Tuesday, June 30, 2009

ke Okayama lah

Selasa: 30 Jun 2009

wokeh
aku ke Okayama pagi nie
yg paling tak sabar, sebab nak naik Shinkansen utk pertama kalinya
dari dulu dok baca dan tengok dalam rancangan Discovery Channel je pasal Shinkansen atau Bullet Train nie

dan pagi ni, aku sendiri akan merasai kehebatan Shinkansen nie

tiket Shinkansen dari Tokyo ke Fukuyama
Shinkansen Ticket 1

ni pula tiket balik dari Fukuyama ke Tokyo
Tiket Shinkansen balik ke Tokyo

harganya, humang aiii
sehala Y18,900.00 + Y6,670.00 = Y25,570.00
makanya pergi dan balik = Y25,570.00 x 2 = Y51,140.00
dalam RM1,943.32

Shinkansen di Tokyo Shinkansen Station


Shinkansen baru masuk Dok


Shinkansen baru masuk Dok 2


Shinkansen baru berlepas


rezeki
rezeki
aku dapat naik Shinkansen yg paling laju, Nozuma N-700
ni Shinkansen yg terbaru dan terlaju kat Jepun
penah clock 362km/j
fuuhhhhh


wuhuuuuu
first time dalam Shinkansen bebeh
macam dalam kapalterbang, siap ada pramugari lagi


dan Shinkansen yg aku naik mula bergerak
tak rasa langsung henjutannya
bergerak dari slow ke kelajuan medium sebab masih dalam Tokyo


dah start laju daaaahhh


nah, mmg laju
masa ni kat display skrin kecik di pintu tunjuk 322km/j
boleh rasa semacam terapung2 sket...
amacam


dalam dok leka tengok suasana kampung diluar tingkap
tau2 dah sampai Nagoya


kalau kat Malaysia, Nagoya ni nama kedai kain
tapi di Jepun, Nagoya ni nama Bandar

ni pula Kyoto
Bandar Sejarah di Jepun nie
cuba tengok video clip nie
akan nampak beberapa temple dan istana tinggalan sejarah
kami tak sempat berhenti sini pun kerana jadual yg pack


dan ini Osaka
katanya Bandaraya kereta kat Jepun nie
member aku ada sorang kerja sini
geng Perodua posting di Osaka
lama dia kat sini
dekat 6 bulan rasanya


sampai2 di Fukuyama, kami bergegas cari restoran dulu..
lapar beb....

aku cam biasa la, Tempura.. fav beb

Set Tempura dan Udhong Mee
Lunch-Tempura dan Mee Udong

Tempura
Lunch-Tempura

David Nomura
Lunch-David kata best


habis makan, kami ke stesen dibawah Shikansen Station ini utk ambil train lain ke Motomiya pula...
train semacam Kommuter kat Malaysia Tercinta laaa

David dan Ghafur tgh kekenyangan
Dalam ketapi Diesel

sampai di Motomiya
turun dan tunggu pula lagi satu train
yg menariknya, train ini ialah train diesel dan dipandu oleh seseorang
bunyi dah macam bass Tong Fong kat Malaysia dah


Motomiya, pekan ni sunyi macam takde orang je
Motomiya

dan dalamnya ada banyak lukisan bebudak tadika yg ditampal di dinding train





fuuhhhh
sampai pun Okayama...
sunyi sepi, baru lepas hujan rupanya
cantik dan bersih je kampung ni
Okayama 1

Okayama 2

Okayama 3


kami terpaksa pula berjalan kaki dalam 600m sebelum sampai di perkarangan Torex Okayama ni utk projek monitoring dan briefing session

dalam perjalanan tu, ada satu iklan kedai gunting rambut yg menarik bagi mata aku
Iklan Kedai Gunting Rambut di Motomiya

pokok Bonzai bersepah kat sini
hampir tiap rumah ada
Motomiya-Pokok Bonzai

dan sampai juga kami
dah sampai Torex Okayama

jumpa Mr Sasaki yg baik dan peramah, tapi tak tahu cakap English
Torex Okayama-Mr Sasaki

habis briefing, kami melawat production floor..
tengok macammana diorang buat test..
dalam 2 jam gitu, kami bertolak balik ke Fukuyama kembali
kena tidur sini malam ni, kerana dah lewat petang
masa ni baru aku nampak ramai sikit orang yg keluar dari opis, jalan2 dan sebagainya

kena tengok papan tanda, supaya tak salah naik keretapi
Papan Tanda Jalan


kami sampai di Fukuyama dah lewat jam 6:15ptg
hari pun dah nak malam dah
hujan pun baru je berhenti
terus kami mencari Hotel utk tidur
mlm ni ada dinner beb
maaaakkkaannnnn



Mlm ni dinner
David dah booked sebuah restoran yg terkenal kat Fukuyama nie
best best

ni gambar2nya utk dikongsi ya

Nama Restorannya Dinner
Dinner-Nama Restoran

David tengah explain Menunya..
Dinner-David tunjuk Menu

Ghafur: "macam tak sedap je bang"
Dinner-boleh habis ke ni

aku: "apa la nko, diorang yg belanja, belasah je laa.. sedap tak sedap belakang cerita.. kalau tak kenyang balik kang kita singgah Lawson atau Family Mart.."
Dinner-aku senyum lepas tengok menu

Total ada 9 menu..

ni yg pertama sampai - pembuka selera
Dinner-Pembuka Selera

Obor Obor beb
Dinner-obor obor

Sotong dan Ikan - dua dua mentah
Dinner-Sotong dan ikan mentah

Sup Ikan Merah - tapi ikannya mentah.. nampak cam meloyakan, tapi bila cuba je, fuhhh sedap laaaaa.. licin aku kerjakan
Dinner-Ikan Merah mentah

nasi dan sup ketam mentah.. sedap woo sup tuu
Dinner-Nasi dan sup ketam mentah

ikan dan kentang
Dinner-ikan gak nie dengan kentang

Tempura mesti ada
Dinner-Tempura mesti ada

Campuran Sayur - macam2 sayur ada
Dinner-campuran sayur

dan last sekali apa ntah.. tau tau dah habis je.. sedap sampai lupa nak ambil gambar
Dinner-apa ntah, tau2 dah habis je

buurrppp kenyang betul.... Alhamdulillah

lepas makan, kami borak2.. David dah macam nak mabuk dah...
kemudian kami balik ke Hotel dan Tidur

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Superbike Lesson/Class

Guide to Wheelies..


Correct Braking for a Corner


Body Positioning When Corner


How to Get Your Knee Down


How to shave three seconds off your lap time

Saturday, June 27, 2009

Gundam di Udaiba

Sabtu: 27 Jun, 2009

wosssh
hari ni aku layan wayang Transformer3 di Udaiba..
kenapa sampai ke Udaiba..?
sebab diberitakan, ada sebuah Gundam dah didirikan kat sini setinggi 18 meter..
sesambil layan wayang Transformer-The Revenge of the Fallen, tengok jap Gundam nie

ni dia, memang besar beb.. teruja aku, sebab aku memang minat giler Gundam nie..
aku takde la sampai tengok semua citer Gundam ni dan ingat character satu2
aku cuma minat kat bentuk dan rupa Gundam nie
kalau sapa2 penah tgk rancangan Tempe Asuka waktu zaman awal 80an dulu, confirm minat kat Gundam nie

ahh, tak yah citer panjang...

dari Udaiba Train Station
Gundam-Berdiri Megah



tak sabar dah nak tgk live nie

fuuuhhhhhhhh
The 18th Foot Gundam, besar tul


Hensem Beb
Gundam 4

from different angle


Gundam-kecik je Gundam ni he he he

Arep (anak aku) mesti suka giler nie..
uuuiiiii yoooooo abaahhhhh


Me and Gundam, original Mobile Suit # 01
Gundam-Me

member aku ni kaki makan... tgk la.. kejap je dah detect kebab
orang semua sibuk dok tengok Gundam, dia nampak Kebab


sempat belasah kebab jap


ini pula sekitar tempat ni


lepas puas layan Gundam ni, tros shoot tengok wayang citer Transformer-Rise of the Fallen
2 jam 40 minit citer nie.. giler lama
macam citer hindustan lak...
ada dua versi,
satu yg original cakap English, satu lagi yg dah translate ke bahasa Jepun
ditayangkan di dua bilik asing..
yg original dalam bahasa English, hanya 10 orang termasuk kami yg tengok
yg dalam bahasa Jepun tu penuh nak rak..
tergelak aku tengok
panggungnya, macam kat Malaysia gak
sama best

yg paling kelakar, kalau kat Malaysia, bila dah habis citer, semua orang bangun dan lampu pasang
tapi kat Jepun, walau dah habis citer, masa keluar nama2 pelakon, pengarah bagai tu, masih gelap
semua orang duduk lagi, sampaila betul2 habis, baru leh keluar...

macam2....

Gundam-Hensem

Friday, June 26, 2009

pushing2 Sapporo

Jumaat: 26 Jun, 2009

pagi ni sebelum balik kami naik teksi pushing2 (Arep suka cakap nie) Bandar Sapporo
nasik teksi je.. tak sempat sebab jadual ketat
makanya Pemandu Teksi tu bawa kami ke tempat2 menarik

yang aku perasan, satu kereta Honda Life banyak betul di bandar Sapporo ni


Sapporo ialah Ibu Negeri Hokkaido
Bandar Sapporo ni flat je, dan jalannya lurus dan jauh dengan banyak trafik light..
kejap2 Trafik Light...
dan rata2 orang lebih gemar naik beskal je

Bandar Sapporo


Hokkaido Okurayama, Ski Jump Stadium...
disini berlangsungnya Sukan Olimpik Ski Jump satu ketika dulu


wwwooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
bayangkan turun sini naik beskal
muahahahaaaaaaa


fuuhh
Okurayama SkiJump Studium1

jom naik atas.. ada cable car tu
Okurayama SkiJump Studium-CableCar

waaaaaaaaaa
Okurayama SkiJump Studium-gerun beb

nkorang bayangkan ahli sukan yg melompat tu
tak gerun ke diorang
Okurayama SkiJump Studium

Hokkaido dari puncak tertinggi
Hokkaido City

Sapporo City
Sapporo City from Top

kemudian kami ke Shiroi Kobito Park pula
khabarnya tempat buat biskut (cookies) yg sedap di jepun nie

Shiroi Kobito Park
Shiroi Kobito Park1

Shiroi Kobito Park2

Shiroi Kobito Park3

bunga sesaja kat luar nie
ni orang perempuan suka la nie
Shiroi Kobito Park-flowers

Shiroi Kobito Park4

Shiroi Kobito Park5

"aaaahh, ambil gambar bunga ni pakai hp pun jadilaaaa"
Ghafur sedih sebab tak sempat beli Digital SLR semalam
rugi rugiiiiiii
Shiroi Kobito Park-Ghafur

eh, main nyorok2 pulak si Ghafur dengan Miss Kim ni
Shiroi Kobito Park-Ghafur main nyorok2 ngan Kim

Miss Kim
Shiroi Kobito Park-Kim

tangkap laaaaa, lihatlaaaaaaaa.. tiru macam sayaaaaaaa
Shiroi Kobito Park-Ghafur sad

Miss Kim dan Untie Pemandu Teksi yg bawak teksi macam F1
Shiroi Kobito Park-Kim and friendly Taxi Driver

ni pula ada video yg dishoot guna HP aku..
DigiCam aku dah habis bateri dah


ada persembahan puppet bila jam 12 tgh




lepas tu baru kami ikut tour masuk bangunan ini utk melihat2 sekitar "kilang biskut" nie.. antara yg menarik minat aku ialah persembahan hologram nie.. macam hidup hologram tu


haaaaa, ni la view dalam bangunan yg cantik diluar tadi
memang kilang buat cookies
Shiroi Kobito Park-Chocolate Factory

lepas tour ni aku beli beberapa pek cookie
ingatnya boleh la tahan beberapa hari
alih2 blom sampai Tokyo dah habis dah
aiiiiikkkkkkk