hari tu aku berkesempatan join MD Dinner dgn syarikat dari Korea di Hotel Nikko, KL. Set makanan Jepun beb.. memang aku tak lepaskan la peluang tu.. lagipun dah lama tak makan makanan Jepun sejak sebulan lepas... he he he
kebetulan mlm tu gak, ada game World Cup Argentina lawan Korea... makanya jenuh gak la orang Korea ni minta tangguhkan Dinner tu, sebab nak tgk game negara diorang lawan Argentina tu... tapi gagal
makanya lepas habis kerja hari tu, ke Hotel Nikko la aku... sampai2 duduk dlm bilik khas...
diorang ni dtg Opis aku dan setup satu sistem baru utk library...
tengok je la si Ghafur tu.. dah tak sabar2 dah nak belasah sushi... si Noran lak semacam tak lalu je nak telan sushi tu
hidangannya cara hidang ikut course.. bukan buffet.. kalau buffet, confirm ku kenyang giler mlm tu
ni yg pertama sampai.. aku mmg tak reti namanya, aku belasah je la, janji sedap
lepas tu sushimi lak.. fav ni fav
hah, ni pula semacam ais krim bentuknya, cover dgn seaweeds..
Main Course aku, aku order Tempura laaaa.. sedap weh.. sedaaappp
Noran lak, tak tahu nak order apa, sekali yg datang cam nie.. tros tak berapa lalu dia makan.. kesian
habis belasah tempura, tempura udang ni lak datang.. isi udang tu dgn suku masak, gaul dgn susu dan cheese, maak ai, punyala sedap
tu dia
geng Korea makan Udong Mee Tempura je
dan last sekali, biasala, ais krim tea hijau.. pahit2 manis
balik tu aku dah kekenyangan giler... naik moto pun rasa berat je moto aku nak pergi.. on the way balik tu, sampai 5 kali aku stop tepi heway hilangkan mengah dan kenyang tu... satu perjalanan balik rumah paling jauh yg aku "rasa".. fuuhhhh