Sapa yg tak gembira…. Selepas 2 bulan 2 hari, akhirnya hari ni, 2 Dec 2011 aku akan berangkat pulang dengan Jemaah KT88 balik ke Malaysia..
Rindu dah ni dgn anak2 aku Aisyah, Arif dan Iman… dgn Orang Rumah, jgn cerita laaaa… he he he

Lebih kurang jam 9:30 pagi waktu Jeddah, Kapalterbang MAS Boeing 747 MH8265 berlepas ke Malaysia.. Alhamdulillah.. akhirnya..
Perjalanan akan ambil masa lebih kurang 9 jam dan dijangka tiba di Malaysia dlm jam 10:50mlm waktu Malaysia…

Dan aKU disambut oleh Isteri, Anak2ku Aisyah, Arif dan Iman, Ibu Tercinta, serta Adik Perempuan aku dgn Suami Jai dan anak2 Solehin dan Taufik…
Insya-Allah, jika diizinkan ada ada rezeki, tahun depan aku berdo’a pada Allah agar aku dijemput lagi ke Tanah Suci sebagai petugas…
Satu Pengalaman yg cukup hebat dan bermakna buatKU… 2009 aku ke Tanah Suci sebagai jemaah, dan kali ni sebagai Petugas… mmg berbeza dan aKU bersyukur sangat2 pada Allah yg memberikan aKU peluang yg tidak ternilai ini…. Allah Maha BESAR……