Sunday, January 3, 2010

BBB.batu.arang.ride.02012010

personally, ride kali ni mmg best, sebab penuh dengan babak2
dah lama dah tak kayuh segembira cam nie
serius

antara yg hadir:
1. Lish (teraju utama)
2. Zazhar
3. Man75
4. Chai
5. Abg Azmie TBolt Hijau
6. Kepten
7. Langgark The Man
8. Aboi
9. Tok Ngulu
10. Buding

NOTA:
Rider yg diraikan tidak dapat join kayuh bersama atas alasan yg samar dan boleh diragui memandangkan rider yg diraikan dikesan sedang menyiapkan kapalterbangnya utk penerbangan seterusnya mlm sebelumnya.. he he he

target ride kali ni, ke Batu Arang bersarapan pagi dan balik

seawal pagi, zazhar dah call saya, ingatkan kami dah masuk dah.. rupanya belum lagi... sampai2 semua kecuali Tok Ngulu dan Buding blom hadir... tunggu Tok Ngulu punya la lama, dan akhirnya sampai juga.. dalam dok rancang nak masuk ikut mana, muncul pula Buding yg dari jauh dah kenal dah loghat Ganunya dengan dua lagi rider yg tidak dikenalpasti... rupanya Buding asalnya cadang nak buli bebudak tu dengan berkayuh ke Medan utk bersarapan pagi, tapi hajat tak kesampaian sebab kami memaksa Buding ikut serta... dalam keadaan paksarela, Buding folo...

kami masuk ikut blok 3... seawal kayuhan menyaksikan saya dibayar "cash" gara2 berniat jahat yg amat utk menjatuhkan Tok Ngulu waktu climb yg akhirnya saya yg jatuh berguling2... jadi bahan gelak jap pagi tu...cissss.... selepas insiden tersebut, saya kayuh dibelakang sekali, mendiamkan diri buat seketika utk bermuhasabah seorang diri...

kendian, beskal Nexus Zazhar pula mengalami masalah... dilihat shock Kind Zazhar semacam dah takde angin dah, sebab bar linkagenya dah mengenai gusset seat post dah.. kami berhenti lagi, cuba membantu Zazhar utk pump shock tu guna pump tayar biasa je... mananya boleh yeeeoopppp... tapi kami cuba juga.. dapatla sikit angin masuk dalam shock tu... "cun, boleh la ride tu, tapi bagi lock je shock tu dah.." jerit saya.... dalam masa yg sama Man75 sedari tadi melaungkan "non stop, non stop" utk memberitahu kami utk terus berkayuh tanpa henti... fuuhhhhh... tak sampai 1 km, kami stop lagi, sebab rupa-rupanya, shock Zazhar tu mengalami masalah air seal bocor rupanya.. pump angin, tros je angin bolos... saya cuba mengurangkan tekanan pada gusset seat post Nexus tu dengan membalut bar linkage tu dengan chainstay protector kulit cicak saya dgn harapan takde apa2 akan terjadi (kot patah ke, isk, ngeri).......

sesampai di kawasan "check" hash lepas, waktu menyeberang sungai, kedebusss... "hah, sapa pula yg jatuh tu..." jerit saya.. rupanya Aboi dah terduduk dalam semak ditebing sungai, dengan Buding dan Man75 dalam air... "haaa, tu la nkorang, pi folo rapat2 sapa suruh.." jerit Lish, sambil kami tergelak2...

perjalanan diteruskan melalui kebun Chiku...... masih tergelak2 dengan telatah Buding yg tak habis2 menceritakan ntah apa2 tajuk ntah... layannnnnn.... dilihat Aboi dan Man75 berlumba2 climb... dasat2... bila downhill lak, Aboi, Man75 dan Buding, confirm lupa diri... dan di satu simpang Lish menjerit2 utk mereka stop, tapi tak diendahalamsekitarkan... "takpe la, kita terus je laa.. patutnya masuk simpang nie..." jerit Lish... "ok Lish, aku folo simpang tu laa.. nko terus la, nanti kita jumpa kat simpang depan yaa..." balas aku yg dah malas nak climb dah nie.. rupanya Abg Mie, Kepten, Langgark dan Tok Ngulu nak folo saya gak... maka kami pun berpecah laaa.. Lish ke bawah menjejaki Aboi, Buding, Zazhar dan Man75, sementara aku, Langgark, Abg Mie dan Kepten pula berpecah dengan Tok Ngulu di simpang yg sepatutnya tu... kami ikut laluan kebawah, Tok Ngulu ikut laluan ke atas... dalam dok mencari2 jalan ke bawah tu... saya yg dah konfius memberhentikan beskal utk berbincang.. alih2Langgark kedebus... "woohhhhhh, jerit aku... woooohhhh... alamaaakkk.." jerit Langgark... berguling2 Langgark terjatuh ke dalam gaung tepi dan terus berpaut pada pokok2 resam kecil tepi tebing tu... Abg Mie dah berlari dah nak nolong... melihatkan keadaan Langgark, mmg memilukan... bak kata Man75 masa minum2 "dah macam mangsa rogol dalam semak dah..." muahahahahaaa

Langgark yg baru lepas jatuh... sebelum dibantu naik keatas oleh Abg Mie dan saya... Kepten memberikan arahan agar Langgark diam seketika utk memeriksa bahagian badan yg dikenalpasti dalam kejadian... Alhamdulillah takde yg serius...

"keadaan mangsa selepas dijumpai dicelah2 semak" bak kata Man75


Lish pula call bertanyakan lokasi kami, dan bila saya menceritakan kejadian tersebut, memasing tidak percaya apa yg didengar...

kami rejoin balik group Lish dan berehat di tepi sungai... "semua OK ke...?" tanya Lish... "ok ok.." jawab kami semua umpama anak murid menjawab soalan cikgu...

kami teruskan kayuhan melalui celah2 pokok.. memasing dilihat dan mula penat dah.. kepten mmg dah surrender awal2 bila nampak bukit... tapi still OK bila Lish tanyakan keadaan... "kita akan tuju ke bukit botak ni, lepas tu terus ke Batu Arang..." Lish memberikan penerangan perjalanan...

kami teruskan kayuhan... naik dan turun bukit2 kecik... tiba di satu kawasan sebelum sungai dan climb ke Bukit Botak, kawasan berlecak basah, dalam dok memasing membelenkan badan "ohhh, tuuuutttt (terpaksa di cut sebab ni perkataan lazim Buding sebut bila terkejut..)" dan dengan tak semena mena, Abg Mie pula terjatuh dek terkejut dgn teriakan dan perkataan Buding tu... saya yg berada disebelah Abg Mie juga terkejut bila Abg Mie tiba2 melompat dari beskal lalu terjun kesisi sambil berlari... "Abg Mie OK ke.." jerit saya... dan dalam sekelip mata tu jugalah tau tau Abg Mie dah ada atas tebing dah.. "fuhhh, cepat giler recover Abg Mie.." tanya aku... rupa rupanya Abg Mie nak ngelakkan dari kena snap gambar oleh paparazzi tak bertauliah... muahahahahaaaaa... gelak besar kami...

dan sebelum sampai dibukit Botak, Tok Ngulu menyuarakan pendapatnya utk divert laluan terus ke Medan, sebab dah nak tengahari dah, dan Batu Arang still tak sampai2... bila Tok Ngulu tanya sorang2, rupanya semua dah tak larat dan BIG OK utk balik ke Medan... muahahhaaaaa sekali lagi.. rupanya memasing takut dengan Lish nak kata tak OK bila Lish tanya keadaan.... dan kami berterima kasih dgn Tok Ngulu...

kami minum di Restoran apa nama ntah kat Green Valley tu, dan kemudiannya balik ke rumah masing2..

tka habis disitu, Lish, Man75, Buding dan saya membasuh beskal kami menggunakan "air tembak" ikhsan Buding di depan rumah Lish...


dengan keropok dan air sirap sejuk, mmg nyaman, macam tak nak balik rumah je.. Tok G pun join sekali...


tu je laa...

gambar2 dibawah pula diambil dari forum www.bbb.my dari posting Lish


meriah...


Chai kena bayar 'cash'..


sakit perut gelak nengok chai...


sampai ke hiway






ketiga2 tergolek...


Tok ngulu mcm biasa...


Abg Mie..

\
Budin..


beskal zazhar ada problem sikit...


Langgark selepas hampir terbabas ke gaung...


Chai beraksi...