Monday, December 19, 2011

Family.News.Masterchef Aisyah

Weekend lepas wife aku tak berapa sihat… nak kata demam, tidak… nak kata tekanan darah rendah, pun tidak… tapi gayanya macam dah ada baby dalam perut… makanya wife aku terbaring je laaa….

Hari Khamis pagi dah kena dah… aku ke opis sebab ingatkan takde yg serius… elok tengahari, Aisyah call kata Mama masih tak boleh bangun… apalagos, bergegas la aku balik ambil emergency leave.. ye laaa.. sapa nak bg anak2 aku makan…

Elok sampai je rumah

Aik, dah ada lauk atas meja makan… sayur goreng, telur goreng, kentang berlada, dan ikan goreng berlada…
“siapa yang masak…?”

Dengan selamba Arep menyampuk “tanyala Masterchef Akaaakkkkkk”

Waaahhhhh, anak aku Aisyah dah boleh masak rupanya… jadilaaa, walaupun simple je.. utk seorang budak pompuan darjah 5, mmg aku bangga laaa… sedap gak weh… siap bertambah lagi aku dengan si Arep.. Iman tak yah citer laa.. mana penah tak selera Iman tu…

Tu dia, sayur goreng…

Dan ikan jaket goreng masak cili.. perghhhhhhhhhhhhhh

Amacam..?