bersempena cuti Tahun Baru Cina lepas, jiran aku, saudara Wahyudin buat kenduri Akikah dan Kesyukuran anaknya.. makanya dari hari Khamis, 3 Feb 2011, pagi pagi lagi aku dah terpacak di depan rumah dia utk membantu menumbang seekor lembu bagi jamuan akikah dan kenduri kelak...
Alhamdulillah, ramai jiran2 yg turut membantu... orang kuat bab2 memasak Blok 3 ni, Abg Zul pun ada... Ustaz dan Kui Kui pun membantu
siap kena tanduk lembu la Abg Zul gara2 berdiri depan lembu time yg lelain nak tumbangkan lembu... nasib baik takde apa2 jadi.. selamba je Abg Zul.. cayalah... dapat tumbang, maka selamatla disembelih mengikut syariat Islam.. Ustaz Fathur Rahman dari Surau Nur-Sobirin yg melaksanakan tugas dengan cemerlang.. Terima Kasih Ustaz
selepas sembelih, menenangkan lembu sambil membuka semua ikatan seperti yg dikehendaki oleh Islam
dan acara melapah pun bermula
utk aku, sebabkan dah ramai yg menolong melapah dan memotong daging ni, aku bertugas utk mengupas kulit kentang dan bawak kecik.. nah nko sekali 2 guni kentang dan seguni bawak kecik aku kena kupas kulitnya... nasib baik Abg Halim pun membantu... legaaaaaaaaaaa... habis bawang dan kentang, siang nangka pula utk dibuat gulai... habis bergetah tangan aku dibuatnya..
kemudiannya aku balik ke rumah kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan... malamnya, majlis kenduri kesyukuran selamat dilaksanakan... sementara esoknya, majlis marhadan dan bercukur jambul pula diadakan... dan selepas Sembahyang Jumaat acara makan2 keluarga pula... aku tak sempat hadir pada acara makan2 keluarga ni sebab ke Gombak bagi membantu pakcikku bg kenduri pernikahan anaknya yg juga sepupu aku pada keesokan harinya.. masak lagiiiiiiiiii.... best