Sunday, June 21, 2009

Aku ke Jepun

Ahad: 21 Jun 2009

Akhirnya, yg aku tunggu2 dah tiba... cuak, seram, dan macam2 la perasaan.. Maklumlah aku tak pernah ke luar negara.. sepanjang 12 tahun kerja, paling jauh utk Business Trip hanyalah ke Singapura... isskkkk..

Alhamdulillah, aku dapat kerja baru di Kuala Lumpur juga.. mana lagi.. selepas 12 tahun bekerja di satu company, akhirnya aku di tawarkan sebuah pekerjaan baru di company yg lain.. Rezeki anak2 aku la tu.. Aisyah, Alif, Arif dan Iman.. Abah sayang kamu semua... muaaahhhhhhhhh

OK, 21 June, awal2 pagi aku dah bertolak ke KLIA.. Isteri tercinta, Mimi, yg hantar.. asalnya aku nak naik teksi je, tapi isteri berkeras nak hantar gak.. aku pun ON je laaa...

Sebelum pergi pagi tu sempat singgah di rumah sahabat karib aku... sorang tidur tak hengat dunia, sorang lagi sempat la bersalam.. terharu lak... walaupun trip ni 3 bulan sahaja, tapi bagi aku, lama....

Tros ke KLIA... sampai2 di KLIA, unpack, bersalam2 dengan anak2 dan tros masuk sambil menunggu rakan sekerja Ghafur sampai.. hujan pagi ni di KLIA... wife dan anak2 dah bergerak balik dah....

Flight Malaysia Airline MH070 Boeing 777-400 Direct ke Narita Airport, Tokyo, berlepas jam 11:05am, seat no 14H.. kelas ekonomi je....


sempat lagi layan Japan GT Card kat KLIA