Saturday, July 18, 2009

SATY dan tengok wayang

fuuhhh
pengalaman weekend minggu lepas mengajar kami
giler bosan layan internet dan tv je dua hari minggu lepas
maka minggu ni, kami nekad nak tgk wayang
Ghafur seperti biasa menjalankan tugas surf web cari maklumat

panggung wayang terdekat ialah di SATY
sebuah supermarket besar dalam 6 km dari tempat kami ikut google map.
nama tempat ni Nonoichi.. kira pekan besar gak la di Kanazawa nie

tanya2 Kobayashi-san, dia kata teksi nak kesana mmd susah sgt dari area tempat tinggal aku nie, kena jalan kaki.. la pulak.. siot je

apa nak buat, jalan kaki je la kami

45 minit gak utk sampai di SATY dalam keadaan tercungap2 penat dek jalan laju

OK la, dapat gak layan Harry Porter and The Half Blood Prince, citer ni tergantung sebab nanti akan ada sambungannya

yg bestnya kami masuk panggung yg versi asal cakap omputeh, time scene lawak tu, kami berdua je gelak macam nak rak, org lain senyap je, sebab diorang lebih kepada baca subtitle Jepun tu...

dapatla dua miniature ni sebab beli air
Transformer Optimus Prime dan Bumble Bee


ni kira promosi utk tgk Transformer laa.. kami dah tengok di Udaiba beberapa minggu lepas dah...

balik tu kami singgah Albis kejap, sebab aku nak beli ubat nyamuk
ada nyamuk lak kat rumah tu musim2 hujan nie

Ubat nyamuk cap ayam
setin 30 lingkaran dalam Y860.. giler mahal dalam RM32.80 gitu


lepas tu cari Yoko Yoko merah
jumpa pun.. fav aku ni sebab panaaasssss.. melegakan sakit2 muscle dgn segera...
aku bawak yg biru.. Biru ni sejuk je.. merah tu panas