SKBTP Mesyuarat PIBG
Sabtu lepas aku kena paksa oleh wife aku utk menghadiri mesyuarat PIBG Skolah Aisyah (anak aKU), Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Pagi tu pula, ada ride ke Ali Maju Rawang utk menghantar seorang geng BBB, Langgark join berkayuh bersama Tok Abu ke Kuala Kubu Bharu (mode kayuhan, touring)... Dalam aku dok senyum2 mlm tu, rupanya wife aku dha baca dah fikiran aku nak join kayuh tu..
"awak jangan ngada ngada yaa... dah 3 tahun awak tak pergi PIBG tu, nanti apa jadi kat Skolah anak awak pun awak tak tahu..." sambil menjeling tajam
uhhhhh, apa nak buat, aku gagahkan gak ke PIBG tu... tak banyak nak cerita, sebab dah namanya PIBG... duduk dan dengar je laaa
sambil tu sempat gak aku utaraselatankan pendapat atau usul aku berkenaan inspektor lalu lintas pelajar skolah nie...
geng BBB yg hadir di PIBG nie, Lish, Chip, aKU dan Aboi dengan kameranya

huh, sempat lagi ambil gambar si Aboi ni

ramai gak ibubapa yg datang

basiran pelajar2 cemerlang dalam UPSR tahun lepas yg bakal terima hadiah

another cameraman in the making (si Razi anak Aboi)

Chip dah pening, Lish lak senyum je

"eh, nko nampak tak tu Chai...?"

"lariiiii", kelihatan dinosour yg ntah dari mana munculnya...

anak chip dapat hadiah cemerlang UPSR 2009, tahniah Chip

uish, tadi dinosour, ni Optimus Prime lak...

menjelang tengahari dah tinggal sikit dah

"aaaaaaa, tak kena lagi Lish..." cabutan bertuah

hadiah cabutan bertuah ada 60 semuanya, mak bapak yg tinggal adalah dalam 100 orang je... aku dan Lish ada 3 nombor, satu pun tak kena... kesian tul
