Monday, July 26, 2010

BBBRides.FRIM.24072010

Sabtu pagi lepas, aku ngan Zazhar ambil keputusan utk layan Trail Pacat, FRIM. "Hah, Trail Pacat..?".. "Ha ah, Tok Abu yg cerita kat aku Jumaat lepas masa minum2 kat Hameed Corner.." balas aku...

Tok Abu: "Dia punya climbing ke Tangki Air nallaaa... lepas tu flat sket menyusuri laluan paip air 3/4 dlm tanah.. kat sini hang baik2 sket, licin... lepas tu climb sket je, tapi steep betul... sampai atas ni, ke kiri start Trail Pacat nie... layan jeee... mmg best.."

kata2 Tok Abu ni buat aku teruja nak mencuba Trail Pacat nie... kalau Zazhar tak kayuh pun, mmg aku cadang nak kesini mencuba.. tapi bila ada geng tu lagi la best...

makanya lepas minum2 Jumaat tu, aku set dgn Zazhar utk ke FRIM esoknya...

pagi Sabtu tu awal aku dah bangun.. siapkan beskal masuk dlm keta


lepas tu SMS Zazhar kata terus tunggu tempat biasa kat Spital Sg Buloh tu... On the way tu Zazhar call mengconfirm kehadiran.. best best...

Sampai2 Pusat Kawalan dan Rawatan Kusta Sg Buloh (berhadapan Hospital Sg Buloh), dah ada beberapa kereta dgn beberapa MTBers sedang menyiapkan beskal masing2... sebelah keta aku kelihatan ada couple yg juga MTBers mungkin sedang tunggu rakan lagaknya... nak tegur serba salah, sebab yg lelakinya pandang aku semacam je.. yg perempuannya tersenyum2 kat aku, tapi aku tak balas dek cuak tgk renungan yg si lelaki.. buatnya aku balas senyum yg perempuannya, mahunya kena terkam dek yg lelakinya nanti.. lepas bersiap, aku kayuh2 manja sekitar kawasan tu sambil tunggu Zazhar sampai.. sambil2 tu aku berborak2 dengan rider2 lain yg juga dah siap...

seketika Zazhar sampai, dan terus bersiap.. kami mulakan kayuhan pagi tu dengan releks2 je, sebab takde apa nak kejar... misi pagi tu, nak cuba trail Pacat, FRIM...

punyala terkejut aku, sebab jalan masuk dari pintu belakang FRIM tu dah lain benor.. nak kata dah lama tak ke FRIM, rasanya baru sebulan lepas aku ke FRIM, tapi mmg dah lain.. sampai aku lost kejap.. hah, cuba tengok ni


kami meneruskan pendakian...

"kat bukit ni Zazhar kalau nko nak tahu, aku tak penah lepas dgn beskal2 aku, baik LeRun, TBolt, KHS mahupun Scott"

hari tu.. dan pagi tu dgn metivasi yg Zazhar bg, AKHIRNYA, aku berjaya climb bukit tu dgn jayanya dan penatnya dan mengahnya dan siksanya sampai ke pagar tiang tu sebelum Bukit Steroid... fuuhhhh, menjerit aku kesukaan....

"mmg ada caranya kalau nak attack bukit ni Chai.." kata Zazhar memberikan dorongan pada aku...

Bukit Steroid pun aku dah lepas dgn T-Bolt dan KHS tapi not bukit ni.. Terima Kasih tak terhingga pada Zazhar... utk geng BBB lain, diorang mmg selamba je lepas, tapi utk aku, ni la first time aku lepas bukit nie... korang nak gelak korang gelak laaa.. muahahahahahhahaaaa

sampai di kaki Bukit Steroid, aku bg green light pada zazhar utk mendaki Bukit Steroid, tapi Zazhar tak nak...

"nak save tenaga ke trail baru.. kot teruk ke nanti.." balas Zazhar..

maka kami pun terus ke menyusuri laluan utk ke Camp Site di kaki Bukit Rover tu... kelihatan tak ramai rider MTB hari nie.. beberapa Mat Salleh (bukan Mat Salleh Radio Sinar) melintasi kami...

sampai di Camp Site kaki Bukit Rover tu kami berehat sebentar.. kemudiannya kami mula mendari jln tar di hujung Bukit Rover yg kebiasannya menjadi laluan DH tarmac utk kami utk ke simpang di atas pada permulaan jln tarmac tu.. ada signboard, Tangki Air di situ rupanya... ke kiri... dan kami mulakan pendakian tarmac... mmg steep betul... sampai terangkat2 beskal aku, tapi aku menten kayuh ikut pace aku asalkan tidak berhenti.. Zazhar dah maki jauh kedepan.. jalannya muat2 sebuah kereta je dan berbelok2...

pada satu stretch, kelihatan kanak2 sekolah Cina beserta Cikgunya sedang berjalan menuruni laluan tarmac tersebut... dari jauh aku dah dengar dah

"come on Uncle, come on uncle..."
"cepat Uncle cepat Uncle"...

cisss, adaka Uncle.. punyala hensem ni dipanggil Uncle..

takpe laa.. dan aku pun seperti biasa menyahut cabaran diorang sambil mengnunjuk hala ke tangki air tu sambil menjerit "help help... banyak penat banyak penattt...." tau2 beberapa anak cina tu menolak aku dari belakang sambil jerit "we help u uncle, we help you... pedal uncle pedal uncleee.." jadi ringan je kayuhan aku..

tergelak2 cikgu dia tgk kami... tak la jauh diorang tolak, adala dlm 30 meter, tapi cukup utk buat pagi tu happy...
"thank you, thank you, byeeee.... muaahhhh.." aku bg flying kiss pada bebudak Cina tu..

diorang pun melambai aku..

"eh, cepat cepat kayuh, sana atas ada durian.. cepat.." cikgu dia pula memberikan dorongan pada aku.. muahahahaaa.. macam2...

selepas satu korner tu kelihatan Zazhar dah tunggu aku dah...

"Fuuhhh, dasat gak bukit ni..." balas zazhar

kemudiannya kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan offroad beralaskan batu2 besar utk perlu berhati2 sedikit sambil cross paip air yg 3/4 tertanam dlm tanah.. sesekali mmg licin rasanya, dan bila tiba di satu bukit tu, tu diaaaaaaaaaaa... punyalaaaa steep... mmg tak terkayuh.. kalau ada yg boleh kayuh kat sini, aku respect 30 hari... menolak pun penat giler rasanya kat sini... tak la jauh, tapi steep betul

pandangan dari atas


boleh panjat dgn beskal tanpa turun beskal berkayuh, aku respect 30 hari


dari bawah sebelum sampai atas, fuuhhhh.. dah nampak dah Zazhar kat atas, tapi tolak sket berhenti kepenatan.. tahap handlebar atas kepala beb...



kat atas ni ada sign board "Mountain Bike Trail" dgn arah ke kiri..



dan kirinya ada entrance Trail Pacat


wah, macam entrance Teres 2(b) kita laa.. curam gak nie...


nampak macam baring atas jln je, hakikatnya aku semacam berdiri 45 degree ni


kelihatannya Dawg dan Gergasi dah kepenatan, terkulai layu


lepak2 jap, borak2 dgn dua rider yg juga first time sampai situ... dan walla, off we go... single trail, dgn byk kawasan yg perlu perhatian lebih sebab taya depan senang2 slide ke kiri.. lubang, batu, akar kayuh, celah2 tiang pokok, lengkap... kalau hujan, confirm licin trail nie... sesekali memasuki area hutan dan semak sebelum masuk balik ke single trail ni.. mgg layan dan best.. aku rate lagi best dari dream trail... dream trail Wak Labeb je yg boleh complete tanpa turun beskal... tapi trail ni, layan betul... terjerit2 aku... sampai2 kat hujung trail aku menunggu Zazhar dan 2 rider tadi... "Cayalah Zazhar, memeang best laaa..." jerit aku...

"kita nak ke kanan ke kiri nie...?" tanya aku, sebab kat situ ada dua laluan jln 2 lane FRIM tu utk ke kanan atau kiri yg kedua2nya menghala ke kaki Bukit Steroid... kami ambil keputusan ke kiri je utk terus turun... dlm stretch lebih kurang 500m tu pun layan gak..

sampai ke kaki bukit steroid, terus ke Sg Buloh... singgah minum air asam boi ais dan makan cekodok besar, kat satu gerai depan dewan kat area kedai2 bunga tu baru jam 10:40 pagi..... kemudian back ke kereta dan tros balik rumah.. sampai BTP baru jam 11:50am..

Family.Birthday.Arif.dan.Iman

Ahad semalam, wife aku buat makan2 sket sempena menyambut Hari Kelahiran utk dua anak bujang aku:

Arif Iskandar ke 4 tahun


dan Amirul Iman ke 2 tahun...


takde la besar besaran pun, sekadar panggil nama nama yang keluar dari mulut Arep je...

"Arep nak Abah dan Mama panggil siapa ni utk datang makan makan..."

antara yg keluar dari mulut Arep sendiri adalah:

Uncle Lish
Uncle Jep Muda
Uncle Chip
Shadiq
Abang Belakang
Mak Ngah
Boboi
Nenda
Tetuk
Uncle Danz
Aish

makanya sejak Sabtu lagi persiapan dah dibuat dek Aisyah utk mencantikkan rumah.. siap ajak rakannya Fatin datang menolong sekali.... muahahhaaaaa macam2 la budak2 ni

aktiviti memasukkan coklat dlm bekas


yg ni biasala, satu coklat kek masuk bekas, satu dlm mulut dia


si Iman jangan cerita laaa... tau2 muntah je dek makan banyak sangat biskut tu


antara Cup Cake yg Wife aku buat utk majlis nie






hah, kalau nak order, bg tau je...

selesai masukkan coklat, biskut, kek dlm bekas, makan kejap le bebudak nie


sesambil lawan main Chess dgn Abah, kalah dua kali diorang ni.. huh, kacang je Abah kalahkan diorang ni.. usaha lagi yaa

Arep pun layan gak makan Mr Potato ni, "sedap betullaaa.."


"Man pun nak gaaakk..." jerit Iman, meminta dari Abangnya bila dia punya dah habis awal2 lagi


lepas tu diorang berempat ni pasang belon lak.. tgk je la hasilkerja diorang nie... leh tahan la kreatifnya


ni apa maksudnya aku pun tak tahu laa... bila aku tanya diorang, diorang gelak je...


dlm dok gelak2 tu, tau2 senyap je, rupanya si Iman dan Arep dah tertidur
depan TV dah dek penat tolong kakaknya la tu





sementara Aisyah tolong Maknya kat dapur potong sayur lak


lepas tu buat Tart Telur lak, rajin tul si Aisyah nie


esoknya, awal2 lagi diorang dua orang ni dah bersiap.. muka pun dah penuh dgn bedak macam tepung gomak dah... siap tak bagi aku berkayuh beskal pagi nie.. "ye la ye laaaa.."


adik dah siap, kakaknya blom lagi.. maklumla masih tolong mama kat dapur lagi


Kek Arep, SpiderMan tuuuuu


Kek Iman.. salah tahun tu. patutnya 2 tahun


Iman dah tak sabar2 nak tiup lilin dah, sabar sabarr


acara dimulakan dengan kenduri doa selamat sket dan bacaan doa oleh Uncle Danznya... lepas tu tiup lilin laaa...

Selamat Hari Lahir yg ke 4 tahun utk anak Abah, Arif Iskandar dan ke 2 tahun utk anak Abah Amirul Iman, semoga kalian menjadi anak2 yg Soleh, Riang, Cergas, Sihat tubuh badan, dan Bijak, Insya-Allah

Arif Iskandar


Amirul Iman (perhatikan Kek tu dah betul dah 2 tahun)


Kakanya si Aisyah tetap menten cam tu.. cayalah Aisyah

Tuesday, July 20, 2010

The.Curse.of.VUVUZELA

lawak giler beb
mmg lawak

BBBride.WhoLetTheDawgOut

"Who let the Dawg Out.." who who who....

tu la nama kayuhan BBB Sabetu lepas, bg merasmikan new Dawg the d house... 2010 Kona Dawg Deluxe beb... Scandium frame tu.. fuuhhhhh... Aboi ownernya...

Ride bermula seawal jam 8:20am dari Saleem Maju, Medan GVP.. Lokasi, teres ARB laaaa... mmg best teres2 diorang build nie... yg join kayuh pagi tu:

Aboi
Razi (anak Aboi)
Chuku
belacan
Langgark
Zazhar
Abg Mie T-Bolt
Kepten
Shuq
Lish dan family (memeriahkan suasana)

hah, tgk tu, Dawg Scandium beb... tapi ni bukan owner sebenarnya.. he he he.. tengok tu, bukan frame je Scandium, sampai bar linkage tu pun Scandium.. ringan beb.. terasa... fuuhhh nangis nangis...


Langgark kata beskal je baru, tapi fork seken hen... apesal... tgk la forknya.. Rockshox Recon je... "beli kat kedai potong ke" kata Langgark... "kalau beskal aku takpe laa. sebab beskal aku mmg seken hen pun.." balas aku.. muahahhaaa


pagi yg nyaman tu kami mulakan dgn climb sket utk ke teres 1... sampai2 di trailhead teres 1, aku sempat buat kelas utk set Rebound fork dan shock.. basic kelas cammana nak setup je... kesian aku tengok.. beli fork mahal2, terus je pasang tanpa setup ikut memasing.. aku siap bawak shock/fork pump lagi utk tujuan menyetting fork dan shock sahabat BBB utk kelas nie.. Alhamdulillah ramai yg bg feedback memberangsangkan... aku pun bukanla terrer sgt, tapi sekadar nak berkongsi ilmu saje...

antara komen2:
"laaa, kalau aku tahu boleh set macam ni, lama dah aku buat.."
"wah, baru la sedap nie.. kalau tak melantun lantun"
"hooooo, smooth sket dah..."
"eh, dah takde rasa semacam fork tak nak naik dah..."

yg kelakar zazhar laaa... dia bawak NRS dia... rupanya selama ni, NRS dia punya shock salah set.. ada sagging.. shock NRS mmg tak bleh set dgn sagging.. kena set nam2 takde sag, supaya bila kayuh tu feel semacam HardTail dan bila jumpa rough road, baru shock tu fungsi utk absorb bump atau batu.. NRS, Non Resonance System.. aku belajar setting shock Giant NRS ni masa setup beskal NRS Lish dulu.. kebetulan masa Lish beli frame tu, dapat sekali VCD cammana nak setup shock NRS nie.. tros tambah ilmu.. cayalah

selesi, kami terus layan teres 1... senyum je memasing sebab mungkin dah rasa kelainannya dah.. Aboi dgn Dawg baru jgn citer laa... dgn Kikapu pun berdesup, dgn Dawg lagi laa...

"wuuh, rasa semacam je bila turun teres.. mungkin pasal fork panjang kot" komen Aboi.. muahahaaa.. wellcome to 140mm travel Aboi... dah terlampau biasa dgn 100mm punya travel...

kendian kami ke teres 2 pula... Chuku cam biasa mencanak je climb bukit ni, sebab dia sorang je bawak HardTail.. melayan teres2 yg lazat hinga penghujungnya... Aboi cuba melompat pada satu boulder buatan.. "best best" kata Aboi

Kepten terjatuh kat sini.. kesian kepten.. hari ni dia bawak beskal wife dia, makanya setup segala lin dari beskal dia laa... akibatnya, Kepten kayuh serba tak kena...

ke teres 3 kemudiannya, cam biasa singgah kejap tgk tapak projek...


"bila nak siap projek kita nie..?"
"hang la, hang tak approve loan aku apasal.."
"bukan aku tak nak approve, loan yg sebelum ni pun hang sangkut 3 bulan tak bayaq, cammana aku nak approve.."
"hisshh, hang senyap2 la tang tu, nanti depa yg lain dengaq..."


tapak proek yg dimaksudkan


tersenyum puas.. best besstt


OK, ke teres 3 lak kita.. jom jom....
nkrang tengok je la satu satunya wakil Hard Tail tu haa... kesian


sesampai di teres 3, aku turun dulu utk mengalih pelepah kelapa sawit yg menghalang jalan.. cam seperti biasa, dek terlampau melayan, sampai tersilap jalan aku...

kemudiannya kami melalui Bukit Senyap, terus ke Menara sebelum melalui route "jangan kayuh, jangan kayuh"... tapi sikit je.. kami masuk pula melalui single trail yg best sebelum keluar balik di Blok 26...

macam biasa, minum2 kejap di Saleem Maju... Kepten yg pawa.. dah 60 tahun, still releks je kayuh beskal dgn kami.. climb pun dasat.. fuuhhh


nasib baik ride ni cuma 11km je...


kalu tak, lagi teruk jadinya si Chuku nie


cayalah

Friday, July 16, 2010

SuperMoto

wahlaweeiiiiii



tgk cammana diorang ni punya tahap confident drifting dgn SuperMOTO

Tuesday, July 13, 2010

OpisTPM.aKU

haaaa, ni aKU

bila tgk gambar ni, aku aku perasan yg muka aku mmg sebiji macam muka anak aku, si Iman.. patutla orang selalu cakap "laaa, sebiji muka bapaknya..." biasala, like father like son... hensom bebeh


ini pula Ghafur.. aku panggil dia A-bu-du-ru... sebenarnya Abdul, tapi cara nyebutnya oleh orang Jepun... khabarnya dia ni HITACHI... muahahhaaaa, apa tu HITACHI...? nko tanya la si Ghafur nie..


Ghafur ni la satu2 programmer aku.. in the making bebeh.. sabar2.. satu hari nanti, aku yakin Ghafur akan bersinar sinar macam planet Superman tu..


BIla dah mula buat kerja, konsentrate je dia nie.. tapi senyum tak habis2... awek dia nun jauh kat Jepun.. Uchida.. khabarnya Ghafur kena ke Kumagaya lagi.. mmg suka la dia, sebab rindu bebnor dah dia ngan si Uchidak tu haaa


Problem Ghafur ni satu je.. jgn ada Pizza kat sekitar dia... mmg dia jadi tak tentu arah...


nko cakap je la apa pun kat dia time dia belasah pizza ni, mmg dia buat tak tahu je...


haaaa, ni lak Mai.. aku panggil dia "makcik".. apesal ntah, tapi aku suka tul panggil dia Makcik.. dan dia nyahut je tiap kali aku panggil dia Makcik... mmmmm mungkin sebab bila dia cakap Jepun


senyum sokmo Mokcik


hah, ini pula ialah newest member yg baru join kami.. Liza Shafinaz.. aku panggil Shafinaz je... fav dia ni gelak gelak dan gelak.. mmg kalau gelak tu, confirm satu opis tau dah sapa yg gelak... fav dia ni crita Korea... sampai hp dia pun bunyi lagi citer Korea tu... tapi kerja mmg rajin... tak dinafikan...


tgk je la meja Shafinaz nie.. confirm2 orang akan cakap dia ni sibuk... perghhhhh.. ngalahkan meja Engineer nko


hah, kalau jumpa dgn mokcik, lagi laaaa.. nak nak kalau kena assignment luar.. mmg lama la diorang dua orang ni hilang..


hari tu si Shafinaz ni pergi tanggalkan tgn patung kat booth Haji kitaorang.. jeles katanya, sebab tgn patung ni lagi licin dari tangan tembam dia tu (belah kiri)... adaka patut...


minggu lepas, kami mmg sibuk giler.. maklumlah, Menteri Sains nak dtg ke opis kami.. maka byk persiapan awal dilakukan... mmg sibuk laaa... sampaikan Ghafur sendiri dah pening nak susun kotak2 brochure nie


Mokcik dgn Noran lak dah duduk atas lantai je dah.. memotong kerta2 phamplet


dan seperti biasa, Mokcik mmg vogue


hh tgk tu si Shafinaz... hisshh.. bersama Kak Zalina dari Opis KL


Ida Semurni.. secantik namanya, mmg rajin giler kerja.. Giler pun tak serajin Ida ni kerja.. fuuhh.. Master Mind utk acara kami nie.. takde Ida ni, melingkup la acara nie


memasing baru lepas di brief apa nak buat.. cari mana si Shafinaz tu


perghhhhh, masa rehearsal, Mokcik Mai kena jadi Menter, Ghafur kena jadi Chairman MIGHT... power laaa


Diana, MC tetap dari MIGHT, dijemput utk acara kami ni


haaaaaaaaaaaaa, acara pakaian beragam... sapa yg paling cantik nie


aKU lak, sebagai all rounder dah mengantuk2 dah tgk ragam diorang nie


ini pula sebahagian dari student UKM yg buat praktikal kat opis aku nie


Men In Black bebeh


ceria selalu.. masih boleh tersenyum walau acara dah habis