Monday, September 7, 2009

jalan.jalan.ke.Omiya

Sabtu, pagi, aku dan Ghafur ke Omiya jalan2.. dah takde aktiviti hari ni, kerja pun dah siap mlm tadi.. maka pagi2 lagi kami dah gerak ke Omiya.

Omiya ni kira bandar besar di Negeri Saitama ni laaa, lebih kurang 44 minit perjalanan naik train biasa. lama gak. tambang dalam Y570 sehala (>< RM22.23)

agenda utama aku, nak pi 2 kedai beskal tengok2. Bicycle Seo's dan Y's Shop, mlm sebelum tu pun, aku dah study map Google Earth utk ke kedai tu. sampai2 Omiya, walaaaaa, punya la ramai manusia. macam Tokyo sibuknya, walhal Omiya ni jauh dari Tokyo


ikutkan peta, aku kena exit guna east gate, tros la mencari east gate dan out..
aik, macam Ampang je ghrupanya... takdela besar mana pun seperti yg diceritakan.. mana Supermarket besar2... tak nampak langsung


jalan rayanya macam Kumagaya gak, kecik2 dan sempit2, tapi kereta punyalah banyak


huh, Nissan Skyline R34 jenis2 cam ni bersepah kat daerah Omiya ni.. asal simpang je confirm aku nampak keta jenis ni..


Toyota Supra paling susah nak nampak sepanjang aku kat Jepun ni.. adala sekali.. takat Skyline, Evo, Impreza, RX7, RX8, bersepah2.. kalau keta Europe, Audi A4, RS3, Mini Cooper S, Mini Cooper S Wagon tu mmg banyak..

ok, cukup citer keta.. kita sambung

makin jauh jalan makin sunyi.. risau gak aku, sebab ikutkan peta google earth tu, Bicycle Seo's ada kat sekitar sini je


hah, sampai pun Bicycle Seo's.. gedung beskal 2 tingkat.. masuk2 je tros kena sound utk offkan camera.. tak bleh ambil gambar langsung.. biasala. DiJepun diorang nak jaga harga.. takut pesaing yg dtg nak check harga agaknya.. ha ah, ni pesaing dari kedai R-Samy, Batu Caves nun....


paling menghampakan, barang2 road bike je yg banyak.. MTB, sikit benar... mmmmm

out kami keluar lepas cari barang yg sahabat pesan... takde laaa.. tros ke Y's Road lak.. ok Y's Shop ni kira chain Bicycle terbesar kat Jepun ni.. ikutkan peta google earth, Y's Road ni dekat2 Bicycle Seo's ni je.. berpusing2 kami umpama sesat jalan, still tak jumpa2 juga Y's Road nie

"mana kedai ni Bang..? jerit Ghafur dah kepenatan berpusing2 masih tak jumpa juga kedai Y's Road ni...


mmm, aku pun heran, sebab ikut Google Earth tu mmg kat sini la tempatnya, tapi apesal takde...? la la, aku ambil keputusan balik je.. mmg tak jumpa.. isskk
yang dok nampak deretan moto2 400cc yg menggiurkan serta skuter cc besar2.. selamba je park kat open parking space.. isk geram geram tgk 400cc tu... apasal la Naza tak nak bawa masuk 400cc ni.. Confirm aku beli satu weh..


sampai Stesen Ketapi Omiya, Ghafur mencadangkan kami ke exit west pula, tgk apa ada, sebab ramai manusia hala ke belah sana

on the way tu, ada macam2 persembahan.. ada badut buat pertunjukan free, ada nyanyian dari kumpulan2 remaja dan puisi.. takde minta sedekah hape, just semacam suka2 je diorang ni.. dan ada peminat sendiri..

yg paling best, haaa, pertunjukkan nyanyian dari warga2 emas ini. ramai beb.. berkumpul dan menyanyi lagu2 semacam corak lama ramai2...


dah tua tua pun, suaranya sedap laaa.. asyik gak aku melayan nyanyian diorang nie.. siap ada tone naik turun tuuuu..


keluar je gate west ni, wallaaaa.. baru la nampak banyak hyperstore yg besar2... mmg besar.. tgk je Sogo tu, saiznya dalam 3 kali ganda besar dari Sogo kat Malaysia


"mana nak masuk dulu ni Bang.. besarnya.."


ni pula Hypermarket yg paling besar kat sini.. 20 tingkat beb.. penuh dengan macam2 jenis kedai, restoran, pub, cafe dan macam2 lagi laaa.. kedai bunga pun ada...penat aku jalan dalam ni




sebelum masuk tu layan konsert band ni jap.. band remaja.. peminat kemain ramai..


layan beb lagunya.. dalam dok asyik tgk tu, rupanya aku ngan Ghafur je lelaki yg layan konsert ni, lain2 sumer pompuan je.. muahahahhaaaaaa, ni aku rakam, lagu dari citer Mask Rider Zero..


sekali lagi, diorang tak minta sedekah. diorang just promote band diorang je... kami layan smapai 5 lagu..

haaaa, aku paling suka masuk Tokyu Hands ni


berjam jam aku dalam ni.. kenapa..? sebab Tokyu Hands ni ada satu seksyen jual barang2 unik yg dihasilkan di Jepun oleh orang2 ternama Jepun.. contohnya, kalau kita beli satu Pen bentuk pelik tu, haa, satu tu je la pen tu dalam dunia ni.. siap ada nombor siri dicetak kat pen tu.. kira cam tu laa... barang2nya jenis barang2 biasa tu je, cuma designnya je yg takde dua atau tiga.. kalau ada pun, beza warna je.. haaa

penat round, tgk jam pun dah dekat jam 5 ptg.. nak buka dah ni.. kena chargas ke pasar ramadhan Kumagaya nie.. kang habis lak makanan...

muahahahhaaaaa, supermarket kat Kumagaya je, beli makanan..

sampai Kumagaya, aku kena adjust tambang, sebab tersilap beli tiket lak..
tgk ni, asal boleh je diorang eja..


muahahahahaaaaa

hari tu aku buka posa menu simple ni je
apa lagi yg boleh dimakan kat sini
seafood, dan ikan, dan sayur, dan buah

nasi tempura


ikan


kek ais krim vanilla


buka dalam bilik je, sebab memasing dah keletihan berjalan..
Alhamdulillah