Tuesday, June 30, 2009

ke Okayama lah

Selasa: 30 Jun 2009

wokeh
aku ke Okayama pagi nie
yg paling tak sabar, sebab nak naik Shinkansen utk pertama kalinya
dari dulu dok baca dan tengok dalam rancangan Discovery Channel je pasal Shinkansen atau Bullet Train nie

dan pagi ni, aku sendiri akan merasai kehebatan Shinkansen nie

tiket Shinkansen dari Tokyo ke Fukuyama
Shinkansen Ticket 1

ni pula tiket balik dari Fukuyama ke Tokyo
Tiket Shinkansen balik ke Tokyo

harganya, humang aiii
sehala Y18,900.00 + Y6,670.00 = Y25,570.00
makanya pergi dan balik = Y25,570.00 x 2 = Y51,140.00
dalam RM1,943.32

Shinkansen di Tokyo Shinkansen Station


Shinkansen baru masuk Dok


Shinkansen baru masuk Dok 2


Shinkansen baru berlepas


rezeki
rezeki
aku dapat naik Shinkansen yg paling laju, Nozuma N-700
ni Shinkansen yg terbaru dan terlaju kat Jepun
penah clock 362km/j
fuuhhhhh


wuhuuuuu
first time dalam Shinkansen bebeh
macam dalam kapalterbang, siap ada pramugari lagi


dan Shinkansen yg aku naik mula bergerak
tak rasa langsung henjutannya
bergerak dari slow ke kelajuan medium sebab masih dalam Tokyo


dah start laju daaaahhh


nah, mmg laju
masa ni kat display skrin kecik di pintu tunjuk 322km/j
boleh rasa semacam terapung2 sket...
amacam


dalam dok leka tengok suasana kampung diluar tingkap
tau2 dah sampai Nagoya


kalau kat Malaysia, Nagoya ni nama kedai kain
tapi di Jepun, Nagoya ni nama Bandar

ni pula Kyoto
Bandar Sejarah di Jepun nie
cuba tengok video clip nie
akan nampak beberapa temple dan istana tinggalan sejarah
kami tak sempat berhenti sini pun kerana jadual yg pack


dan ini Osaka
katanya Bandaraya kereta kat Jepun nie
member aku ada sorang kerja sini
geng Perodua posting di Osaka
lama dia kat sini
dekat 6 bulan rasanya


sampai2 di Fukuyama, kami bergegas cari restoran dulu..
lapar beb....

aku cam biasa la, Tempura.. fav beb

Set Tempura dan Udhong Mee
Lunch-Tempura dan Mee Udong

Tempura
Lunch-Tempura

David Nomura
Lunch-David kata best


habis makan, kami ke stesen dibawah Shikansen Station ini utk ambil train lain ke Motomiya pula...
train semacam Kommuter kat Malaysia Tercinta laaa

David dan Ghafur tgh kekenyangan
Dalam ketapi Diesel

sampai di Motomiya
turun dan tunggu pula lagi satu train
yg menariknya, train ini ialah train diesel dan dipandu oleh seseorang
bunyi dah macam bass Tong Fong kat Malaysia dah


Motomiya, pekan ni sunyi macam takde orang je
Motomiya

dan dalamnya ada banyak lukisan bebudak tadika yg ditampal di dinding train





fuuhhhh
sampai pun Okayama...
sunyi sepi, baru lepas hujan rupanya
cantik dan bersih je kampung ni
Okayama 1

Okayama 2

Okayama 3


kami terpaksa pula berjalan kaki dalam 600m sebelum sampai di perkarangan Torex Okayama ni utk projek monitoring dan briefing session

dalam perjalanan tu, ada satu iklan kedai gunting rambut yg menarik bagi mata aku
Iklan Kedai Gunting Rambut di Motomiya

pokok Bonzai bersepah kat sini
hampir tiap rumah ada
Motomiya-Pokok Bonzai

dan sampai juga kami
dah sampai Torex Okayama

jumpa Mr Sasaki yg baik dan peramah, tapi tak tahu cakap English
Torex Okayama-Mr Sasaki

habis briefing, kami melawat production floor..
tengok macammana diorang buat test..
dalam 2 jam gitu, kami bertolak balik ke Fukuyama kembali
kena tidur sini malam ni, kerana dah lewat petang
masa ni baru aku nampak ramai sikit orang yg keluar dari opis, jalan2 dan sebagainya

kena tengok papan tanda, supaya tak salah naik keretapi
Papan Tanda Jalan


kami sampai di Fukuyama dah lewat jam 6:15ptg
hari pun dah nak malam dah
hujan pun baru je berhenti
terus kami mencari Hotel utk tidur
mlm ni ada dinner beb
maaaakkkaannnnn



Mlm ni dinner
David dah booked sebuah restoran yg terkenal kat Fukuyama nie
best best

ni gambar2nya utk dikongsi ya

Nama Restorannya Dinner
Dinner-Nama Restoran

David tengah explain Menunya..
Dinner-David tunjuk Menu

Ghafur: "macam tak sedap je bang"
Dinner-boleh habis ke ni

aku: "apa la nko, diorang yg belanja, belasah je laa.. sedap tak sedap belakang cerita.. kalau tak kenyang balik kang kita singgah Lawson atau Family Mart.."
Dinner-aku senyum lepas tengok menu

Total ada 9 menu..

ni yg pertama sampai - pembuka selera
Dinner-Pembuka Selera

Obor Obor beb
Dinner-obor obor

Sotong dan Ikan - dua dua mentah
Dinner-Sotong dan ikan mentah

Sup Ikan Merah - tapi ikannya mentah.. nampak cam meloyakan, tapi bila cuba je, fuhhh sedap laaaaa.. licin aku kerjakan
Dinner-Ikan Merah mentah

nasi dan sup ketam mentah.. sedap woo sup tuu
Dinner-Nasi dan sup ketam mentah

ikan dan kentang
Dinner-ikan gak nie dengan kentang

Tempura mesti ada
Dinner-Tempura mesti ada

Campuran Sayur - macam2 sayur ada
Dinner-campuran sayur

dan last sekali apa ntah.. tau tau dah habis je.. sedap sampai lupa nak ambil gambar
Dinner-apa ntah, tau2 dah habis je

buurrppp kenyang betul.... Alhamdulillah

lepas makan, kami borak2.. David dah macam nak mabuk dah...
kemudian kami balik ke Hotel dan Tidur

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz