ahhh, mlm ni aku posa last di Kumagaya ni
esok tengahari dah ke Tokyo balik utk meeting disana, sebelum balik ke Malaysia pada Jumaat pagi nanti. lepas ni tka tahu la akan dtg ke Kumagaya ni lagi atau tidak. Insya-Allah kalau diperlukan utk aku ke sini lagi tujuan kerja, aku akan sampai lagi. tgk management decision laa.. aku ikut je
makanya, aku ngan Ghafur buka posa di restoran itali tadi. restoran ni dah jadi hampir tiap2 hari kami buka posa.. sebab menunya banyak yg boleh kami makan.. tapi menu spaghetti, sayur, dan pizza je laa. sampai budak pelayan restoran ni dah kenal kami dah.. dah macam member2 dah, walaupun bila borak tu macam ayam dengan itik, tapi msg yg cuba disampaikan oleh kami dan dia sampai laa.. sampai tergelak2 la kadang2 tu.. best.. friendly diorang nie....
kami siap dapat jus buah free.."present-to, present-to" maknanya, presend dari diorang laaa... lepas tu lepak kat sebelah kami sambil tgk kami buka posa tu.. diorang semacam heran gak, dan masih tak faham apasal kita kena berpuasa.. jenuh dah aku ngan Ghafur terangkan, la la kami giveup, kata rules, kena ikut.. habis citer...
ni la dia salah sorang pelayan tu.. kemain friendly dia nie.. asal nampak je aku dan Ghafur lalu depan kedai tu, confirm dia panggil suruh masuk makan.. Restoran Capriciosse, Kumagaya Train Station..
ada sorang pekerja lagi, badan gempal2 sikit.. dia tak kerja lak malam ni.. aku kim salam je la kat dia.. muahahahaaa ntah faham ke tak dia ni masa aku cakap tu...
best