustaz Fatah.. Masya-Allah.... aku toleh ke tingkap hotel, awan gelap yg tadinya ada dah takde dah.. habis keliling langit Masjid Nabawi tu aku tenung, tapi kelibat Awan Hitam tadi, mmg dah takde...

Ahad, Nov 1, 2009. Di Madinah ni, kita boleh lihat manusia mmg pentingkan diri sendiri.. nak keluar masjid pun berebut2 nak keluar dgn tolak menolak macam nak terberak dah memasing.. aku kadang2 heran dgn gelagat manusia ni.. Jemaah2 dari India dan Indonesia ni yg biasanya jenis tak menyempat2 ni.. tak semua, tapi kebanyakannya... aku mmg selalu kena tolak dgn diorang nie.. tapi "sabar je laaaa..."

tapi hari ni, aku dah tak boleh sabar dah... aku keluar lambat sket.. habis sembahyang tadi, aku baca Al-Quran kejap. Sementara nak tunggu jem kat pintu keluar tu reda, dapat gak baca Al-Quran dua ke 3 mukasurat... tgk dah clear sket, aku pun ambil selipar, dan tros menuju ke pintu keluar.. dihadapan aku ada la dalam 6 ke 7 org pakcik2 Indonesia yg juga tgh berasak2 nak keluar.. tapi asak2nya dah tak teruk la kalau keluar awal tadi... alih2 aku terasa belakang aku ditolak2 dgn keras.. kuat lak tu.. dan beberapa kali aku hampir terjatuh dek tolakan tu... dan ada beberapa kali terkena pakcik2 Indon depan aku tu.. Pakcik tu toleh tgk aku... "isk, tak boleh jadi ni... kena revenge nie... nanti aku lak disalahkan.." bisik aku... mmg hilang kesabaran aku hari tu... aku bukak ruang sket utk org belakang aku yg tolak2 tadi tu kedepan, supaya aku lak tolak dia... "ahh, cun, dia dah kesebelah aku.." jerit hatiku bila org yg menolak2 dibelakang aku tu tros masuk keruang disebelah aku.. "huh, Indon gak, tapi budak muda... bagus".. tapi bila budak Indon tu dibelakang Pakcik2 Indon tu tak lak dia tolak2... "meh nko"... apalagos, aku pun mulakan la tolak2 aku lak.. mmg teruk gak la dia kena tolak dari belakang dgn aku.. lantak pi laaa... padan muka nko... dalam aku dok seronok tolak2 dia tu, tau2 aku semacam kena tolak dgn kuat dan hampir jatuh... "hah, apesal nko Shah.. takde angin tau2 jatuh je..".. aku tgk belakang aku takde sapa pun.. clear.. aku kehairanan.. "tu la nko.. kan dah kena bayar cash dah.." kata member aku... insaf