Khai atau Khairul dan Shikin
sorang dari Nogori dan sorang Trengganu

diorang ni kiranya bukan Trainee, sebab diorang bawah program MIGHT-Meteor, iaitu program lepasan ijazah sementara tunggu nak cari kerja.. dari diorang duduk rumah, diorang boleh mendaftar utk masuk program ni, dan kalau ada syarikat yg berminat nak menggunakan perkhidmatan diorang, yg biasanya kami panggil trainee, diorang akan dtg kerja di syarikat tu la utk tempohmasa 3 bulan
simple dan ringkas.. Riza yg arrange pun.. kami makan di salah sebuah restoran nama Manggo and Chilli, kat Giant Kinrara... dekat je dgn opis kami di TPM nie...
utk aku, aku order Cappucino Ais

dan makan daging masak lada hitam + kerabu mangga

Ghafur ni lak terkejut bila diberitahu yg Al-Baits takde kat restoran ni

Riza sampai dah nak tertidur tunggu makanan tiba..

Makcik Mai lak order air 3 rasa (ada teh, susu dan gula merah satu gelas) dan kueh teow goreng.. apa daaaaaaaaaa
