"best, best..."
ni la antara kata2 rider yg join kayuh FRIM ahad lepas
kenapa best..? entah.. macam2 sebab... mungkin cuaca yg sejuk je macam nak ujan, mungkin sebab ramai yg kayuh...
apepun, yg join Ahad lepas:
1. Tok G
2. Kelawar
3. Anak Kelawar (lupa nama la Long)
4. Aboi
5. Razi (Anak Aboi)
6. Omar ARB
7. Adam (anak Omar ARB)
8. Langgark
9. Chuku
10. Chip
11. Belacan
12. Daniel
13. Tok Abu
14. Farhan (Anak Tok Abu)
15. Pine
kayuhan bermula seawal jam 8:35am
cuaca mmg sejuk je dari pagi siap ada kabus, macam ride di Cameroon Highland...
macam biasa, dah naik dari Spital Kusta Sg Buloh, kena climbing laaa
kat sini Chuku lead all the way.. laju lak tu kayuhnya.. habis kami kena tinggal jauh kat belakang
sampai2 kat kaki Bukit Steroid, Tok G lak nak pitam.. kelibat Chuku, Pine, Tok Abu, Farhan, Aboi, Omar dah lesap dicelah2 trail Bukit Steroid tu.. ramai gak riders Ahad lepas.. Belacan, Tok G, Kelawar, Langgark, Adam, Daniel, Razi, Chip mengambil tempat di persimpangan Bukit Steroid tu utk menunggu yg lain2 tiba. Seketika belacan bercadang ke kaki Bukit Steroid tempat dimana rider2 akan turun untuk memberitahu tempat kumpulan berehat.
TAPI, sampai2 je disana, kelihatan Chuku semacam dah tersampuk termenung merenung beskalnya... jika dilihat secara lebih teliti, mmg semacam Chuku baru lepas dionar oleh sesorang yg bertubuh sasa, lagaknya... muahahahhahahaaaaaa
bila belacan tanya, kenapa boleh jadi begitu, sapa yg buat..
jawapan Chuku, "ni Pine la Chai.. Chuku ingatkan Aboi yg cucuk Chuku masa climbing Steroid tadi, rupanya Pine... terukla Chuku dikerjakannya... sampai letih ni haa.. habis tenaga dah nie.. rasa nak balik rumah je dah.." muahahahahahhahahaaaaa...
mmg kesian Chuku, sejak keadian ini, Chuku semacam dah kurang siuman lak, walaupun kayuhannya nampak lebih power.. hanya bukti pada gambar2 dibawah ni je yg dapat menjelaskan semuanya:
Chuku bercakap dgn siling
kesian tul
sempat buat Mexicam Wave, tapi tak jadi lak tuuu.. hisshhh
semakin teruk dah "mengongnya"
gaya bapak ayam lak dia buat
belacan dan kelawar sekadar simpati melihat Chuku
apepun, Chuku mmg pawa hari tu.. takat bukit2 Steroid tu selamba je dia sesah.. laju lak tu.. cumanya Chuku dlm keadaan separuh siuman... nasib baik masih kenal rakan2 BBB lain.. legaaaa
selain tu, rupanya ada sorang rider BBB yg mmg dah lamaaaaaaaaaaa kayuh dah... "aku dah kayuh FRIM ni sejak tahun 60-an lagi.." mmg otai dia nie.. disebabkan otai, maka gambar yg sempat disnap pun hanyala beberapa keping gambar lama... ni la dia brader otai BBB tu.. cayalah Bro
semantara gambar ni pula utk membuktikan kepada Tok G bahawa kamera phone 5800 belacan mampu menghasilkan gambar formasi sephia yg tiada pada kamera dslr digital Sony Tok G.. muahahahhahaaaaaaaa
dan gambar ini pula, sebenarnya gambar warna, tapi disebabkan ada Otai dibelakang, tu yg tiba2 hilang warnanya
Tok Abu pun tumpang sekaki... senyum je Tok Abu Ahad lepas.. mana pergi, confirm ada orang tegur.. terasa macam kayuh dengan artis la Tok.. cayalah Tok Abu
inilah gambar terkini rider otai tersebut
Adam, anak Omar.. darjah 3, kayuh T-Bolt std, selamba je.. perghhhhhhh.. tgk bapaknya laa...
dalam dok kami menjamah sarapan pagi tu, tau2 ketualanun muncul.. hisshh, mana lak dtg ketualanun ni.. cari cari Chip, ntah mana hilangnya
kami kemudiannya meneruskan perjalanan balik melalui Rover.. malas nak layan Dream Trail sebabkan trail yg basah sket.. confirm licin akar2 yg melintang patah di Dream Trail tu...
meneruskan pendakian selepas Rover, belacan, Chip, Kelawar, Anak Kelawar, dan Adam terpaksa pula menunggu Omar yg berhajat merecce trail disebelah kiri laluan didepan papan tanda "MountainBike Trail" yg hanya beberapa meter dari simpang ke Bukit Steroid... di sini, Kelawr sempat merakamkan aksi manja di papadan tanda tersebut.. malangnya dek hujan yg renyai2 turun, kamera tak sempat dikeluarkan... hanya yg berada ditempat kejadian je yg tahu bagaimana manjanya dan geramnya aksi Long Kelawar tu.. muahahahahahhahahaaaaaaa
selesai recce, kami meneruskan kayuhan utk balik ke parking lot kereta... DH utk ke Sg Buloh tu mmg lazat berkrim disuai belacan, tapi disebabkan beskal dah jadi ekor keras, belacan nyaris terpelanting sendiri dek melayan DH lazat tersebut.. cuak gak belacan masa tu, tapi belacan segera beristighfar dan menslowkan DH tersebut dan melayannya sebagaimana ekor keras yg lain melayannya dgn manja dan bersahaja... (semacam muka Mr Bean masa naik tangga automatik dipasaray tu)
sampai2 di parking lot, hanya kelihatan Langgark yg dah sampai.. sedangkan yg lain tidak kelihatan..
hairan, sebab tadi, mmg group kami ditinggalkan... dlm 5 minit selepas tu, barulah kelihatan Chuku, Aboi, Razi, Tok G, dan Daniel... "aku 2 kali malang berganda hari ni sebab ikut diorang nie.." muahahahahhahaaa.. Tok G kesedihan sebab dipaksa climb bukit tinggi di kubur Cina selepas keluar dari trail FRIM...
rupanya, group ni dah terus kedepan di simpang keluar keluar dari trail FRIM di Sg Buloh tu.. akibatnya terpaksa panjat bukit tinggi melalui kawasan kubur Cina.. muahahahhaaaa...
"nko tahu, dekat kaki kubur Cina tu pun Tok G nak stop ambil gambar, adaka patut..."
muahahhaaaaa... disini dilihat Chuku, masih dlm keadaan "mengong"nya.. "tgk tu, kesian tul Chuku tu, sampai tiub asap rokok dlm beg plastik" kata belacan
"yeaahh.. ride FRIM hari ni BEST.."
ya memang best... lagi 2 minggu, kita ke RRI lak...