Tuesday, December 27, 2011

BBB.Rides.Kayuhan Reunion 8 tahun.LTM

26 Dec 2011
Kayuhan Reunion 8 tahun tak kayuh BBB

Seawall jam 7:32 pagi aku dah gerak ke Cement Mixer… Ha ah, Cement Mixer… lama dah tak dengar Cement Mixer ni yaa.. ni la tempat utama permulaan kayuhan BBB satu ketika dulu… kalau ada kayuh je, semua kena kumpul di Cement Mixer sebelum aktiviti kayuhan bermula…

Makanya masa minum2 mlm Sabtu lepas, timbul idea dari Chip utk buat satu kayuhan BBB yg dah lama sunyi…
“Semua kena datang laa.. baru best.. kayuh dekat2 je tau…” jelas Chip

Dan hasilnya, Gaplek @ Tok G, Long Kelawar, Abg Samudera, Kepok, Buding, turun bersama2 memeriahkan suasana pagi tu… memang hiruk pikuk jadinya… kena lak Kepten bersama Pian dan Abg Joe join sekali.. tu dia aaaahhhhhhh…. Tok Ngulu yg asalnya tak kayuh alas an tak sihat, pun turun bersama berkayuh lepas diracun dgn nama2 yg dah disebut…

Yg hadir pagi ni:
BBB: Buding, Tok G, Chip, Kepok, Langgark, Samudera, Hj Shuq, Lish, Tok Ngulu, aKU
Ya’afur: Kepten, Pian, Abg Joe


Buding, Langgark dan Kepok..
“aku pun heran apesal Kepok tak reply sms aku semalam.. biasanya kalau aku sms ada kayuh, Kepok antara orang yg memula reply tak dapat kayuh..” Chai menjelaskan


tu dia, Abg Samudera, Buding, Langgark, Kepok, Chip, Tok G (dah macam Kelawar dah, sampai aku salah sangka, ingatnya Kelawar yg tengah berkayuh bersama Buding, muahahahahhaaaa) dan Lish


”Kayuh dekat je ni, tapi aku rasa macam dah kayuh dekat 30 km dah..” gelak Long


”eh, Langgark ke tu…? Apesal perut Langgark pun maju ke depan..?” bisik Abg samudera kehairanan


”mana Tok Ngulu tak sampai2 ni.. aku dah mula gatal2 kaki ni…” Tok G


”apalaaa yg diorang dok citer tu..” Lish
“Kita nak panjat Cement Mixer ni ke nanti…?” Tok G


ceria betul Long Kelawar pagi tu…


akhirnya Tok Ngulu sampai gak.. mana ada demam.. sihat je kami nengoknya

Macam biasa, kami memasuki trail ikut laluan trailhead blok 4 nun… macam2 ragam… brek tak makan laaa.. dah lupa brek depan dan belakang yg belah mana laaa.. shifter depan belah mana laa.. muahahahaaa memang best


memang meriah


acara Group Photo.. satu kemestian di BBB…
“ni kalau Ucop Tripod ada ni bagus nie…” Chip


Kepten yg sabar menanti kami


”apesal hp aku tak berbunyi haaaa…” Kepok
“aik, dah dua tiga kali bunyipun tak dengar ke Pok..? takkan climb tadi tu dah buat bunyi nafas lagi kuat dari bunyi hp…” Tok Ngulu


”isap rokok kejaaappp” Buding


dua beradik yg tidak serupa muka… Long Kelawar dan Tok G


Hj Shuq dan Langgar.. muka biasa yg masih aktif berkayuh


”aik, rehat lagi kaa…” Kepten


”eh, tayar aku dah crack ke haa…? Lama tul tak kayuh ni..” Tok G


aik tah habis2 lagi ke isap rokok


geng perut ke depan… aik, tahan nafas nampaaakkkk

Kami ikut route yg terus menghala ke Blok 29… melalui heway, dan Bukit Botak sebelum memanjat menaiki Bukit Perfume


”woi, cepatlaaa.. “


”cepat2… buat apa lagi tu…”


”giler ke diorang ni, naik bukit tadi pun nak beracing…”


”dah sampai ke diorang ni..” Abg Joe


”Hang OK kaa…?” Kepten


”tengok la Tok G ni.. udah la tu Tok.. tolak je dah… tak penat2 ke..?” Kepok


”eh, Tok G… Toookkkk” Kepok


kedebuussss…. “nasib baik Aboi takde ni… “ Tok G


”kan aku dah cakap tadi, tolak je dah…” Kepok


tu dia, masih power2 lagi…


”eh, dah sampai dah.. aku ingat tinggi lagi…” Lish


”cukup la tu Lish… “ Chip


OK, kita ke Saleem Majuuuuuuu….
“Lepas ni kedai makan kan Chai..?” Kepok


”Cover2… nanti Buding ambil ayam goring aku…” Chip


”hissshh Buding ni, macam sedap la pulak nasi lemak ni…” Kepok


”mana air tak sampai2 lagi ni..” Samudera


”aku nak makan ke tak ni… nak makan ke tak ni…” Tok G


bersama Abg Joe, rider kuat dari Ya’afur Bikers


”Muahahahahaaa.. kayuhnya Cuma 10km je.. tapi makannya macam dah kayuh 30km…” Lish


Orang kuat Saleem Maju…

Apepun, memang meriah hari ni… apa tak nya, orang2 lama yg dah lamaaaa tak kayuh akhirnya berkayuh balik.. ramai juga yg takde atas alas an peribadi… no hal.. plan minggu depan Ahad nak ke Kundang pula… amacam..? Shahrul, Ucop Tripod, Syed…. Jom jom…

Wednesday, December 21, 2011

Family.News.Buah tunjuk langit

Haaaaa
Pernah dengar Buah Tunjuk Langit..?
Aku pun tak pernah
Tapi kalau nkorang google “buah tunjuk langit” aka nada banyak info pasal buah ni dah khasiatnya, especially dalam merawat dan mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung… yg promote kat aku, si Langgark tu haa… kebetulan depan rumah Aboi ada pokok ni… dapatla aku 2 biji… terima kasih Aboi… Jazakallah

Hmmm, kena tunggu sampai buah ni kering dan terkopek sendiri, baru boleh dikeluarkan isinya…

Ni bahagian dalam selepas kulitnya di kopek… bila dah kering senang je kopeknya…

Ni la kulitnya yg dah kering tu…

Lepas tu kita tanggalkan setiap bahagian yg dha kering tu dan tinggalla bijinya sahaja…

Haaa, daun yg kita dah kkopek dari bijinya tadi tu, kita kopek lagi di bahagian hujungnya tu, utk dapatkan bijinya yg semacam biji kuaci tu

Kecik dan macam biji kuaci tu je.. AWAS, pahit giler beb… sampai meleleh air mata Aisyah bila aku kesat sket kat bibir dia.. muahahhahaaaaaaa
Lepas tu aku lak kena balik dengan Aisyah… naahhh nko, memang pahit beb.. sampai dah cuci bibir aku pun masih terasa pahitnya kat lidah tu.. fuuuhhh

Mmg betulla orang cakap, kalau pahit tu, mmg bagus la utk kesihatan… hmmmmm

Monday, December 19, 2011

Family.News.Masterchef Aisyah

Weekend lepas wife aku tak berapa sihat… nak kata demam, tidak… nak kata tekanan darah rendah, pun tidak… tapi gayanya macam dah ada baby dalam perut… makanya wife aku terbaring je laaa….

Hari Khamis pagi dah kena dah… aku ke opis sebab ingatkan takde yg serius… elok tengahari, Aisyah call kata Mama masih tak boleh bangun… apalagos, bergegas la aku balik ambil emergency leave.. ye laaa.. sapa nak bg anak2 aku makan…

Elok sampai je rumah

Aik, dah ada lauk atas meja makan… sayur goreng, telur goreng, kentang berlada, dan ikan goreng berlada…
“siapa yang masak…?”

Dengan selamba Arep menyampuk “tanyala Masterchef Akaaakkkkkk”

Waaahhhhh, anak aku Aisyah dah boleh masak rupanya… jadilaaa, walaupun simple je.. utk seorang budak pompuan darjah 5, mmg aku bangga laaa… sedap gak weh… siap bertambah lagi aku dengan si Arep.. Iman tak yah citer laa.. mana penah tak selera Iman tu…

Tu dia, sayur goreng…

Dan ikan jaket goreng masak cili.. perghhhhhhhhhhhhhh

Amacam..?

BBB.Rides.Kayuhan Lepas 2 bulan 2 hari

17 Dec 2011
Nak kayuh gak
Minggu lepas tak berpeluang kayuh
Tak kira
Tak kiraaaaaa

“hantar je la SMS ke geng BBB..”
Bukan apa, musim2 cuti skolah ni, mmg sunyi je BBB
Ramai yg ada aktiviti keluarga
Cadang nak kayuh sensorang je
Tapi nanti kot ada yg tahu cakap “oooohh, kayuh tak ajaakkk..”
Makanya, hantar je la SMS tuuuuuuu

Hasilnya, Aboi, Rider Power ngan Lan (anak) ikut, Langgark dan rakan, serta Radzi.. Cayalah

Sampai2 simpang Blok 4, Aboi ngan Lan dan Rider Power sampai.. Alhamdulillah.. disusuli dgn langgark dan rakan baru dari Sri Hartamas… Radzi yg last tiba… cam biasa melalui blok 4 dan hala ke Kundang.. kita sarapan laa.. lama dah tak pekena Roti Canai ni… fuuhhh

“mana Radzi tak sampai2 lagi ni…” tanya Lan…

“OK semua, tangan letak atas kepala, tarik nafas dalam2 dan lepaskan…” Cikgu Langgark menunjuk cara kat kami…

Radzi dah mula nampak bintang2 sekeliling kepalanya…

“hah, tengok, sebuah projek oleh Barisan Nasional…” jerit Radzi…

“aik, rambutan beb… sementara tunggu lori treller tu undur, kita pekena rambutan ni jap…”

“ambik ambbikkk.. ni rambutan kelapa namanya… nanti dah makan, bg je saya duit the sket…” owner pokok

“woi Lan, takkan nko nak letak buah rambutan tu dlm handlebar beskal nko…” Aboi
“sambil kayuh boleh makan..” Lan

“Lama tul lori ni nak ambil side parking..” Radzi

“apa makan yg best kat sini…”

“sini ada telur separuh masak ayam kampung..”

“haaaa, ayam kampung..?”

“haaaa ni diaaa… special punya..”

“memang sedap la wei… tak sia2 aku singgah sini…”

Dan hari tu balik dari kayuh, aku tidur sampai petang… penat satu badan weh…