Wednesday, February 9, 2011

barbican dan delster

haaaaa, balik dari majlis kenduri sepupu Sabtu lepas, aku singgah di salah sebuah kedai Arab di Jln Chow Kit, KL untuk membeli minuman berasaskan Malta ni... sekartun 24 botol berharga hanya RM45 sahaja.. kalau di kedai Arab di Gombak berdekatan UIA, RM55 sekartun 24 botol... di TESCO, dijual pada harga RM2.90 sebotol, sementara di 7-11 BTP pula pada harga RM3 sebotol...

ada banyak perisa sebenarnya, ada Strawbery, Lemon, Peach, Pineapple, Apple, Blackberry dan lain2.. untuk aku, aku lebih gemar rasa Classic Malta ni. pahit2 manis... minum sambil layan tengok TV...


bila Barbican dah habis, kadang2 tu, aku beli Delster ni lak di kedai Walid Niada di Medan Puteri BTP nun.. RM3 sebotol.. apa nak buat, yg ni tak dijual secara kartun macam Barbican tu... ada 2 perisa, satu Delster Classic, dan satu lagi Black Delster.. dua dua perisa Malta pahit2 manis, tapi yg Black Delster lebih keras sikit


dan yg paling sedap antara semua ni ialah Moussi... baca je post aku kat Mekah dulu.. fav akir aku sepanjang aku di tanah suci Mekah dulu... adik beradik la ni...