Thursday, June 25, 2009

Sapporo, Hokkaido

Khamis: 25 Jun, 2009

awal pagi lagi aku dah bangun dah
mana taknya, aku akan ke Sapporo hari ni
di utara Jepun nie
kahabarnya tempat ni cantik
dan malamnya sekejap je
tu yg tak sabar2 tu

pergi kena naik flight
jauh tempat nie...
boleh naik Shinkansen, tapi naik kapalterbang lagi cepat
kami akan melawat Sapporo Test Center (STC) utk Company aku kerja nie

kami bertolak dari stesen subway Kayabacho, terus ke Haneeda Airport di Tokyo
flight Air Nippon Airlines (ANA) dari Haneeda Tokyo Airport jam 10:00am
sampai di Sapporo jam 11:30am..



sampai di Chitosei Airport, kami lunch dulu
makan sushi, biasalaaa...

aku makan set ikan salmon dengan telur salmon
Chitosei Airport Lunch-me

Ghafur makan set ikan apa ntah, separuh masak dan besar lak tu
Chitosei Airport Lunch-Ghaffur

sementara Miss Kim, wakil company tempat aku kerja tu makan set sushi ni
Chitosei Airport Lunch-Kim

boleh tahan Miss Kim ni makan
badan kecik dan slim je, tapi bila makan, selera tul



selesai lunch, naik teksi dan ke STC
jumpa Mr Kazutsuku Futatsuka
macam biasa laaa
urusan kerja tak boleh cerita dalam blog

OK, selesai segala urusan kerja, kami dibawa ke sebuah Restoran di Bandar Sapporo
Hannayuhzen Restaurant, untuk Dinner... ini salah satu restoran yg terkenal di sini, Restoran 5 bintang beb.. makan je la kerja aku



Mr Futatsuka tgh bertanyakan berkenaan Menu yg diorder


Selamat Datang
Hokkaido-Hannayuhzen Restaurant

9 course Menu, slurrrppppp
Hokkaido-9 course Menu

1st Course
Hokkaido-1st Course

ini pula 2nd course
aik, tau tau dah habis dah
Hokkaido-2nd Course

ini kalau tak silap dah 6th course..
3rd, 4th, 5th tak sempat pegang VideoCam dah..
sedap sangat... he he he
Hokkaido-6th Course

8th course, sayur tempatan..
rupa takde kat Malaysia, tapi rasa sama je yg jual kat pasar mlm tu..
muahahahahahhaaaaaa
Hokkaido-8th Course

ini semacam desert laa..
tembikai susu yg manis giler baban, dengan ais krim kentang..
Hokkaido terkenal dengan buah tembikai susu, kentang dan jagung...
harga sebuah tembikai susunya antara RM450 ke RM1600.. waaaaaaaaaaa
Hokkaido-9th Course

rata2 makanannya memang kalau seafood tu tak masak atau masak separuh je...
dan Hokkaido ni memang terkenal dengan tembikau susunya yg manis dan mahal tu serta kentang panjang.. bentuk kentangnya semacam terung tu....

habis makan, perut pun dha kenyang, check-in Hotel, dan tidur laaa apa lagi

dalam jam 1pagi gitu aku dah terjaga dah.. mana taknya dah terang benderang.. aikk, jam berapa dia terang tadi.....