Wednesday, June 9, 2010

BBBRides.MenjejakiJimThomsonTrail.3

Weekend lepas aKU ke Cameron Highland utk satu lagi episod kayuhan Menjejaki Jim Thomson Trail siri ke 3 bersama geng BBB

tak byk nak diceritakan selain Puas dan Seronok berkayuh disin.. gambar pun tak byk ambil sebab byk giler kamera2 lain.. fuuuhhh

dipendekkan cerita:

pagi tu sebelum berangkat.. ada byk urusan yg perlu diselesaikan... ambil report kad skolah agama Aisyah, ke rumah ayah aku repair ariel tv dan beli barang2 last utk dibawa ke Cameron. Alhamdulillah sempat sampai di R&R Rawang pada masanya...

seminggu sebelum ni dah pening dah, cammana nak masukkan beskal Scott tu dlm kereta dgn family dan barang2 sekali.. alih2 Abg Jep dgn bermurah hati meminjamkan rack beskal ni.. fuuhh lega giler ya amat. Terima kasih tak terhingga buat Abg Jep utk rack ini.. Jazakallah


si Iman ngan Arep mmg dah tak sabar2 dah. dari mlm tadi asyik cakap "bila kita nak pegi Cameron ni Abah...?" jenuh la aku menjawabnya... alih2 Iman tension je, sebab tempat tido dia dlm keta dah kena letak barang... jadi sempit sket ruangnya..


Aisyah lak, dah siap2 pakai baju sejuk tuuuu... muahahahaaa kelakar la budak2 ni


hanya 5 kereta je yg folo konvoi nie:
Naza Ria - Chip & family
Gen2 - aKU & family
Hyundai Tucson - Abg Jep, Langgark dan EG
Kia Spektra - Lish dan Buding
Naza Citra - Zazhar, Zazman dan family

bertolak seawal jam 11:15pagi, dan tiba di Cameron dlm jam 2 lebih gak (tak ingat exact time)

ntah apa Buding goreng tu.. Lish dah pening2 lalat dah.. Abg Jep dan EG lak dah kekenyangan durian Tapah


zazhar pun dah sampai sama


penumpang + driver = 3 orang, tapi beskal ada 4


apalagi, sessi menggodek beskal la lewat petang tu.. ada yg tukar taya, tukar rantai baru, dan macam2 lagi laa


selesai godek beskal, kita tgk lak beskal..


Lish dan EG (member 'ad)


mlm tu kira aktiviti memasing je, macam aKU, Chip, zazhar dan zazman, kami dgn family je.. yg solo rider dah hilang ntah kemana.. lewat tgh mlm baru sampai rumah dgn cerita "jambu epal", "jagung mutiara"... sebelum tu aku dan Chip sempat pi beli sup ekor, sup daging+perut, sup kambin... power supnya.. terus tertido aKU lepas kena sup kambin Pak Ngah Utara tu..


ni pula gambar pagi tu sebelum bertolak.. tgk seluar langgark tu.. seluar DH beb.. cun weh.. pine dan Abg Jep tgh bersiap.. buding kat tepi gambar..


eg lak dah mula kesejukan.. nasib baik ada baju bbb lama ni.. leh pakai.. otai tu pakai baju bbb lama...


geng Penang... diorang ni park keta kat Habu dan kayuh ke Ringlet dari sana.. kami pun park keta di Habu, tapi kami tak kayuh ke Ringlet.. tau tau dah sampai je.. ahaaaaaaaaaaaa.. sambil diperhatikan Chuku, Aboi dan Nik


"ON ON" jerit Aboi


Tok Ngulu yg dah naik pening dok dengar citer Buding dari tadi.. zazhar dan zazman pun dah ready ni


kami mula dari SHELL Ringlet, tros melalui heway yg dha siap.. nasib baik zazhar ada bawak walkie talkie.. tros bagi sweeper satu.. aKU la tu.. ha ah, kali ni aKU jadi sweeper.. ada sebabnya.. sessi dimulakan dgn bacaan Doa' oleh Pine... Alhamdulillah

start2 kayuh, blom masuk trail pun, taya depan Abg Jep dah pancit.. tukar tiub tepi heway tu la... geng lain dah jauh kedepan dah.. sementara tok ngulu lak dok pening mencari trail entrance.. tak jumpa2.. bila dah jumpa dan regroup balik, kami pun memulakan kayuhan mendaki bukit tarmac tu.. teruk ga aKU kena jerit suruh duduk belakang, sebab ye la, dah sweeper, kenalah duk belakang, tapi aKU lak dok kayuh beesstt je.. hisshh.. alih2 Chip lak jerit, "wooii Chuku, nko temankan Buding nie.. aku dah tak bleh kayuh dha nie.." muahahahhaaaaa... mmg kelakar... rupanya Chip dah pening dah dok dengarkan Buding yg bercakap je dari tadi... muahahahaaa... aku regroup balik dgn Chip, Lish dan Abg Jep utk tugasan sweeper dibelakang..

climb, climb dan terus clim.. jalan tar kat sini dah cantik sket.. sampai2 di puncak, geng depan dah ready nak kayuh dah.. apa punya malang laa.. dah la tgh penat.. tak habis recover lagi dah kena kayuh..

"haaa,lepas ni DH 7 km ya, hati2 jangan sampai jatuh..."
"beringat sket, dulu ada yg jatuh dah.."
"jangan laju sangat"
"jarakkan beskal dgn orang depan"

macam2 lagi la aKU dok dengar kata2 perangsang dan semangat.. "isk, DH ni nak layan ke nak releks je nie..? aku sweeper hari ni.." terdetik dihati aKU.. tapi jeritan "enjoy" "enjoy" tu buatkan aKU nak mencuba kemampuan sebenar beskal aKU tu.. masa ni baru boleh tgk limitnya...

dan zaassss way aKU go.. laluan di atas ni masih sama... tapi elok sampai area lepas tapak tanaman bunga tu, aKU tgk ramai BBBers dok stop di tepi jalan... "aik, apesal diorang stop...?" "ahh, aku teruskan laa..." sekali tgk trail di depan, tuuuuuuu diaaaaaaaaaaaa... rasanya kecerunan bukit ni menurun melebihi 50 darjah.. giler laa.. aKU cuba brek, tapi taya jadi slide ke kiri dan kanan... isk, kalau tak brek, beskal terus melluncur dgn lajunya... curam giler nie... keputusan segera, control brek agar taya tak slide, dan yeessss sampai di corner bawah.. Tok Ngulu dah ada dibawah dah menjerit "woooi, hangit bau brek awak Chai.." mmg hangit.. giler la.. cuak dah aku.. kalau awal2 aku tahu kecuraman bukit tu, confirm aku slow down dari awal... ni tgh laju, nak buat cammana.. dgn berat badan aKU lagi.. isskkk...

selebihnya tak tahu nak cerita apa.. cuma aKU boleh cakap, mmg best giler melayan DH ni dgn beskal aKU.. setup pun blom cun, aKU sesah gak nak tgk limit beskal ni... sesekali kedengar semacam ada rider yg folo, sesekali hilang.. rupanya zazman dgn KHS AM1000nya di belakang belakang aKU.. "wah, ada geng mmg best ni.." bisik aKU.. kami berdua melayan trail2 DH yg dah teruk tu... lubang sana sin, longkang air jgn cerita laa.. beberapa kali gak terpaksa hopping dan lompat... paling best ada 3 set berm yg ntah cammana boleh ada ntah.. bila aKU nampak berm, mmg layan laa.. kali ni aKU layan style rider motocross tu, sesambil sebelah kaki keluar bila grip taya semacam dah loose.. dan beskal ni ngikut je... fuuhhh, cukup puas hati...

di satu bahagian aKU dah kepenatan dah.. pergelangan tangan pun dah mula sengal2 dan sakit dek hentakan trail yg tak smooth tu.. aKU slow down.. dan bila zazman tiba, aKU jerit "man, potong man, aku nak slow down ni.. sakit tgn dah ni..".. dan zazman pun potong dan terus kebawah.. tiba tiba, elok je selepas corner ke kiri didepan, laaaa dah habis dah rupanya.. cukup puas hati... senyum je aKU dgn prestasi beskal aKU ni.. cukup puas hati.. best bessttt..

kat sini sesambil menunggu riders lain sampai, aKU sempat borak2 dgn sekumpulan anak orang asli yg mesra.. ada la sesekali aKU faham apa yg diorang cakapkan, tapi kebanyakannya bahasa diorang.. layan je... lepas tu sorang sorang rider sampai... rupanya Lish mengalami masalah dgn sistem brek beskalnya.. khabarnya Pine tolong Lish mengadjust breknya supaya kurang2 ada sikit cengkaman.. dan CHip, setiap menemankan Lish all the way down.. cayalah.. ikut citer Lish "masa aku tgh problem brek tu, Pine tanya, aku ada allen key kecik tak..? aku cakap ada laa.. lepas tu Pine kata OK, lepas corner depan tu berhenti, nanti aku adjust brek nko... OK OK, jerit aku" citer lish kat aku... masalahnya lepas dah beberapa corner Pine masih takde gak.. dah jauh dah baru nampak Pine kat tepi trail.. "sorry Lis, aku syok lak layan corner2 ni... " muahahhaha tergelak aku dengar cerita Lish nie

kemudiannya kami meneruskan kayuhan ke Kampung Kuala Boh.. perkampungan Orang Asli Islam pertama di Malaysia.. yaa, bermulalah episod climb climb dan climb all the wayyy... aKU, Chip, Lish, EG, Abg Jep, Zazhar dan Langgark gerak paling last... selepas berehat, kami meneruskan kayuhan.. pendakian jalan tar ke Kg Kuala Boh.. tau2 EG dan Langgark dah hilang dah.. Lish pula mula krem... dari rasa2, kepada krem.. terpaksa kami berhenti utk Lish menyembur spray krem pada kakinya..

hanya gambar2 dibawah menceritakan keperitan Lish:






kami kemudiannya tiba di Kg Kuala Boh ngam2 masuknya waktu Sembahyang Fardhu Zohor.. tros kami menunaikan sembahyang Zohor dan Qasar Asar. selepas tu kami berborak2 dengan "Cikgu Zainal".. muahahahahaa.. kat sini la ada cerita "Cikgu Zainal".. biarla Buding yg menceritakannya.. mmg kelakar dgn sifat bersahaja Buding tu...

sebelum bertolak tu Chuku pula meminta tolong setkan RD beskalnya yg tak nak naik ke gear 8 dan 9.. jenuhla aKU dan Pine membantu.. tgkkan kabel shifter Chuku, dgn kabel housingnya, mmg jenis lepas kayuh, basuh dan simpan je Chuku nie.. teruk betul kondisinya.. hisshhh... jenuh Chuku kena marah dgn Pine.... problem solve.. Alhamdulillah.. masa ni group2 depan dan lama meneruskan kayuhan mereka... sekali lagi, Lish, Chip, Chuku, dan aKU dibelakang menemankan Lish dan CHip yg dah mula krem teruk.. kayuh dan tolak menjadi adat kat sini.. trail simen yg dulunya cantik kini dah semak dan teruk dah.. pendakian penuh cabaran.. berhenti jgn ceritalah... kesian pada Lish dan Chip.. aKU pula kena kuatkan semangat... sebenarnya aKU pun dah mula rasa penat, tapi aKU gagahkan supaya Lish dan Chip terus bersemangat..

tiba2 Pine sedang menunggu kami didepan, membantu Lish mengayuh beskal Lish ke air terjun tempat group depan sedang berehat... masa sampai tu, aKU sempat meneguk 2 botol 500ml air sungai yg fresh dan seedap tu sepuas puasnya.. mmg fresh air tu.. terima kasih Aboi dan Nik sebab tolong ambilkan air tu... tak terhingga... kat sini Buding sempat masakkan Lish Meggie dan menjamu seketika. masa kami sedang makan ni, beberapa rider lain dah mulakan kayuhan ke water station di ladang boh didepan...

kali ni hanya Lish, Chip, Along, Chuku dan aKU je dibelakang mengayuh bersama.. still mendaki dan mendaki.. Along dan Chuku jgn ceritala.. ada sahaja spot cantik utk bergambar, akan diorang berhenti utk mengambil gambar.. bak kata Lish diakhir kayuhan "kalau aku tahu, dari awal tadi aku bagi Along pegang camera aku.. confirm gambar cantik2.. gambar aku pun ada.." muahahahhhahahahhaaaaa

kami berhenti rehat kembali di pondok di laluan masuk ke Ladang BOH.. dah sampai sini, lega betul rasanya.. Along lak dgn gaya DHnya sempat merakamkan gambar dicelah2 pokok Teh.. cayalah... komunikasi dengan zazhar yg tadinya putus2 dan mula OK.. mungkin kawasan dah kurang pokok besar kot.. group depan dah sampai di Water Station.. dengarkan berita tu, kami bersemangat utk ke Water Station di Ladang Boh tu... kami regroup balik dengan group depan di Water Station Ladang Boh ni.. F&N Anggur jadi pilihan aKU.. sedap betul... rehat kejap, diorang nak kayuh dah.. kesian Lish yg dha kepenatan kena sambung.. tapi semangat yg ditunjukkan mmg kental... Lish gagahkan jugak utk join sama berkayuh...

langgark dan Abg Jep mulakan kayuhan.. macam tadi2 gak geng depan dah jauh dah, tinggal hanya beberapa orang dibelakang.. aKU masih lagi menjalankan tugas sweeper... ada yg ikut short cut, ada yg gelak2, ada yg menikmati pemandangan yg sememangnya cantik...

kami sampai di Kilang BOH dlm jam 7:05 mlm.. Alhamdulillah.. Lega, Gembira, Suka, dan macam2 lagi perasaan ada... hari dah makin gelap.. Lish tumpang kereta Pine sebab brek dah tak makan utk melayan DH Tarmac 7 km... aKU, macam biasa last sekali folo je group depan.. seronok tak terkira bila fikirkan dah habis nie...

sampai di kawasan parking kereta tepat jam 7:45mlm... BEST tu je yg aKU mampu katakan...

Tahniah utk semua rider2 tegar BBB di Cameron Highland