Sunday, November 28, 2010

Selamat Hari Lahir utk Aisyah

26 Nov, 2010 - Hari Lahir Aisyah... dah 10 tahun dah anak Abah nie.. tahun depan dah Darjah 5 dah.. hisshh kejap je...

27 Nov, 2010 lak cam biasa Maknya mmg rajin buat makan2 birthday ni.. panggil orang2 terdekat dan adik beradik je... Aisyah lak cuma panggil geng2 baik dia je...

persiapan mmg dah dibuat sejak semalam lagi.. tak byk masaknya, tapi kenyang gak la membelasahnya.. he he he...

Mama mmg rajin tak terkata.. Sayang Mama


Nani antara orang yg sibuk mencantikkan makanan2 yg ada nie.. Cayalah Nani


sukanya mereka2 ni


Kek BIrthday Girl... Cup Cake, Mama buat sendiri aaa... tak main la beli beli


GeGirl atau Yani.. cutenyaaaa


Hannah pun ada sama


Iman cam biasa la dgn Abang2nya Aiman dan Aimar...


aaaaaaaaaaaaaa, bila dah kenyang makan, duduk la dia.. eh, sapa punya ni


nampak je kecik GeGirl ni, tapi tang makan, Alhamdulillah


aku cam biasa gi kayuh pagi tu.. layan teres ARB dgn Aboi, Chuku, Fino, Zazhar, Abg Mie dan Kepten... puas hati

balik kayuh kami terus shoot ke CIC, Fino mmg dah lama teringin Laksa CIC.. ye la kat Nigeria mana ada jual Laksa... alih2, Cik Ina leh kata ikan kat Kuala Selangor mahal.. Laksa takde hari ni.. kesian tul aku tgk Fino...

sampai2 rumah, rupanya wife aku masak Laksa Johor.. fuuhhhh, aku sendiri tgknya dah tak leh tahan, lagikan Fino.. tros aku call Fino suh dtg rumah aku... sepantas kilat Fino sampai dan sampai 3 mangkuk dia belasah..

"puas hati Chai... terubat rindu aku kat laksa"


mangkuk ke-3 tanpa segan silu..


haaaa ni geng2 baik ni.. Iman, Arep, Aisyah, Damia (adik Faten) dan Faten




nah nko Arep.. berpeluh sakan


Iman lak, dah siap mandi beb.. hensem cam bapaknya gak kata wife aku..fewwiitt

Thursday, November 25, 2010

kenangan dulu dulu

mmm ntah apesal hari tu, dlm dok bosan buat kerja, tiba2 aku tringatkan kasut2 masa zaman aku kecik2 dulu

masa skolah rendah, kasut sekolah aku Bata Badminton Master nie


kasut raya aku lak, Aliph... perghhhh sejak Amy Search pakai masa konsert Battle of The Bands, terus jadi fav aku kasut nie


masuk skolah menengah lak, kalau tak Carefree, Warrior laaa jadi pilihan.. dari kasut sekolah sampaila kasut pergi jalan2, sampaila kasut raya, kasut ni je la aku pakai.... koyak, beli baru yg sama gak


kalau main bola lak, Adidas LaPlata la fav time padang kering


dapat main utk sekolah, Puma Maradona laaa
mmm, nanti aku tambah lagi

tu blom citer beg skolah Iron Maiden lagi tu
perghhhhhhhhhh

Wednesday, November 24, 2010

Al-Fatihah buat Arwah Abg Din

Nov 24, 2010

sampai2 opis, mak aku call, katanya Abg Din (sepupu aku) dah meninggal dunia pagi tadi.. Innalillah... punca kematian masih blom tahu...

makanya aku terus bergegas ke rumah Arwah di Bandar Tun Hussein On, Cheras...

dek selalunya jumpa arwah sepupu aku ni kat rumah mak dia (makcik aku la) di Kg Sg Kantan nun, mmg aku ingat2 lupa rumahnya.. apalagos terus je la mencari... hinggalah aku terjumpa satu rumah yg penuh dgn Polis...

aku pun memperlahankan moto
dlm hati bertanya sapa pulak polis meninggal ni
aku tengok semua sedang menadah tangan sedang berdoa
elok di depan rumah tu, aku pun memberhentikan moto dan bertanya
"Assalamu'alaikum.. boleh bertanya, ada majlis apa ni..?"
aku tengok semua mata memandang kearah aku waktu tu
"Wa'alaikumsalam.. ha ah, Inspektor Haji Nordin Hj Joned meninggal tadi.. Encik kenal ke..?" tanya enggota polis tu
laaaaaaaaaaa betul la ni rumahnya.. tros aku matikan engine moto dan bersama menadah tangan dgn malu ya amat.. muahahhahaaaa

dipendekkan cerita, pihak polis menghantar jenazah ke Hospital Serdang utk buat Post Mortem...

kemudian ke Masjid Sg Kantan utk Mandi Jenazah.. fav aku ni, bersama2 aku membantu AJK Masjid memandikan Jenazah..

selesai Sembahyang Zohor, kami menyembahyangkan Jenazah pula

dan terus kebumikan arwah di Tanah Perkuburan Islam Sg Kantan...

semuanya di kawalselia oleh anggota polis dari yg pankat prebet hinggalah yg ada banyak paku kat bahu tu...

dlm dok sedih2 tu, terjumpa lak sahabat lama sewaktu menunaikan ibadah Haji tahun lepas.. sama KT lagi.. kami panggil "Chip" je...



bertugas di Thailand pula sekarang nie

semua urusan selesai dlm jam 4 ptg gak... aku terus balik kepenatan

Al-Fatihah utk arwah Abg Din.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan diredhai.. Insya-Allah

Sunday, November 21, 2010

Majlis Berkhatan Anak Delik

21 Nov, 2010
Majlis Berkhatan Anak2 Haji Hadli (Delik) di Ampang

mmg meriah.. dikhabarkan mlm sebelum tu siap ada majlis khatam Al-Quran, pertunjukan bunga api dan macam2 lagi... ye la, sekali 3 orang berkhatan...

Tahniah buat anak2 Delik Haidar, Haikal dan Haimar (tak berapa ingat namanya)

dah macam pengantin dah.. baring atas pelamin yg dihias cantik nko


"hah, Arep pun nak berkhatan ke..?"


Mimi, Aisyah dan Hajjah Jee (wife Haji Delik)


tul tak aku cakap, siap pelamin tuuuu


Nazim pun hadir


apepun, Tahniah Haji Delik dan Hajjah Jee...

Saturday, November 20, 2010

Moto Ganaz Shaibi

pagi tu 3 Sept, 2010
sampai2 kat parking lot moto TPM ni, mata aku terpandang akan sebuah easy rider custom warna Matte Black yg ganas.. single seat, low ride, monkey bar, custom pain rims dan wide tyre... tengokkan enginenya mmg aku tak berapa cam, sebab aku ni kalau easy ride ni mmg lambat sket... Sportbike, Yes

masuk2 opis, terperasan ada helmet atas meja Shaibi... helmet pun warna Matte Black.. eh, ni confirm Shaibi punya moto nie.. tros tanya, dan confirm mmg moto kat luar tu moto Shaibi.. perghhh cayalah Bee

mari kita layaaannzzzz keganasannya

"sibuk je la moto sebelah ni.. parking pun nak rapat2.. jauh nko..."


"isk, cammana lak nak pulas suis On/Off ni...?"


"ah, sudah... aku dah panas ni... dgn jaket kulit baru ni... kang aku ngamuk kang moto.."


"it's aliveeeee... it's aliiivveeeee..."


"amacam Shah, ada gaya Arnold Susahnakeja dlm cerita Terminator 2 tak..."


"dah la tu Shah, nko ni asyik ambil gambar aku je dari tadi, malu I laa..."


dan vrooommmmmm berdentum2 bunyinya.. fuuhhhh cayalah Bee

Kayuh di Kiara dgn Aboi dan Chuku

18 Nov, 2010

pagi tu aku ke Kiara dgn Aboi dan Chuku.. dah lama betul aku tak kayuh di Kiara nie.. takde apa nak citer pasal Kiara ni, sebab confirm best.. mmg best...

Fino dan Wife pun folo kami pagi tu... yg bestnya, hari tu hari bekerja, hari Khamis... kebetulan aku mmg cuti hari tu.. cuti ganti time off...

dua Kona Dawg berdiri megah atas kereta Aboi sedia utk disesah


Aboi dan Chuku bawak aku terus ke Twin Peaks.. dari situ barula masuk ke trail yg katanya best.. diorang tahu trail ni dari Pine yg menunjukkannya pada mereka satu ketika kayuh dulu... dan mmg best beb.. teruja aku... peluh jangann cerita laa.. mmg kuyup kalau kayuh kat Kiara... gambar [un tak sempat nak snap..

tau2 dua beskal ni dah atas keta Aboi balik dah...


"wei weii, apa nkorang dua worang buat celah2 keta tu aaa.."


"takde apa apa Chai, takde apa apa..."

Thursday, November 18, 2010

Kiara Ride

18 Nov, 2010

Pagi ni aku folo Aboi dan Chuku berkayuh di Kiara... lama betul dah aku tak ke Kiara ni... yg bestnya hari tu hari bekerja.. hari Khamis... aku lak mmg ambil cuti hari tu.. makanya mmg kami je la yg kayuh.. Fino dan Wife pun folo kami...

dua Kona Dawg atas keta Aboi... sedia utk di sesah


mmm kalau dha kayuh di Kiara tu, mmg tak byk nak citer.. BEST GILER... Aboi bawak aku ke satu trail yg diorang pun folo Pine je dulu waktu berkunjung ke Kiara... mmg mengasyikkan dan lazat berkrim disukai ramai.. tak sempat nak ambil gambar dah... terlalu mengujakan

tau2 gambar beskal dah atas keta balik dah...


peluh sakan aku.. "wei weeii, nkorang dua worang buat apa tu celah2 keta..?"


"takde apa apa Chai.. takde apa apa.."

Wednesday, November 17, 2010

bawa anak2 ke Opis jap

14 Nov, 2010

hari tu Ghafur yg sedang berada di Mekah, call bg tau GPS kami tak dapat contact server di Malaysia.. aku check2 On-Line dari rumah, tak dapat dapat lak connection ke Server di Opis...

mmm tak boleh jadi ni, kena ke opis segera ni.. bebudak lak nak ikut.. apalagos, maknya pun tgh sibuk menjahit baju2 tempahan orang/rakan/sahabat, aku bawak semuanya ke opis aku mlm tu.. suka giler diorang ni dapat berjalan... muahahahhaaa

sampai2 opis aku, memasing dah teruja dah tgkkan kolam ikan yg besar di Ground Floor tu.. sampai nak baring diorang depan pintu opis aku tengok ikan..


makkk aiii


lepas tu masuk lak opis aku, naahhh terkejut memasing tgk showcase di dalam opis aku tu... suka tul tgk showcase Animal Tagging tu.. ye la ada replika kepala lembu tenusu... tergelak2 diorang


masing2 kehairanan.. "Abah, lembu ni hidup ke Abah... dia boleh melahirkan anak kat sini ke..? mana rummput dia Abah..? apesal Abah tak sediakan makanan dia..? nanti dia mati nanti.." antara persoalan2 yg ditanya


si Iman ni jgn cerita la sukanya.. berlari sana sini


aku biarkan je diorang bermain2 dlm opis tu, asalkan diorang tak usik apa2 sangat.. aku teruskan dgn kerja2ku di Server.. tahu2 Iman takde..

"Abaahhh, Iman mana... senyap je dari tadi..."

cari cari, rupanya dlm diam Iman tgh projek kat printer opis aku..

aaaaaaaa, buat apa tu Iman


tiga tiga ke marah, sebab Kakak dan Abang tak jaga adik, makanya tiga2 kena duduk diam diam kat booth Library...

Monday, November 15, 2010

Projek Haji 2010

Alhamdulillah tahun 2010 ni sekali lagi Projek Haji Opis aku berjalan... cam biasa bertugas di Kompleks Haji, Kelana Jaya....

tak byk nka cerita, tengok je la gambar2 ni yaa...

ada juga jemaah yg terkejut bila aku tahan diorang waktu turun dari dewan persediaan sebelum naik bas ke KLIA tu.. "buat apa ni Dik..?"... "Kena scan chip ni Haji... baru boleh berangkat.."


"Selamat Jalan Haji, Semoga Mendapat Haji yang Mabrur"


bersama Haji Kamal dan rakan Petugas dari THTS tahun 2009


perghhhh dgn Jazmie, salah sorang petugas THTS, tahun ni kena bertugas di Malaysia je... cemerlang dia ni.. "cayalah Mie.. banyak pahala nko weh"


3 orang kuat Projek Haji, Haji Shaibi, Haji Kamal dan Haji Shah.. eh, aku la tu.. feewiit


Haji Ghafur saje yg ke Mekah tahun 2010 ni.. Alhamdulillah


Haji Azman... rakan satu opis yg ke Mekah menunaikan Ibadah Haji... bukan opis hantar, tapi pergi sendiri.. Alhamdulillah


Haji Shaibi.. sempat lagi tu


Biduanita Negara, Hajah Dato' Sharifah Aini... juga menunaikan haji tahun ni


check-in Bagasi di Kaunter hadapan... seronoknyaaaaa


pemeriksaan pas kesihatan


ada juga Jemaah yg sempat minum2 dulu sebelum ke Dewan Berlepas




pemeriksaan Polis sebelum ke Dewan Berlepas


Dewan Berlepas utk Jemaah yang kurang upaya


Bas Bas yang bersedia untuk menghantar Jemaah ke KLIA


Menarik Perhatian aku, amacam..? Sudahkan Anda..?


Alhamdulillah, 7 Nov, 2010 tamat dah aktiviti ini... Semoga Semua Jemaah Haji Malaysia mendapat Haji yg Mabrur.. Insya-Allah