Tuesday, June 1, 2010

myRoadie.tukar.owner

Jumaat lepas, sempena Cuti Wesak, aku ambil kesempatan ke Ipoh.. untuk berjumpa dan menyerahkan Road Bike Proton T-Sprint aku ke owner baru, En Iazhar dari Penang.

Rentetannya, hari Isnin, 24 May, 2010 aku iklankan Road Bike aku tu dalam BBS untuk dijual. Alhamdulillah tak sampai sejam lepas iklan, sorang buyer dari Puchong call, tapi harga yg diletak amat tidak aku setuju, atau kata lain, memang merugikan aku yg mmg dah rugi banyak ni..

kemudian seorang lagi buyer dari Kajang call, pun sama...

kemudian En Iahar ni sms, bertanyakan tentang beskal ni, dan tak sampai sejam, kami deal dgn harga yg aku kehendaki, walaupun mmg dah rugi banyak.. nak buat macammana, nak jual beskal 2nd hand, mmg kena tanggung kerugian la.. tak nak rugi, baik meniaga kedai beskal.. confirm ada untung walaupun seringgit..

elok lepas aku dah deal dgn En Iazhar ni, sorang lagi buyer dari PJ call dan tak tanya apa apa, tros offer harga yg sama dgn harga Iazhar.. "sorry bro, beskal sold to a guy from Penang for the same price"... buyer ni cuba UP harga, tapi deal is a deal... mmg dah rezeki En Iazhar ni laa...

eh, kenapa nak jual Road Bike nie...?

jawapan aku "tak jumpa feel laa.." ha ah, lepas beberapa sessi kayuhan road dgn T-Sprint ni, aku semakin boring lak kayuh Road.. takde "feel".. bg aku MTB lagi best.. bila kayuh Road ni, flaaatt je, entah laaa.. minta maaf buat semua Roadie diluar sana... mungkin blom masanya utk aku layan RoadBike lagi...

mmm, sepanjang aku own Road Bike ni, mmg macam2 kerenah orang aku jumpa... especially dikalangan rakan2 laaa.. ada yg bagi komen memberangsangkan, ada juga kutukan.. biasala tu...

"nko tu gemuk Chai, mana sesuai naik Road Bike.."
"aku tengok nko bawak Road Bike dah macam beruang sarkis dah.."
"nko boleh ke naik Road Bike ni.. toksah laaa.."
"buruk la nko naik Road Bike.."

yg paling sedih masa aku upgrade groupset beskal Road tu.. aku upgrade dari groupset Sora/Tektro yg berat giler ke Groupset 105.. alaa, ni kira macam aku beli MTB dgn 7 speed, dan diupgrade groupsetnya ke Deore 9 speed.. takde la hebat mana pun.. lainla aku beli groupset DuraAce ke, haa, mmg patut kena kutuk laa...

apepun, aku terima segala kutukan dan teguran tu dgn hati yg terbuka...

nanti laaa, satu hari nanti, kok terbuka pintu hati dan dah dapat "feel" kayuh Road Bike ni, aku cari beskal yg murah2 je dah...

pendekkan cerita, ni la En Iazhar tu.. peramah giler.. tergelak je manjang... mmg best dan tak rugi rasanya aku jual beskal tu kat dia nie...



hah, Abg Jep bila dah jumpa sama geng Roadie, mmg best la dia.. gelak besar je.. Abg Jep la yg temankan aku pagi tu ke Ipoh.. Terima Kasih banyak2 Abg Jep


saat saat akhir melihat Proton T-Sprint sebelum owner baru bawak balik Penang


petang tu aku dapat sms dari iazhar yg mengatakan dia amat2 berpuas hati dgn condition beskal, malah kayuhan dia petnag tu pun dah improve speed. biasa dia kayuh dlm 28km/j je, dgn T-Sprint ni dah boleh menten 34km/j.. satu peningkatan

Alhamdulillah