Alhamdulillah, selepas 3 jam ntah berapa puluh minit ntah, aku sampai di Kanazawa...
penat beb..
kena naik dua keretapi...
Shinkansen dari Kumagaya ke Echiko Yuzawa
turun dan naik lagi satu keretapi Ekspress ke Kanazawa...
tambang dalam Y8590.00 (RM328.42)
macam biasa laaa, view dari dalam keretapi jee...
sampai2 je wakil kilang FEC kat sini dah tunggu kami..
Mr Kobayashi-san..
muda lagi orangnya...
kereta pun best, Subaru Legacy GT Station Wagon
perghhhh.. berdesup perginya
kami terus dibawa ke FEC Inc utk short meet dengan staf2 disana..
FEC ni la akan yg akan jadi tempat kerja aku utk the next 48 hari disini
dan Apartment Leo Palace 21 pula, tempat tinggal aku...
habis short meet, kami dibawa ke Supermarket terdekat, Albis dan kedai 100Yen (macam kedai RM2 la kat Malaysia) utk membeli barangan keperluan asas di Apartment).
aku beli:
nasi segera, ikan, sotong, kuali memasak, senduk, cawan, "bowl", plastik sampah, air, pisang, sayur, roti, mentega, wasabe, kain buruk buat lap lap, pisau, pengalas potong, sabun cuci pinggan, sponge cuci pinggan dan minyak masak.
di Apartment, ada peralatan asas rumah seperti:
bilik mandi kecil, mesin basuh, peti sejuk kecil, tempat memasak, sinki, katil satu tilam, internet TV, almari pakaian, dan meja serta aircond. OK laaaa...
rumah aku no 105

dan rumah Ghafur no 103
selang sebuah rumah je
ni gambar2 rumah (apartment) aku
dari pintu masuk
masuk2, tengok kiri ada mesin basuh fully auto
sebelah kiri mesin basuh ni ada tandas tempat o-ok
sebelah kanan mesin basuh pula, bilik mandi
pandang depan balik, ada peri sejuk kecik, dan microwave
jalan depan sket, dapur kecik siap lampu dan hood sedut angin
dapur guna letrik dua penunu..
periuk, chopstik semua tu aku beli kat Albis tadi
jln depan sket, ruang tamu dan tidur, ada meja boleh lipat dua kerusi
tilam tu aalnya atas tempat katil, tapi aku pindah ke bawah sebab aku suka tido kat bawah je, best
ni la katil tu.. katil atas, bawahnya ada lemari utk simpang beg, barang2
almari baju dua pintu, sliding door
dengan air cond atas lemari baju tu
meja laptop dengan internet berkelajuan tinggi dan Internet TV
balik ke dapur balik, di dindingnya ada dilekatkan arahan utk buang sampah
sampah kat sini ada 4 kategori:
kategori pertama utk sampah basah sahaja (atas)
kategori kedua, utk botol2 kaca, dan tin
kategori ketiga utk barang2 kering dan asas rumah
dan kategori 4 utk PET atau benda2 plastik, botol plastik, segala yg plastik
ini pula cara nak bungkus sampah2 ni
dan akhir sekali lokasi utk buang sampah ni, jenisnya dan jadual lori sampaj dtg kutip sampah
fuuhhhh... kata lain, kalau lori sampah blom nak dtg, tempat sampah ni kosong je.. elok esok lori sampah dijadualkan dtg, tau2 dah penuh je tempat sampah nie...
ini oula rumah aku dari luar..

pintu rumah aku


rumah Ghafur
jiran depan rumah
asal ada tanah terbiar, confirm tanam sayur

ini pula jiran belakang rumah, bukak2 sliding je rumah diorang nie



rata2 family disini... dengan anak kecik2... area rumah banglo.. kat sini semua rumah kat tanah lot, takde rumah teres, kecuali apartment cam aku tinggal ni..
ok laaaa.....