Monday, July 26, 2010

BBBRides.FRIM.24072010

Sabtu pagi lepas, aku ngan Zazhar ambil keputusan utk layan Trail Pacat, FRIM. "Hah, Trail Pacat..?".. "Ha ah, Tok Abu yg cerita kat aku Jumaat lepas masa minum2 kat Hameed Corner.." balas aku...

Tok Abu: "Dia punya climbing ke Tangki Air nallaaa... lepas tu flat sket menyusuri laluan paip air 3/4 dlm tanah.. kat sini hang baik2 sket, licin... lepas tu climb sket je, tapi steep betul... sampai atas ni, ke kiri start Trail Pacat nie... layan jeee... mmg best.."

kata2 Tok Abu ni buat aku teruja nak mencuba Trail Pacat nie... kalau Zazhar tak kayuh pun, mmg aku cadang nak kesini mencuba.. tapi bila ada geng tu lagi la best...

makanya lepas minum2 Jumaat tu, aku set dgn Zazhar utk ke FRIM esoknya...

pagi Sabtu tu awal aku dah bangun.. siapkan beskal masuk dlm keta


lepas tu SMS Zazhar kata terus tunggu tempat biasa kat Spital Sg Buloh tu... On the way tu Zazhar call mengconfirm kehadiran.. best best...

Sampai2 Pusat Kawalan dan Rawatan Kusta Sg Buloh (berhadapan Hospital Sg Buloh), dah ada beberapa kereta dgn beberapa MTBers sedang menyiapkan beskal masing2... sebelah keta aku kelihatan ada couple yg juga MTBers mungkin sedang tunggu rakan lagaknya... nak tegur serba salah, sebab yg lelakinya pandang aku semacam je.. yg perempuannya tersenyum2 kat aku, tapi aku tak balas dek cuak tgk renungan yg si lelaki.. buatnya aku balas senyum yg perempuannya, mahunya kena terkam dek yg lelakinya nanti.. lepas bersiap, aku kayuh2 manja sekitar kawasan tu sambil tunggu Zazhar sampai.. sambil2 tu aku berborak2 dengan rider2 lain yg juga dah siap...

seketika Zazhar sampai, dan terus bersiap.. kami mulakan kayuhan pagi tu dengan releks2 je, sebab takde apa nak kejar... misi pagi tu, nak cuba trail Pacat, FRIM...

punyala terkejut aku, sebab jalan masuk dari pintu belakang FRIM tu dah lain benor.. nak kata dah lama tak ke FRIM, rasanya baru sebulan lepas aku ke FRIM, tapi mmg dah lain.. sampai aku lost kejap.. hah, cuba tengok ni


kami meneruskan pendakian...

"kat bukit ni Zazhar kalau nko nak tahu, aku tak penah lepas dgn beskal2 aku, baik LeRun, TBolt, KHS mahupun Scott"

hari tu.. dan pagi tu dgn metivasi yg Zazhar bg, AKHIRNYA, aku berjaya climb bukit tu dgn jayanya dan penatnya dan mengahnya dan siksanya sampai ke pagar tiang tu sebelum Bukit Steroid... fuuhhhh, menjerit aku kesukaan....

"mmg ada caranya kalau nak attack bukit ni Chai.." kata Zazhar memberikan dorongan pada aku...

Bukit Steroid pun aku dah lepas dgn T-Bolt dan KHS tapi not bukit ni.. Terima Kasih tak terhingga pada Zazhar... utk geng BBB lain, diorang mmg selamba je lepas, tapi utk aku, ni la first time aku lepas bukit nie... korang nak gelak korang gelak laaa.. muahahahahahhahaaaa

sampai di kaki Bukit Steroid, aku bg green light pada zazhar utk mendaki Bukit Steroid, tapi Zazhar tak nak...

"nak save tenaga ke trail baru.. kot teruk ke nanti.." balas Zazhar..

maka kami pun terus ke menyusuri laluan utk ke Camp Site di kaki Bukit Rover tu... kelihatan tak ramai rider MTB hari nie.. beberapa Mat Salleh (bukan Mat Salleh Radio Sinar) melintasi kami...

sampai di Camp Site kaki Bukit Rover tu kami berehat sebentar.. kemudiannya kami mula mendari jln tar di hujung Bukit Rover yg kebiasannya menjadi laluan DH tarmac utk kami utk ke simpang di atas pada permulaan jln tarmac tu.. ada signboard, Tangki Air di situ rupanya... ke kiri... dan kami mulakan pendakian tarmac... mmg steep betul... sampai terangkat2 beskal aku, tapi aku menten kayuh ikut pace aku asalkan tidak berhenti.. Zazhar dah maki jauh kedepan.. jalannya muat2 sebuah kereta je dan berbelok2...

pada satu stretch, kelihatan kanak2 sekolah Cina beserta Cikgunya sedang berjalan menuruni laluan tarmac tersebut... dari jauh aku dah dengar dah

"come on Uncle, come on uncle..."
"cepat Uncle cepat Uncle"...

cisss, adaka Uncle.. punyala hensem ni dipanggil Uncle..

takpe laa.. dan aku pun seperti biasa menyahut cabaran diorang sambil mengnunjuk hala ke tangki air tu sambil menjerit "help help... banyak penat banyak penattt...." tau2 beberapa anak cina tu menolak aku dari belakang sambil jerit "we help u uncle, we help you... pedal uncle pedal uncleee.." jadi ringan je kayuhan aku..

tergelak2 cikgu dia tgk kami... tak la jauh diorang tolak, adala dlm 30 meter, tapi cukup utk buat pagi tu happy...
"thank you, thank you, byeeee.... muaahhhh.." aku bg flying kiss pada bebudak Cina tu..

diorang pun melambai aku..

"eh, cepat cepat kayuh, sana atas ada durian.. cepat.." cikgu dia pula memberikan dorongan pada aku.. muahahahaaa.. macam2...

selepas satu korner tu kelihatan Zazhar dah tunggu aku dah...

"Fuuhhh, dasat gak bukit ni..." balas zazhar

kemudiannya kami meneruskan perjalanan menyusuri laluan offroad beralaskan batu2 besar utk perlu berhati2 sedikit sambil cross paip air yg 3/4 tertanam dlm tanah.. sesekali mmg licin rasanya, dan bila tiba di satu bukit tu, tu diaaaaaaaaaaa... punyalaaaa steep... mmg tak terkayuh.. kalau ada yg boleh kayuh kat sini, aku respect 30 hari... menolak pun penat giler rasanya kat sini... tak la jauh, tapi steep betul

pandangan dari atas


boleh panjat dgn beskal tanpa turun beskal berkayuh, aku respect 30 hari


dari bawah sebelum sampai atas, fuuhhhh.. dah nampak dah Zazhar kat atas, tapi tolak sket berhenti kepenatan.. tahap handlebar atas kepala beb...



kat atas ni ada sign board "Mountain Bike Trail" dgn arah ke kiri..



dan kirinya ada entrance Trail Pacat


wah, macam entrance Teres 2(b) kita laa.. curam gak nie...


nampak macam baring atas jln je, hakikatnya aku semacam berdiri 45 degree ni


kelihatannya Dawg dan Gergasi dah kepenatan, terkulai layu


lepak2 jap, borak2 dgn dua rider yg juga first time sampai situ... dan walla, off we go... single trail, dgn byk kawasan yg perlu perhatian lebih sebab taya depan senang2 slide ke kiri.. lubang, batu, akar kayuh, celah2 tiang pokok, lengkap... kalau hujan, confirm licin trail nie... sesekali memasuki area hutan dan semak sebelum masuk balik ke single trail ni.. mgg layan dan best.. aku rate lagi best dari dream trail... dream trail Wak Labeb je yg boleh complete tanpa turun beskal... tapi trail ni, layan betul... terjerit2 aku... sampai2 kat hujung trail aku menunggu Zazhar dan 2 rider tadi... "Cayalah Zazhar, memeang best laaa..." jerit aku...

"kita nak ke kanan ke kiri nie...?" tanya aku, sebab kat situ ada dua laluan jln 2 lane FRIM tu utk ke kanan atau kiri yg kedua2nya menghala ke kaki Bukit Steroid... kami ambil keputusan ke kiri je utk terus turun... dlm stretch lebih kurang 500m tu pun layan gak..

sampai ke kaki bukit steroid, terus ke Sg Buloh... singgah minum air asam boi ais dan makan cekodok besar, kat satu gerai depan dewan kat area kedai2 bunga tu baru jam 10:40 pagi..... kemudian back ke kereta dan tros balik rumah.. sampai BTP baru jam 11:50am..