Monday, June 22, 2009

hari pertama kerja di jepun

Isnin: 22 Jun, 2009

jam 3:20am aku dah terjaga.. mana taknya, dah terang.. aiiikkkkk.. terpaksa tutup langsir dan sambung tidur.. jam 6:30am dah terjaga balik.. dah terbiasa.. tengok bawah, dah ramai orang yg berjalan ke opis.. rata2 dalam keadaan tergesa2...

hari pertama waktu pagi di Tokyo dari tingkap bilik Hotel aku:


Mandi, dan bersiap utk ke office Torex (vendor di Jepun).. sarapan free ihsan hotel... sayur, telur rebus, roti dan air kopi/teh/fresh oren.. jadilaaaa...

ke opis Torex... terus disambut mesra oleh Boss company ni yg peramah giler, Mr Utamura, dengan pekerjanya... David pun ada.. juga Miss Kim.. awek2 Jepun yg dalam opis ni pun comel2.. fuuhhhh... most of the time dalam meeting room. diberi penerangan tentang Tokyo, negara Jepun dan lain2... lunch jam 11:30am.. giler cepat.. ni biasa kat Jepun.. lambat, makanan habis.. kena cepat2 ke restoran pilihan.. aku makan sushi... vendor belanja.. sedap dan kenyang giler.. nampak cam sikit, tapi rupanya banyak...

lepas lunch, kami balik ke Hotel utk penerangan berkenaan sara hidup di Jepun.. habis taklimat nie kami dibawa ke Akihabara.. Electronic City of Japan.. naik Subway Metro, Hibiya Line, stesen Kayabacho (H11).. David yg bawak kami jalan2... katanya tempat ni femes dengan barang2 letronik..

sekali hujan la sebelum pergi tu


memaaannggg puuunnnnn.. sapa yg kaki Electronic, Games, PC, Digital Camera, DigiCam, apa je la yg berkaitan electronic, kalau pergi Jepun, rugi tul tak ke tempat nie.... nasib tak bawa duit banyak..

Akihabara... fuuuhhh.. giler kentang banyak tul kedai2 elektronik.. ada satu bangunan lebih kurang besar Plaza Imbi tu ada 6 tingkat penuh dengan barang2 elektronik... rambang mata tengok.. ada yg sama harga dengan Malaysia, dan ada yg lagi mahal.. juga ada yg murah sket je dari Malaysia..

Yodobashi entrance:


haaa, ni baru satu tingkat je ni, yg penuh dengan barang2 electronic utk keperluan rumah:


TV LCD Panasonic 103", besar tul...


TV LCD Panasonic 103", harga Y5 juta lebih beb


ikut kata David, mmg tak mampu la orang biasa nak beli TV nie.. baik beli kereta..

kami tawaf satu bangunan.. lepas tu keluar dan tawaf lak sepanjang jln di Akihabara tu... giler laaa... sampai penat aku...

Akihabara Main Road... dalam 1 kilometer pergi dan 1 kilometer balik... sepanjang jalan penuh dengan kedai2 electronic... tu blom masuk celah2 bangunan utk ke kedai2 kecik semacam bazaar laaa...


ni ada beberapa video aku ambil utk trip pertama nie:

Labi (citer Labu Labi) pun ada kedai kat sini:


haaaaa, ni memang tarikan kat tempat nie. Gadis Manga... cantik dan comel... macam kartun je.. tapi diorang ni semacam tak bagi gambarnya diambil:


Softmap, kedai barang2 2nd hand katanya. Tapi kualiti macam barang baru:


fuuh, ternampak Gundam beb.. fav character aku... aku siap ada koleksi Gundam ni kat rumah.. abislaaa aku:


ni pula Masked Rider atau Orang Semut aku panggil kecik2 dulu


dah penat, balik laaa.. tros ke Hotel...

waktu petang di Tokyo pula dari tingkap bilik Hotel aku:


ni pula waktu mlm:


malam ni kami makan sushi beli kat Family Mart je. Jadilaaa utk alas perut

call rumah jap... still guna hp.. mahal laaa.. kena install Skype nie... webcam pun dah beli dah...

tidur