Tuesday, July 31, 2012

amekaw

muahahahhaaaaaa
kejadian ni selalu terjadi di Malaysia
tapi cara Driver SUV tu balas balik tu memang terbaek laaa
saksikan


Monday, July 30, 2012

BBB.News.Ayam Tong

Ayam Tong
Pernah dengar..?
Ni la first time aku dengar pasal Ayam Tong
Dijual di persimpangan dari BTP ke Kota Puteri dan Bt Arang nun
Rupanya Ayam yang dibakar dlm Tong besar
Alaaa Tong Air tuuuuuu
Letak atas batu tinggi sikit, letak arang bawahnya
Buat penyangkut dlm tong
Gantung ayam
Dan tutup tong
Kejap je dah masak ayam tu
Dan rasanya, memang sedap betul
Sampai ke tulang ayam tu boleh rasa rempah yg dibuat
Lagi sedap dari ayam golek yang banyak dijual di Bazar2 Ramadhan tu

Chip yg mula2 bagi tahu
Dan ikanbilis yang menyusul dan memberikan komen terbaek

Ni ada gambar ikhsan dari kamera hp ikanbilis (sahabat BBB)


Ayam Tong
Siap ada no hp utk booking

Mana taknya, first day aku pergi baru jam 6 ptg dah habis dah

Second day pun, nasib baik Tok Ngulu pergi awal.. kirim ikut Tok Ngulu je laa… Alhamdulillah

Tong air yg orang biasa buat tadahan hujan tu

Nah, gantungkan ayam dlm ni

Langgark pun ada sedang mengaudit proses memasak Ayam Tong…

Sunday, July 22, 2012

FAMILY.Iman puasa penuh

22 Julai, 2012

Alhamdulillah syukur
Siapa sangka Amirul Iman boleh puasa penuh hari ni
Semalam, aKU siap bagitahu wife aKU utk tidak memaksa Iman berpuasa
Sebab fikirkan Iman baru 4 tahun, dan bila hari biasa yg bukan hari untuk berpuasa, kerjanya makan makan makaann
Makanya pagi tadi aku test Iman, aku kata cenggini
“kalau Iman puasa penuh hari ni, Abah belikan duyan (durian dalam pelat Iman)..”
Punyala happy Iman sambut cabaran aku ni
Dan hasilnya, Iman Berjaya berpuasa hari ni
Suka betul aku dan wife..
Alhamdulillah syukur


Iman dengan kuah Durian cicah roti kesukaannya



Thursday, July 19, 2012

FAMILY.Hari Lahir Arif Iskandar ke 6 tahun

19 Julai, 2012
Hari ni Hari Lahir Arif Iskandar
Anak aKU yg ke 3 kalau ikut turutan
Alhamdulillah syukur

Abah do’akan semoga Arif menjadi anak yg soleh, taat kepada kedua ibubapa, patut kepada ajaran Islam, rajin, kuat, sihat tubuh badan, gembira, cerdik akal fikiran, bijaksana dan berguna kepada bangsa, agama dan Negara.. Insya-Allah

Macam biasa, pagi2 lagi Maknya dah bangun menyiapkan cup cake dan jelly ni untuk dihantar ke sekolah tadika Arif
Bukan main suka Arif, tak sabar2 nak ke sekolah


Arif Iskandar
Ke 6 tahun

Senyum sikit…
Alamak, mana pergi gigi depan laaaa..

Tu dia Jelly dah siap…

Sedap weh.. serious…
Ni untuk bebudak sekolah, aKU punya dlm container 30x besar dari ni dlm peti sejuk…

Saje nak bagi terliur sikit

Kek cawan [un dah ready

Alamak, nombor 6 tertinggal dalam kotak lain laaaa…
Tak muat

Dah siap untuk dihantar

Sebelum dihantar ke sekolah, Arep test dulu…





Tuesday, July 17, 2012

Bakso pagi nie

Wah, pagi ni opis aKU digegarkan dgn Bakso Kak Jai atau Jejai (panggilan manja dari Fuad)

Biasanya En Kamal yg selalu promote bakso ni pada aKU, tapi sehingga semalam, bagi aKU  Bakso yang telah
aKU cuba di beberapa restoran/gerai yang dicadangkan takde la seberapa sekadar meehoon sup letak bebola
daging sahaja rasanya

TAPI, pagi ini merubah persepsi aKU pada Bakso


mmg sedap, mmg terbaek (bak kata Tok Ayah Boboi Boy), mmg cemerlang, memang gemilang, memang terbilang… slurrrppp…

Apa yang sedap tak nak tahu, yg pasti memang sedap..

Kalau seminggu sekali sarapan Bakso ni pun takpe…

Sampai2 si Sufi tgh round ke-2 kata Hafiz…
Mmg semangat Sufi ni kalau makan.. tak rugi ajak ke Majlis…
Orangnya pun hensem
Memang sesuai la dengan satu lagi “S” tu..
La la la la la la la la laaaaa

Helmi pula, macam biasa laaa anak Mak…
Nak tambah letak apa dalam mangkuk pun tak reti
Yang sebenarnya dia tengah tunggu Hidayah cedukkan


Tapi Hidayah tengah layan pisang dengan Faezah kat luar buat derk jeee….

Khabarnya tunggu “Akak” yang lain sampai baru nak serang Bakso Kak Jai nie

aKU kata ambil je cepat, nanti habis

Nak nak bila En Kamal dok keluar masuk tambah kuah..
Ni ntah yg ke berapa kali dah nie…

Sampai berpeluh sakan laaaa..

Masa ni pun aKU gak la yg menghalang dari En Kamal dari tambah kuah Bakso lagi… Kusss Semangaaattt

Eh, Ghafur pun layan Bakso rupanya… kami ingatkan Ghafur hanya layan Pizza dan seangkatan..

“eh, saya memang suka makanan sup sup ni Bang…”

ooooooooooooooooooooo

Laaaa issshhh, si Sufi lak tak reti2 nak bangun…
Mana taknya, dah tersandar dah tu kekenyangan…

Akhirnya Rombongan Cik Kiah tiba…

Memang meriah

Siti Nurfatimah memanjatkan kesyukuran dan membaca doa makan sementara yg lain sibuk menceduk Bakso

Noran tersenyum puas, dapat membelasah Bakso pepagi nie…

Sementara Siti Nurfatimah semacam tak nak bangun2 dari kerusi menikmati…

Ni dia Tokeh Bakso kita pagi nie..
Kak Jai
Mmg sedap laaaaa
A++ saya bagi

Urrrpp Alhamdulillah Syukur


Jazakallah

Monday, July 16, 2012

FAMILY.News: Iman dan Arif dan Uncle Jep

Ahad, 15 Julai, 2012

 

Balik dari makan mlm di BaiWorld, aku sekeluarga singgah di rumah Abg Jep kejap

Takde nak cerita apa pun, tengok je la gambar nie, Iman dgn S3 dan Arif dengan Tab 10.1

 

 

Ni kalau Abg Jep ada cucu kelak ni, mmg jadi cucu kesayangan laaa.. tengok je la

Cara Uncle Jep ni melayan dua budak kecik ni.. muahahhaaaaaaa

Sunday, July 15, 2012

FAMILY.News: aktiviti bersihkan Surah bersempena Ramadhan

Ahad, 15 Julai, 2012

Pagi ni aku ke Surau Nur As-Sobirin menyertai gotong royong bersihkan Surah bersempena menyambut
Ramadhan yg akan tiba Sabtu depan


Ini la Surau Nur As-Sobirin… terletak di Blok 2, di Kejiranan antara Blok 2, Blok 3, dan Desan Puteri, di Bandar Tasik Puteri ini…

Alhamdulillah ramai yg membantu pagi tu

Ada yang membantu di kawasan Dapur

Ada yang vakum kawasan muslimah

Membersihkan kipas siling (aku di bahagian ni dgn Azam)

Juga memvakum kawasan solat utama

Kawasan Imam dah bersih cantik dah

Sementara Imam pula cuba merepair kipas2 yg rosak.. terrer Imam ni…

Tidak kurang yang mengupdate maklumat di papan kenyataan

Dan hasilnya, bersih dan wangi je surau kami..

Alhamdulillah.. tak sabar nak tunggu Ramadhan minggu depan..

Saturday, July 14, 2012

BBB.Ride: ke Kundang ikut susur jln baru

Sabtu, 14 Julai, 2012
Bersempena nak berpuasa minggu depan, Lish ajak kayuh ke Kundang ikut susur jalan yg sedang dibuat dari
Sebelah Sekolah Agama Integrasi ke Kundang tu… Menarik


Tersenyum riang Kona pagi nie.. mmaklumlah dah lebih 4 minggu tidak dikayuh.. manjang jeles je pada Alan Roadie… manjang kayuh Alan je…

Nak buat cammana, rate pengayuh MTB BBB dah makin merudum.. kayuh Road je laaa…

Bincang kejap diawal laluan tanah merah yg sedap dibina ni

Lish: “kita ikut je la plan ke Kundang tu..”
Langgark: “Tapi durian kat Taiping lagi sedap Lish..”
Tok Ngulu: “esok Zaki pun nak kayuh Road kat sini..”
aKU: ngangaaaaa

Lish: “hah, apa lagi Tok Ngulu.. kasi panjat dan turun laaa…”
Tok Ngulu: “ni Aboi boleh laa.. ambo tak berani weh.. curam betul nie…”

Lish: “kita kena cepat ni sebelum penyodok tu sodok dengan kita2 sekali… Chai nko cuba study kekerapa penyodok tu beralih kedudukan… Tok Ngulu lak, cuba study berapa cepat lori tu bertukar… Langgark, nko cuba tengok belah kiri ke kanan kita nak lalu nie.. aku nak tengok kebun Ciku kat seberang jalan ni jap…”

(gambar ikhsan dari kamera Lish)

Di simpang blok 1B… rupanya ada jalan offroad dari blok 1B ke jalan yg sama gak…

Di Kundang, gerai Roti Canai power  jadi pilihan… lama betul tak singgah sini…

Baru beli Samsung Galaxy S Advance… membelek hp je la kerjanyaaaaa

On the way balik, Lish beli Pulasan 3 kg, dan Manggis 1 kilo… Terbaek

Thursday, July 12, 2012

OFFICE.News: aktvt mengemas opis ampang

Selasa lepas, aku folo geng opis di Operasi Pembersihan Opis ke-2 di Ampang 1-Avenue


Chef de Misson Hafiz sedang memberikan taklimat pada semua


Terpaksa berikan penerangan dalam Bahasa Inggeris sebab Haris ada… nanti tak faham

Tak pasti Ghafur faham ke tak apa yg Hafiz cakap nie

Tapi bila tanya Siti, “saya OK je Abang Shah..”

Habis penerangan, kerja2 mengemas pun dimulakan

Kelihatan Hafiz kat belakang tu dah mati akal nak letak kat mana tiang gantry tu

En Riza pun dah tak ingat apa yang Hafiz pesan tadi

Ada orang kata benda alah ni Printer

Auditor yang sentiasa memastikan keadaan terkawal

Sebelum pergi lunch, Hafiz sekali lagi memberikan kata2 semangat

Faezah nak makan nasi, Wanita Melayu terakhir kena makan nasi

Tapi Suria nak makan makanan Korea kat bawah

Ghafur lak dah haus benar dah… minum je la dulu.. “Saya On Diet”

Helmi pula tak kesah makan apa asal kenyang

Tapi Hafiz nak makan yang mahal2 sebab Opis belanja katanya

Hasilnya ke Restoran Kayu Nasi Kandar Ampang….

Ah sudah, Hafiz lak tak habis makan…
control katanya
nak jaga saham
makan depan Faezah dan Hidayah la katakana

Sufi pula, takde masalah
cemerlang

“mana udang nie..? takkan sekor je dia bagi..?”

Minta lauk sotong je, sekali dengan kari kambing, sayur, papadom, timun, bergedel segala termasuk

Dah makan mengantuk laaa pulak….

Hidayah pun dah nak tertidur dah kat tepi dinding di luar “Bilik Kita” kata Hafiz pada Faezah

Petang tu singgah Spital Glen Eagles melawat Aida yg suspect denggi

Alhamdulillah takde apa2 yg serius… bukan Denggi katanya

Hafiz sempat menyanyikan lagu Keabadian Cinta pada Aida dengan machonya…

Nak tengok videonya, click “Hafiz to Aida.mp4” ya

Helmi yang terkejut bila Hafiz dengan selamba menyanyikan lagu Keabadian Cinta – Anuar Zain pada Aida…. Hamper mengunyah seluruh tapak tangan, nasib baik disedarkan oleh Sufi

Ghafur masih lagi terkejut sampai tidak terkata
Sementara Hafiz Zain sedang berposing tepi pintu gaya “penari tiang”
Farah dah tak sanggup melihat aksi Hafiz dah


Apepun, terima kasih tak terhingga buat Faezah, Sufi, dan Hafiz yang telah menjayakan aktiviti mengemas office ampang dengan
Jayanya.. Jangan lupa next step dan teruskan usaha berpasukan yg cemerlang