weekend lepas aku sempat merayau di sekitar bandar Kumagaya ni. kecik je bandar ni, mostly tempat office2 utama di Negeri Saitama ni.. bandar shoppingnya pula terletak di Omiya, dalam sejam dari Kumagaya nie kalau bawak kereta. kalau naik tren biasa dalam sejam 14 minit, tapi kalau nak cepat, naik Shinkansen, dalam 17 minit dah sampai dah, tapi sediakan je la duit tambangnya yg mahal
yg aku kelakar kat sini, kalau bunyi radio di kedai2 di shopping kompleks tu rata2 lagu cowboy, atau Inggrish (bak kata orang Jepun)... tapi bila aku tanya soalan, haram tak faham apa pun...
cuba nkorang tgk gambar2 ni
kedai moto harley Garage Paradise
aku saja saja la masuk, tgk barang2 motor harley mmg banyak... fuuhhh, lagu pun lagu harley.. cerita yg ditayangkan di skrin besar pun cerita harley gak.. tapi bila aku tanya harga jaket harley satu tu, tak faham apa aku cakap.. walau aku cakap English.. caisss... tengok kedai kemain lagi.. mmmmmmm
ni satu lagi, semacam bar... yg menarik minat aku papan tandanya...
bandar Kumagaya... jalannya sempit2 sebab ditengah2 tu diorang decorate letak pokok2 bungan dan tempat rehat... kereta, lori dan bas mmg ngam2 je besar jalan ni
tempat rehat tgh2 jalan utama
kalau di flat2 perumahan, parking beskal begini lagi diutamakan dari parking keta... kebanyakaan keta park agak jauh sket dari kawasan perumahan diorang nie.. tapi kalau parking beskal tu mmg besar..
Pizza-la.. Pizza-la....
jenis kedai Pizza deliver sahaja.. takde tempat makan pun.. kalau beli pun bawak balik.. yg bestnya moto delivery pizza tu jenis skuter 3 tayar.. dan tong belakang tu, kona atau senget cammana pun skuter tu, tong tu tetap tegak kedudukannya.. made by Honda
huh, jgn harap la moto tu nak mencelah, dia akan tunggu turn gak sebelah or belakang lori tu
jalan jalan jalan, alih2 "eh, SATY.." tros singgah.. Supermarket fav aku masa kat Kanazawa dulu... semacam Jaya Jusco laaa.. leh tengok2 jap...
penat merayau, kami balik ke Hotel balik utk persediaan berbuka puasa, ni Hotel kat mana aku tinggal di Bandar Kumagaya ni
R&B Hotel.. Budget Hotel je.. murah sket
tu je la kotnya