Alhamdulillah tahun ini aku dapat peluang utk bekerja sambil mengerjakan ibadah Haji. Rukun Islam yg ke-5 ni
Kebetulan, Projek e-Haj yg akan akan beroperasi utk ujian pertamanya tahun ini, kekurangan tenaga kerja, makanya aku dan Ghafur dikerahkan utk melibatkan tenaga dan otak dalam projek bersama Tabung Haji Travel ini
maka aku dapatlah ke Mekah menunaikan haji sekali sambil bekerja.
kerja keras beb... Insya-Allah jika berkesempatan, aku akan menunaikan Ibadah Haji ini...
Makanya, aku dapat Surat Tawaran Menunaikan Fardu Haji (Terpilih) secara Pakej Haji Travel (THTS) berkenaan pengesahan info Perjalan Menunaikan Haji tahun ini...
No Daftar Haji: 0101xxxxxxxxxxxA
Ada borang utk Pengesahan Tawaran Haji yg perlu aku isikan dan hantar kembali ke Tabung Haji
Tuesday, September 29, 2009
Friday, September 11, 2009
jalan.jalan.sekitar.Tokyo
wah, lepas closing ceremony tadi (siap dapat sijil tuuuu, cemerlang beb), aku jalan2 naik bas pelancong pusing2 Tokyo dgn Ghafur. Ye la, kalau naik subway nak nampak apa.. nasib baik kami diberitahu ada servis bas pelancong yg akan bawak pusing2 Tokyo dan boleh berhenti dimana2 lokasi. Bas ni pula banyak, jadinya boleh turun naik mana2 bas yg sama dengan hanya Y500 (>< RM19.50) sehari seorang.
takpa, nanti aku update pasal jalan jalan ni.. la ni otak dah fikir nak balik je dah.. esok aku balik Malaysia.. best.. terbang jam 10:30am dari Narita Airport, Jalan, touch down KLIA jam 14:40pm..
Insya-Allah

Thursday, September 10, 2009
Monday, September 7, 2009
buka.posa.last.di.Kumagaya
ahhh, mlm ni aku posa last di Kumagaya ni
esok tengahari dah ke Tokyo balik utk meeting disana, sebelum balik ke Malaysia pada Jumaat pagi nanti. lepas ni tka tahu la akan dtg ke Kumagaya ni lagi atau tidak. Insya-Allah kalau diperlukan utk aku ke sini lagi tujuan kerja, aku akan sampai lagi. tgk management decision laa.. aku ikut je
makanya, aku ngan Ghafur buka posa di restoran itali tadi. restoran ni dah jadi hampir tiap2 hari kami buka posa.. sebab menunya banyak yg boleh kami makan.. tapi menu spaghetti, sayur, dan pizza je laa. sampai budak pelayan restoran ni dah kenal kami dah.. dah macam member2 dah, walaupun bila borak tu macam ayam dengan itik, tapi msg yg cuba disampaikan oleh kami dan dia sampai laa.. sampai tergelak2 la kadang2 tu.. best.. friendly diorang nie....
kami siap dapat jus buah free.."present-to, present-to" maknanya, presend dari diorang laaa... lepas tu lepak kat sebelah kami sambil tgk kami buka posa tu.. diorang semacam heran gak, dan masih tak faham apasal kita kena berpuasa.. jenuh dah aku ngan Ghafur terangkan, la la kami giveup, kata rules, kena ikut.. habis citer...
ni la dia salah sorang pelayan tu.. kemain friendly dia nie.. asal nampak je aku dan Ghafur lalu depan kedai tu, confirm dia panggil suruh masuk makan.. Restoran Capriciosse, Kumagaya Train Station..
ada sorang pekerja lagi, badan gempal2 sikit.. dia tak kerja lak malam ni.. aku kim salam je la kat dia.. muahahahaaa ntah faham ke tak dia ni masa aku cakap tu...
best

jalan.jalan.ke.Omiya
Sabtu, pagi, aku dan Ghafur ke Omiya jalan2.. dah takde aktiviti hari ni, kerja pun dah siap mlm tadi.. maka pagi2 lagi kami dah gerak ke Omiya.
Omiya ni kira bandar besar di Negeri Saitama ni laaa, lebih kurang 44 minit perjalanan naik train biasa. lama gak. tambang dalam Y570 sehala (>< RM22.23)
agenda utama aku, nak pi 2 kedai beskal tengok2. Bicycle Seo's dan Y's Shop, mlm sebelum tu pun, aku dah study map Google Earth utk ke kedai tu. sampai2 Omiya, walaaaaa, punya la ramai manusia. macam Tokyo sibuknya, walhal Omiya ni jauh dari Tokyo
ikutkan peta, aku kena exit guna east gate, tros la mencari east gate dan out..
aik, macam Ampang je ghrupanya... takdela besar mana pun seperti yg diceritakan.. mana Supermarket besar2... tak nampak langsung
jalan rayanya macam Kumagaya gak, kecik2 dan sempit2, tapi kereta punyalah banyak
huh, Nissan Skyline R34 jenis2 cam ni bersepah kat daerah Omiya ni.. asal simpang je confirm aku nampak keta jenis ni..
Toyota Supra paling susah nak nampak sepanjang aku kat Jepun ni.. adala sekali.. takat Skyline, Evo, Impreza, RX7, RX8, bersepah2.. kalau keta Europe, Audi A4, RS3, Mini Cooper S, Mini Cooper S Wagon tu mmg banyak..
ok, cukup citer keta.. kita sambung
makin jauh jalan makin sunyi.. risau gak aku, sebab ikutkan peta google earth tu, Bicycle Seo's ada kat sekitar sini je
hah, sampai pun Bicycle Seo's.. gedung beskal 2 tingkat.. masuk2 je tros kena sound utk offkan camera.. tak bleh ambil gambar langsung.. biasala. DiJepun diorang nak jaga harga.. takut pesaing yg dtg nak check harga agaknya.. ha ah, ni pesaing dari kedai R-Samy, Batu Caves nun....
paling menghampakan, barang2 road bike je yg banyak.. MTB, sikit benar... mmmmm
out kami keluar lepas cari barang yg sahabat pesan... takde laaa.. tros ke Y's Road lak.. ok Y's Shop ni kira chain Bicycle terbesar kat Jepun ni.. ikutkan peta google earth, Y's Road ni dekat2 Bicycle Seo's ni je.. berpusing2 kami umpama sesat jalan, still tak jumpa2 juga Y's Road nie
"mana kedai ni Bang..? jerit Ghafur dah kepenatan berpusing2 masih tak jumpa juga kedai Y's Road ni...
mmm, aku pun heran, sebab ikut Google Earth tu mmg kat sini la tempatnya, tapi apesal takde...? la la, aku ambil keputusan balik je.. mmg tak jumpa.. isskk
yang dok nampak deretan moto2 400cc yg menggiurkan serta skuter cc besar2.. selamba je park kat open parking space.. isk geram geram tgk 400cc tu... apasal la Naza tak nak bawa masuk 400cc ni.. Confirm aku beli satu weh..
sampai Stesen Ketapi Omiya, Ghafur mencadangkan kami ke exit west pula, tgk apa ada, sebab ramai manusia hala ke belah sana
on the way tu, ada macam2 persembahan.. ada badut buat pertunjukan free, ada nyanyian dari kumpulan2 remaja dan puisi.. takde minta sedekah hape, just semacam suka2 je diorang ni.. dan ada peminat sendiri..
yg paling best, haaa, pertunjukkan nyanyian dari warga2 emas ini. ramai beb.. berkumpul dan menyanyi lagu2 semacam corak lama ramai2...
dah tua tua pun, suaranya sedap laaa.. asyik gak aku melayan nyanyian diorang nie.. siap ada tone naik turun tuuuu..
keluar je gate west ni, wallaaaa.. baru la nampak banyak hyperstore yg besar2... mmg besar.. tgk je Sogo tu, saiznya dalam 3 kali ganda besar dari Sogo kat Malaysia
"mana nak masuk dulu ni Bang.. besarnya.."
ni pula Hypermarket yg paling besar kat sini.. 20 tingkat beb.. penuh dengan macam2 jenis kedai, restoran, pub, cafe dan macam2 lagi laaa.. kedai bunga pun ada...penat aku jalan dalam ni
sebelum masuk tu layan konsert band ni jap.. band remaja.. peminat kemain ramai..
layan beb lagunya.. dalam dok asyik tgk tu, rupanya aku ngan Ghafur je lelaki yg layan konsert ni, lain2 sumer pompuan je.. muahahahhaaaaaa, ni aku rakam, lagu dari citer Mask Rider Zero..
sekali lagi, diorang tak minta sedekah. diorang just promote band diorang je... kami layan smapai 5 lagu..
haaaa, aku paling suka masuk Tokyu Hands ni
berjam jam aku dalam ni.. kenapa..? sebab Tokyu Hands ni ada satu seksyen jual barang2 unik yg dihasilkan di Jepun oleh orang2 ternama Jepun.. contohnya, kalau kita beli satu Pen bentuk pelik tu, haa, satu tu je la pen tu dalam dunia ni.. siap ada nombor siri dicetak kat pen tu.. kira cam tu laa... barang2nya jenis barang2 biasa tu je, cuma designnya je yg takde dua atau tiga.. kalau ada pun, beza warna je.. haaa
penat round, tgk jam pun dah dekat jam 5 ptg.. nak buka dah ni.. kena chargas ke pasar ramadhan Kumagaya nie.. kang habis lak makanan...
muahahahhaaaaa, supermarket kat Kumagaya je, beli makanan..
sampai Kumagaya, aku kena adjust tambang, sebab tersilap beli tiket lak..
tgk ni, asal boleh je diorang eja..
muahahahahaaaaa
hari tu aku buka posa menu simple ni je
apa lagi yg boleh dimakan kat sini
seafood, dan ikan, dan sayur, dan buah
nasi tempura
ikan
kek ais krim vanilla
buka dalam bilik je, sebab memasing dah keletihan berjalan..
Alhamdulillah

Sunday, September 6, 2009
Friday, September 4, 2009
kalau.tak.suka.pulangkan!
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
----------------------------------------------------------------------------
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.
Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik !" Dia tersentak dari khayalannya. " Kalau tak suka pulangkan balik! " Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
----------------------------------------------------------------------------------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
-----------------------------------------------------------------------------------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wan gi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan! " Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. " Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan................

jalan.jalan.di.bandar.Kumagaya
weekend lepas aku sempat merayau di sekitar bandar Kumagaya ni. kecik je bandar ni, mostly tempat office2 utama di Negeri Saitama ni.. bandar shoppingnya pula terletak di Omiya, dalam sejam dari Kumagaya nie kalau bawak kereta. kalau naik tren biasa dalam sejam 14 minit, tapi kalau nak cepat, naik Shinkansen, dalam 17 minit dah sampai dah, tapi sediakan je la duit tambangnya yg mahal
yg aku kelakar kat sini, kalau bunyi radio di kedai2 di shopping kompleks tu rata2 lagu cowboy, atau Inggrish (bak kata orang Jepun)... tapi bila aku tanya soalan, haram tak faham apa pun...
cuba nkorang tgk gambar2 ni
kedai moto harley Garage Paradise
aku saja saja la masuk, tgk barang2 motor harley mmg banyak... fuuhhh, lagu pun lagu harley.. cerita yg ditayangkan di skrin besar pun cerita harley gak.. tapi bila aku tanya harga jaket harley satu tu, tak faham apa aku cakap.. walau aku cakap English.. caisss... tengok kedai kemain lagi.. mmmmmmm
ni satu lagi, semacam bar... yg menarik minat aku papan tandanya...
bandar Kumagaya... jalannya sempit2 sebab ditengah2 tu diorang decorate letak pokok2 bungan dan tempat rehat... kereta, lori dan bas mmg ngam2 je besar jalan ni
tempat rehat tgh2 jalan utama
kalau di flat2 perumahan, parking beskal begini lagi diutamakan dari parking keta... kebanyakaan keta park agak jauh sket dari kawasan perumahan diorang nie.. tapi kalau parking beskal tu mmg besar..
Pizza-la.. Pizza-la....
jenis kedai Pizza deliver sahaja.. takde tempat makan pun.. kalau beli pun bawak balik.. yg bestnya moto delivery pizza tu jenis skuter 3 tayar.. dan tong belakang tu, kona atau senget cammana pun skuter tu, tong tu tetap tegak kedudukannya.. made by Honda
huh, jgn harap la moto tu nak mencelah, dia akan tunggu turn gak sebelah or belakang lori tu
jalan jalan jalan, alih2 "eh, SATY.." tros singgah.. Supermarket fav aku masa kat Kanazawa dulu... semacam Jaya Jusco laaa.. leh tengok2 jap...
penat merayau, kami balik ke Hotel balik utk persediaan berbuka puasa, ni Hotel kat mana aku tinggal di Bandar Kumagaya ni
R&B Hotel.. Budget Hotel je.. murah sket
tu je la kotnya

Thursday, September 3, 2009
ke.Sakura.meeting
hah
pagi ni aku dan Ghafur terpaksa ke Sakura untuk join Malaysian Delegates meeting dgn Fujikura Ltd.
pepagi lagi kami dah gerak ke Sakura naik Shinkansen Max Taniguchi ke Tokyo. Sampai di Tokyo kena tukar train ke Sakura. Sampai2 Tokyo Station, aku bergabung dgn Malaysian Delegates utk ke Sakura.
Meeting utk updates projek terbaru Kerajaan Malaysia. Macam biasa, Confidential. he he he...
visit plant dan tgk production line company ni
hah, dah habis meeting dah.. masing2 dah ngantuk.. 2 jam meeting
kemudian kami dibawak melawat showroom kompeni nie.. habis dalam 30 minit gak... masa nak balik, kami sempat tgk senaman ramai2 kat opis nie.. tiap hari, lepas lunch, semua orang tak kira pangkat akan sama2 exercise dalam 10 minit utk buang "malas" dalam badan bila perut dah kenyang.
lepas tu, Boss aku ajak join diorang ke Akihabara buka posa sambil tgk2 barang.. pucuk dicita ulam mendatang.. tros kami shoot ke hotel diorang dulu...
fuuhhh, tinggi tul hotel ni
tgk je la view Tokyo dari dalam bilik Boss aku
budak Ghafur ni mmg pantang jumpa internet
kami nak pergi kesini ptg ni (Akohabara Main Road Map)
aku dan Mael (Boss aku sekarang, member satu skolah beb, he he he)
view Tokyo dari Lobby hotel tingkat 25
sampai2 Akihabara, kami berpecah kepada dua group. aku dan Ghafur kena follow Mael ke kedai RC (Radio Control). nak beli spare parts RC dia katanya.. apalagi, jalan la ikut map yg ada. cari cari cari, jumpa gak kedainya
giler banyak tul barang spare part kat kedai ni.. mahu giler.. mmg pun, Mael lama tul dalam kedai ni.. sampai jenuh la kami tunggu dia beli spare parts
mana Mael ni.. lama dah tunggu nie
hah, habis pun.. Mael senyum meleret dapat beli spare parts RC dia.. walau mahal, dia beli gak, sebab kat Malaysia takde, kena beli OnLine je
kami kemudian terus ke Don Khoi's Akihabara utk berbuka puasa.
Akihabara waktu ptg
sempat tidur sementara tunggu makanan sampai.. muahahaaaaa
yg geng ni lak, borak tak habis2
Alhamdulillah waktu buka dah masuk dah.. 6:08pm...
Sheikh Kebab
macam biasala, tang makan tu, mmg tak sedar.. tau2 dah habis je... bila dah kat luar kedai, baru teringat nak ambil gambar.. urrrppp kenyang.. Alhamdulillah
tgk jam dah 7:42pm.. kami terus minta diri utk balik, sebab train Shinkansen ke Kumagaya dalam jam 8:24mlm...
ternampak teksi kat Tokyo ni
Toyota Crown Supercharger beb, tak silap 3.0 V6 Supercharger
On the way balik tu, Ghafur sempat singgah beli PS3 Slim terbaru.. baru kuar kat Jepun, worldwide belum lagi.. RM1,00 gitu.. berebut otaku beratur beli.. nasib Ghafur baik, sebab dia sempat beli yg last 2 unit.. lepas tu habis dah.. giler laaa..
kedai PS3 Slim tu.. dah lengang balik dah.. habis
naik Shinkansen jam 8:24pm, dan sampai Kumagaya dalam jam 9:10mlm, cover 280km dalam 46 minit je.. amacam...? giler laju weh

my.workstation.in.Kumagaya
kat Kumagaya ni, kerja aku dan Ghafur ialah utk menghasilkan applikasi utk test board chip RFID Malaysia nie. kerjanya memeningkan, dan rumit sket, tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan ketekunan kami, siap gak
ni saja je aku nak share bilik operasi kami di kompeni nama Zixsys ni...
"aaaaaaaaaaaa, macammana niii.." Ghafur dah pening dah tu.. tersangkut
aku budak IT, Majoring dalam Software Engineering.. tak penah langsung buat Electrical Engineering.. kadang2 pasang pikap lampu kalimantang pun silap... alih2, sampai sini kena baca electrical diagram... naya betul... mana aku reti weh.. kena la blajar sket2.. kalau tak, cammana nak faham dan buat applikasinya..
tapi kerjanya menarik.. cukup menarik.. dan lots of "peningggggggggggg"

Subscribe to:
Posts (Atom)